6 Sebab Perlu Ambil CoQ Trol Plus


Bila sebut Coq Trol Plus ramai yang tahu vitamin ini hebat dalam menjana tenaga untuk badan! 

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. Seawal usia 20 tahun, tubuh akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10.

6 Sebab Perlu Ambil CoQ Trol Plus



Generator Tenaga Utama 

CoQ10 berada di dalam mitokondria kilang tenaga kita, ia memulakan proses penghasilan tenaga, menjadi bahan api kepada mitokondria dan menghasilkan 95% tenaga badan kita.


DUO Tenaga dengan Polifenol

Ambil kombinasi CoQ10 dan polifenol untuk tenaga yang berpanjangan. Polifenol menghasilkan lebih banyak mitokondria manakala CoQ10 menjadi bahan api untuk mitokondria untuk menghasilkan lebih banyak tenaga!

Sumber Antioksida yang Berkuasa  

CoQ10 merupakan antioksidan yang kuat, bermanfaat untuk kesihatan, kulit yang lebih muda, mengelakkan kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dengan berkesan.

Nutrisi Penting untuk Jantung 

Secara semulajadi, CoQ10 banyak berada di jantung yang mengepam darah 24/7. Sayangi jantung kita. Ambil CoQ10!

Kekal Remaja 

Pada usia 20-an, CoQ10 berada pada paras yang tinggi di dalam badan dan ia juga mula berkurangan pada usia 20-an! Dan kita akan mula mudah rasa letih, lemah badan dan mengalami tekanan emosi. Tingkatkan tahap CoQ10 dengan suplemen CoQ10.


Adakah Anda Mengambil Statins? Anda Perlukan CoQ10! 

Statin iaitu nama asal bagi ubat kolestrol akan mengurangkan penghasilan enzim yang bernama HMG-CoA. Enzim ini terbentuk sebelum CoQ10 dapat dihasilkan.

Statin menurunkan tahap kolesterol, ia merupakan perkara yang baik. Namun ia juga menurunkan tahap CoQ10! 

Berdasarkan kajian, CoQ10 dalam badan akan merosot sebanyak 40%.

Maka periksa tahap kolesterol masing-masing dan kekalkan tahap CoQ10 kita, dengan suplemen CoQ10 dalam diet seharian.

TESTIMONI COQ TROL PLUS SHAKLEE






Best sangat kan bila baca efek CoQ Trol Plus Shaklee ni kan kawan-kawan.  

Sebelum terlupa, jemput ya kawan-kawan singgah blog kawan kak Ros ni tau. Ketahui 7 Faedah Kesihatan Luar Biasa CoQ Trol Plus.

Nak dapatkan CoQ Trol Plus bagaimana? Boleh hubungi kak Ros di sini

Semoga entry kali ini bermanfaat ya.

Sayangi hidup kita.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

Kepentingan Vitamin E


Apa khabar kawan-kawan? Kali ini kak Ros nak kongsikan tentang kepentingan vitamin E kepada tubuh badan kita. 

VITAMIN E

Vitamin E sangat penting untuk kesihatan. Sejenis vitamin larut lemak. Vitamin larut lemak ada 4 jenis iaitu A, D, E dan K. Vitamin E boleh didapati daripada makanan-makanan semulajadi yang ada minyak. Contohnya daripada badam, minyak-minyak masak, minyak kelapa sawit, minyak zaitun, buah avacado, sayur-sayuran, kuaci, ada sedikit dalam serbuk cili, lada benggala dan ada juga dalam buah aprikot. Semuanya daripada jenis tokoferol. 


Vitamin E terdiri daripada 2 jenis iaitu tokoferol dan tokotrinol. Daripada konteks antioksidan, tokotrinol adalah lebih powerful, lagi kuat kekuatan antioksidannya. Tokotrinol sangat bagus dalam mencegah penyakit contohnya penyakit kardiovaskular secara khususnya penyakit jantung. Sebab itu pengambilan minyak yang sihat adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Minyak-minyak adalah sumber utama vitamin E. Jadi jangan takut makan minyak ya. Jika kita kurang makan minyak kita akan mengalami masalah kurang vitamin E. 

KESAN KEKURANGAN VITAMIN E

Masalah-masalah akibat kekurangan vitamin E ialah rambut mudah jadi rapuh, kering, mudah gugur. Luka pula lambat baik. Vitamin E mempercepat penyembuhan luka. Jadi mereka yang ada ulser diabetik, baru lepas menjalankan pembedahan atau luka akibat kemalangan amatlah disarankan mengambil vitamin E untuk pemulihan luka yang cepat. 

Kekurangan vitamin E juga boleh menyebabkan gangguan kepada usus. Perut rasa tidak sihat, sekejap sembelit, sekejap cirit-birit, sekejap kembung puncanya adalah kekurangan vitamin E. Sebab itu jangan takut makan minyak. Minyak penyebab kolesterol dan sakit jangtung adalah mitos! 

Tapi ada minyak yang berbahayakan? Ya minyak yang bahaya memang ada, namanya lemak trans. Sealin itu minyak yang perlu dielak ialah yang terlalu tinggi Omega-6 tidak digalakkan ambil untuk tempoh masa yang panjang kerana boleh menyebabkan keradangan yang melampau.

Kekurangan Vitamin E juga menyebabkan masalah kaki kejang. Masalah otot jadi lemah. 


MANFAAT VITAMIN E 

Kajian baru mendapati vitamin E membantu mencegah nyanyuk Alzheimer. Puncanya kita mengelak mengambil lemak sihat dalam pemakanan seharian. 

Vitamin E juga membantu dalam mengawal tekanan darah dan membantu melawan keradangan. 

Mesti diingatkan sel-sel darah kita dindingnya (fosfolipid) adalah lemak yang bercampur dengan protien. Jadi antioksidan diperlukan untuk melindungi sel-sel kita. Sebab itu kelebihan vitamin E yang larut lemak ini, boleh melindungi kulit kita daripada sunburn, terbakar. Maka produk-produk penjagaan kulit yang bahan aktifnya adalah vitamin E dihasilkan untuk kita sapu pada kulit bertujuan mencegah kerosakan kulit daripada kesan UV, ultra ungu yang merosakkan kulit. 

Vitamin E juga membuka saluran darah dan mengurangkan masalah sakit saraf pada kaki, saluran darah yang sempit di kaki menyebabkan kesakitan di betis. 

Vitamin E juga membantu memperlahankan proses penuaan, awet muda. 

Vitamin E juga membantu tingkatkan kesuburan kerana ada kaitan dengan hormon. Hormon kita sebenarnya dibentuk oleh lemak. Apabila kurang lemak atau kolesterol baik maka gangguan hormon berlaku penyebab ketidaksuburan. Jadi jangan takut makan lemak baik.

Tokotrinol membantu orang yang ada masalah hipertensi, mencegah darah beku dalam saluran darah dan delta tokotrinol  boleh mencegah kanser payudara akibat radikal bebas.

Jadi ambilah vitamin E daripada makanan dan boleh ditambahkan dengan supplements yang bagus. Supplements membantu badan untuk sihat. Bila badan sihat membantu kita melawan penyakit. Lemak adalah nutrien penting yang mesti diambil.   

RDA (Recommended Daily Allowance) 15 IU. Tapi mengikut kajian vitamin E boleh diambil dengan dos yang lebih tinggi iaitu 400 IU atau 100mg. Dos 60mg sehingga 800mg khusus untuk tingkatkan imun kekebalan tubuh. 

VITAMIN E SHAKLEE

Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta, gamma, delta) ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran. 

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel. sel darah merah dan tisu-tisu otot. ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadium dan mengukuhkan atioksidan dan melindungi retina.  

MANFAAT UTAMA


Melindungi jantung
Pengambilan harian 8001U vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung.

Anti-Penuaan
1 kapsul vitamin E sehari, membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bitnik penuaan. la mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha.

Kelestarian Tenaga
Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Menghalang Keguguran
Merawat musculus pectoralis fibrosisotot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hotflush.  Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.



Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.
Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Anti-Oksidan yang Kuat 
Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan
kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan.

Memperbaiki Arthritis 
Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

Memperbaiki Parut
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE






Kesimpulannya, vitamin E sangat penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit-penyakit kronik. Kajian mendapati vitamin E mampu mencegah penyakit kardiovaskular, jantung, darah tinggi dan strok. Juga membantu diabetes, kawalan gula lebih baik dan mencegah kanser payudara.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati kawan-kawan. 

Jemput untuk tahu lebih lanjut tentang Vitamin E di blog kawan kak Ros ni ya. Ada sesuatu yang menarik di sana.  

Bagaimana nak dapatkan vitamin E ini?
Boleh hubungi kak Ros di sini.

Semoga bermanfaat.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

9 Tips Memilih Bisnes Online Terbaik


Bisnes Online hari ini bukanlah asing bagi kita. Tetapi untuk memilih yang terbaik perlu kepada pemerhatian. Terutaman kepada newbies. 

Jom kita tengok 9 Tips Memilih Bisnes Online Terbaik.

Mudah set-up
Bisnes Online yang kita pilih terbaik jika kita tidak perlu membina website, sistem online dan sebagainya. Semua disediakan oleh syarikat. Kita hanya perlu belajar cara menggunanya sahaja.

Tidak ada sempadan geografi
Bisnes Online yang kita pilih terbaik apabila tiada sempadan masa dan tempat. Kita boleh berbisnes pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Customer kita datangnya daripada merata-rata tempat, satu pelusuk dunia.

Tak perlu ada kedai fizikal
Bisnes Online yang kita pilih terbaik jika tidak melibatkan modal untuk menyewa kedai. Cukup dengan hanya kedai maya.

Waktu perniagaan yang fleksibel
Bisnes Online yang kita pilih terbaik apabila kedai maya kita boleh beroperasi secara 24 jam, pada bila-bila masa. Waktu bercuti tidak risau, kedai sentiasa buka. 

Tidak perlu pegang stok banyak-banyak
Pilih bisnes online yang tidak memaksa buat stok. Sebaliknya stok diuruskan oleh HQ sendiri. Kita hanya menjadi perantara atau orang tengah buatkan order customer sahaja. Ala-ala dropship.

Pembeli dan penjual tidak perlu bertemu
Bisnes Online yang kita pilih terbaik apabila urusniaga tetap berjalan walaupun secara maya tidak perlu bertemu mata antara penjual dengan pembeli. Atas dasar percaya dengan syarat dan maklumat produk yang jelas. 

Produk permintaan tinggi
Pilih produk yang bagus kerana pastinya tinggi permintaan. Berkualiti, terbukti, selamat dan berkesan. Tidak bermusim dan tidak sekadar mengikut trend.

Modal rendah, pulangan besar
Bisnes Online yang kita pilih terbaik jika modal rendah tetapi mendapat pulangan yang sewajarnya malah lebih lagi sejajar dengan usaha.

Syarikat yang kukuh
Pilih syarikat yang kukuh dan telah lama bertahan dalam apa jua keadaan.


Semua ciri-ciri bisnes online terbaik ini ada pada bisnes yang kak Ros jalankan sekarang iaitu bisnes Shaklee.


Shaklee Bisnes Online Terbaik

Pengalaman mematangkan seseorang. 

Kak Ros tahun ini adalah tahun ke 10 bersama Shaklee. Bukan tidak pernah menjalankan bisnes online lain sebelum itu. Tetapi tidak kekal lama kerana banyak masalah seperti lambakan stok, tidak tahan dengan modal yang tinggi tetapi tidak balik modal. Customer batalkan pembelian kerana produk yang dibeli tidak sama dengan yang asal. Syarikat lepas tangan dan akhirnya gulung tikar. Pernah berlaku. 

Dengan Shaklee apa yang buat kak Ros bertahan dan suka dengan bisnes ini ialah
semua ciri-ciri bisnes online terbaik di atas ada padanya. 

Bagaimana untuk memulakan bisnes Shaklee?

Ahli berdaftar

Pertama sekali kenalah daftar sebagai ahli. Ada 2 pilihan mudah.

Pilihan pertama boleh terus membuat pembayaran hanya RM35 untuk menyertai Shaklee. Murah sahaja. Diikuti dengan membuat sebarang pembelian produk. Tiada pembelian minimum diperlukan. Untuk dapatkan penghantaran percuma pastikan jumlah pembelian adalah RM300 dan ke atas.

Pilihan kedua boleh memilih untuk membeli sejumlah produk 100UV atau anggaran dalam RM350 untuk mendapatkan keahlian secara percuma.

Guna
Menjadi pengguna produk terlebih dahulu itu penting. Merasai kebaikan dan keunikan produk itu sendiri lebih mudah untuk kita meyakinkan pengguna lain. 

Kongsi
Langkah seterusnya ialah berkongsi dengan ramai orang kesan daripada kebaikan produk. Bagusnya produk Shaklee ini terbukti, berkesan dan selamat. Belum sempat buka mulut, orang lain sudah nampak kesannya pada kita. Takperlu teru-teruk nak promote. 

Menaja
Menaja ataupun juga di sebut sebagai sponsoring bermaksud bawa pelanggan untuk jadi sebahagian daripada organisasi kita. Pelanggan akan dapat menikmati faedah menjadi ahli sama seperti kita juga. Lagi ramai yang ditaja, makin besar kumpulan kita, tinggi jualan dan makin besar cash rebate.   

Servis
Selepas selesai urusan jual beli jangan lupa beri servis yang terbaik. Konsultasi cara makan dan apa sahaja tentang produk. Jika servis kita bagus, pelanggan suka, mereka akan ulang membeli. 

Mudah sahaja kan? 

Untuk pengetahuan, kak Ros tidak keseorangan. Syarikat dan team sentiasa membantu menganjurkan bengkel, seminar dan kelas-kelas secara online untuk terus belajar dari masa ke masa. FB Group dan Whatsapp team juga meriah. Kedatangan rakan bisnes baru amat kami alu-alukan.


Nak mulakan bisnes hari ini? Nak dibantu?
Boleh terus hubungi kak Ros di sini.

Semoga entry Tips Bisnes Online kali ini berguna buat kawan-kawan. 


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
 

5 Tips Bekerja Dari Rumah Secara Efektif


Apa khabar kawan-kawan kak Ros semua? Semoga sihat-sihat selalu. Entry kali ini nak kongsikan tips yang kak Ros amalkan dan dapat daripada kelas mumpreneur. Sangat membantu ibu-ibu yang berbisnes dari rumah macam kak Ros dan boleh digunapakai juga untuk semua orang.


5 Tips Bekerja Dari Rumah Secara Efektif

SEDIAKAN PLAN KAWAL GANGGUAN

Gunakan Teknik Pomadera 7 Tomato Timer.

FOKUS buat kerja dalam 25 min, FOKUS bermain dengan anak dalam  25 min. Lebih baik asingkan waktu kerja dan playtime bersama anak sebegini berbanding buat kerja sentiasa dalam gangguan yang berulang kali. 

TULISKAN PROSES & PROSEDUR

Banyakkan menulis idea dan action plan anda!

Percayalah dengan menulis idea dan action plan, boleh membantu kita lebih berdisiplin bekerja di rumah. Apa sahaja cabaran di depan lebih mudah ditangani bila kita nampak dan faham apa yang nak dicapai. Setuju?

JELAS DENGAN APA YANG INGIN DILAKUKAN 

Tulis perjalanan projek di dalam planner (kalendar).

Sediakan planner atau perjalanan projek selama sebulan terus untuk mendapat gambaran sepenuhnya misi yang ingin dicapai pada bulan tersebut. Setiap malam sediakan TO-DO LIST yang ingin disiapkan pada keesokan harinya. Ini penting ya!

KAWAL FOKUS

Jangan bazirkan masa pada media sosial.

Fokus kepada apa kerja yang kita sedang buat. Contohnya nak balas mesej customer di WhatsApp. Selepas balas mesej, terus proceed kepada tugasan lain. Jangan sambil scroll media sosial membaca status rakan tanpa halatuju. Melayan whatsapp rakan yang kurang penting pada waktu kerja juga bakal membazirkan masa kita begitu saja.


JADUAL MAKAN & SENAMAN

Sediakan jadual makan dan masa untuk bersenam

Sesekali ambil udara luar, berjalan di taman permainan bersama anak. Peruntukan masa 3 kali seminggu untuk ke kelas fitness atau yoga untuk mengembalikan kecergasan dan tenang yang banyak habis ketika berbisnes sambil menjaga anak-anak kecil. Begitu juga jadual makan, boleh terus rancang untuk seminggu. 

Seterusnya ekstra tips daripada kak Ros..


JAGA STAMINA DAN KESIHATAN DIRI

Amalkan makanan tambahan yang perlu

Dalam kesibukan bekerja kesihatan diri amat penting dijaga. Bagaimana untuk bekerja dan hendak menguruskan keluarga kalau jatuh sakit. 

Secara amnya, makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan individu. Memandangkan gaya hidup kini yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan ramai di antara kita mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. 

Makanan tambahan dapat membantu diri lebih bertenaga dan ada stamina dalam melakukan kerja seharian. Terutama sekali apabila telah meningkat usia dan mula ada masalah kesihatan. Sesetengah fungsi badan tidak dapat berfungsi dengan baik seperti dahulu jadi makanan tambahan akan membekalkan keperluan yang cukup untuk badan kita berfungsi dengan baik dan menyihatkan diri. 

Persis mutiara kata, mencegah lebih baik daripada merawat. 

Makanan tambahan dapat menampung apa yang kurang dalam tubuh. 


Setiap hari kak Ros mengamalkan pengambilan makanan tambahan organik iaitu daripada Shaklee. Kak Ros ambil vitamin yang boleh membantu tambahkan tenaga dan meningkatkan stamina seperti multitamin (Vitalea), vitamin B (B-Complex), minuman kaya dengan protein tumbuhan berasaskan soya (Energizing Soy Protein), vitamin C (Sustained Release), omega-3 (Omega Guard) dan Vivix yang mengandungi polifenol yang dapat menolong meningkatkan tenaga pada tahap selular. Sekaligus memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi dan antioksidan. 

Memang rasa berbeza sangat apabila mengamalkan semua makanan tambahan ini. Badan tidak letih, otak cergas berfikir dan tidak stres walaupun berjam-jam bekerja sepanjang hari, menguruskan keluarga dan juga bisnes. Hari-hari badan terasa segar dan bersemangat. Barulah boleh bekerja dari rumah secara efektif.  

Begitulah ikhtiarnya. Semoga perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan.

Sebarang pertanyaan atau mahu dibantu untuk dapatkan supplements boleh terus hubungi kak Ros di sini ya. 


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

Beza Vivix Dan ResV

 



Bila sebut tentang ResV ramai yang mula bertanya adakah ResV ini pengganti Vivix? Penggemar Vivix jadi panik, bimbang kalau-kalau Vivix sudah tidak dihasilkan lagi sebab Vivix produk paling premium di Shaklee.

Kebaikan Polifenol Pada Tahap Terbaik 

Vivix dan ResV mengandungi gandingan polifenol yang tepat untuk kekalkan keremajaan dan kehidupan penuh bertenaga!

Polifenol adalah bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam buah-buahab, beri dan sayur-sayuran. Kajian saintifik menunjukkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan dalam jangkamasa yang panjang menawarkan perlindungan terhadap perkembangan pelbagai masalah kesihatan.

Jom kak Ros ceritakan secara ringkas apa pula perbezaan antara kedua-dua supplements hebat ini.

Perbezaan Vivix dan ResV


Ramuan

Vivix mengandungi 4 bahan utama iaitu anggur Muscadine, Lobak Ungu, Eldeberi Eropah dan Knotweed Jepun (Polygonum Cuspidatum)

ResV juga mempunyai 4 yang sama, tetapi  ditambah dengan beberapa bahan lagi seperti Anggur Hitam, Pomas Anggur dan Anggur Merah, Delima dan Chebulic Myrobalan.


Keistimewaan

Vivix mempunyai 10 kali ganda polifenol.

ResV pula lebih berkuasa dengan 13 kali polifenol. 

Kuasa

Vivix 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal

ResV 30% lebih berkuasa berbanding Vivix

Jenis

Vivix adalah dalam bentuk cecair. Boleh diambil begitu saja atau dilarutkan dalam  minuman kegemaran. Sesuai bagi mereka yang ada masalah menelan tablet atau softgel. 

Manakala ResV pula dalam bentuk softgel. Mudah dibawa ke mana-mana.

Cara penyimpanan

Vivix sejukbeku.

ResV pada suhu bilik.


Cara makan

Vivix satu sudu teh pada waktu pagi.

ResV dua biji sebelum tidur.

Masa Luput

Vivix bertahan selama 8 bulan.

ResV bertahan selama 2 tahun.


Harga

Vivix harga runcit Rm498.75. Harga ahli Rm399.

ResV harga runcit Rm535. Harga ahli Rm428.


Jadi nak pilih yang mana? Bagi kak Ros kedua-duanya sangat bagus dan berbaloi untuk dimiliki.

Siapa yang boleh mengamalkan Vivix dan Resv ini?
Nak tahu boleh sambung baca di sini.

Keunikan Vivix Meremajakan Sel



Vivix penemuan saintifik dalam melawan penuaan sel. Terkenal dengan tagline Feel Younger Longer, bagi kak Ros kalau tiada bukti masakan dengan berani Shaklee menggunakan tagline ini bukan? Jom kita lihat apa yang ada di sebalik sebotol Vivix. 

Semestinya kekuatan Vivix itu sendiri terletak pada kandungan dan ramuannya!


Anggur Muscadine Yang Amat Berkuasa

Di antara 8,000 jenis anggur di dunia, anggur Muscadine adalah salah satu anggur terbesar dan jarang didapati. Besar, tebal dan penuh dengan antioksidan, telah menarik perhatian saintis di Shaklee, untuk menjadikannya dalam bentuk minuman yang sihat, juga pekat. 
  • Kulit dan benih yang tebal = Kuasa Antioksidan
  • Lebih Kromosom = Kuasa Antioksidan Tambahan
  • Polifenol = Kawan Baik Kesihatan Anda
Eksklusif hanya di Shaklee.

Vivix Kejayaan Revolusi daripada Shaklee

Minuman Botani yang Lazat

Selama lebih 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa, berinovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi dengan penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Inovasi berterusannya telah membawa kepada Vivix, satu kejayaan revolusi dalam kesihatan.

Campuran Sempurna Polifenol

Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas. Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini!

Senang difaham bahan utama dalam Vivix iaitu anggur Muscadine (vitis rotundifolia) yang diambil daripada bahagian biji dan kulitnya, Knotweed JepunLobak Ungu dan Eldeberi Eropah. Tiga bahan terkemudian ini dipatenkan dan diberi jolokan Rejuvetrol.

Kaedah pengekstrakan dengan mengekalkan peratusan (%) polifenol dan trans-resveratrol dalam anggur Muscadine dan Rejuvetrol ini juga dipatenkan. Jadi, tidak hairanlah kalau Vivix ni salah satu ikhtiar ajaib yang terbaik untuk kesihatan kita, dengan izin-Nya.

Adakah Vivix melambatkan penuaan pada tahap selular? 

Campuran botani yang mujarab dirumuskan untuk memperlahankan penuaan pada tahap selular. Vivix bantu memelihara dan menguatkan sel-sel penting dengan menggunakan campuran semulajadi yang diperolehi daripada sumber polifenol yang terbaik di dunia, yang mempunyai sifat antioksidan dan telah ditunjukkan dalam kajian makmal untuk mengaktifkan pertahanan sel dan melindungi sel daripada rosak. 

Hanya Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari, yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10 kali lebih efektif daripada hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular. 

Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular dan lebih daripada itu.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap selular. 

  • Melindungi dan membaiki selular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria
  • Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Juga Menolong Membantu Menjaga/Memelihara: 

Kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular

1.Kerosakkan DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik,menghasilkan satu "typo (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

Sel-sel anda terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakkan DNA anda setiap hari, yang boleh mengakibatkan kematian sel. Polifenol boleh membantu: Melindungi kerosakan DNA.

Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.

2.Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

Badan mempunyai "suis induk" yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel.

Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan "suis induk 1 supaya dapat:

Mengurangkan keradangan dengan mengoptimamkan sistem imun. Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati. Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan. Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.

3.Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel. 

Sel-sel kita mengandungi "loji kuasa" tenaga dipanggil mitokondria. la menghasilkan tenaga supaya anda merasa bertenaga sepanjang hari. Waiau bagaimanapun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat. Polifenol dikenali untuk: 

Menggalakkan fungsi mitrokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara optima.

Membantu meningkatkan pengeluaran mitrokondria jadi badan mempunyai lebih banyak "loji kuasa untuk menghasilkan tenaga. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4.Penimbunan Protin AGE

Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. 

Semakin badan berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes. Kajian menunjukkan bahawa Polifenal dari benih dan kulit anggur Muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka hayat sel. 

Penggunaan polifenol daripada anggur Muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam mempengaruhi perkembangan keadaan kencing manis. 

Polifenol campuran anggur Muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikan kerosakan selular. 

Polifenol mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem kardiovaskular dan meningkatkan kepekaan insulin.

Apakah yang terkandung dalam Vivix?

RAMUAN SEMULA JADI POLIFENOL

Hadiah Alam untuk Kesihatan.

Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya. Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.


Anggur Muscadine

Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanafaatkan kesihatan. la juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpa didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai cin ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti bakteria

Selepas dilakukan kajiselidik tambahan jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti. Seterusnya kumpulan in bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti penuaan. Untuk mencipta profil polyphenol yang kua didalam Vivix ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak ungu. Campuran inilah yang bertanggung jawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix

Lobak Ungu

lanya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids,phenolics, polyacetylenes,isocoumarins, dan sesquiterpenes. 

la juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali bluberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi.

Anthocyanins adalah antioksidan utama didalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, dan lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh lobak ungu-oren. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak, Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti- radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula, 12 juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.



Eldeberi Eropah (Sambucus Nigra)

Satu daripada manafaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B Berry mengandung Ravonoids, vang mempunyai ciri antioksidan yang dengan yang demikian mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria. Pada masa yang sama. Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang membren kesan anti radang la juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza

Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioxidant, tetapi juga vitamin A, B and C dan nutrient seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin, Semua ini adalah manafaat kesihatan yang didapati dari Elderberry. Selain dari menguatkan system immune, untuk melawan jangkitan virus dan nu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti jangkitan yeast, astma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes, la juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular

Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung. Seterusnya lagi manafaat penting dan elderberry adalah pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Knotweed Jepun

Knotweed Jepun (juga dikenali sebagai Polygonum Cuspidatum) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun. adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Knotweed Jepun mempunyai banyak manafaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina. Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal keatas haiwan untuk menentukan manafaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.

Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita. Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa. Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu lagi terobosan santifik yang penting ini. 

4 Manfaat Kesihatan Yang Hebat Daripada Polifenol. 

Sedekad yang lalu, terdapat banyak faedah terhadap potensi manfaat kesihatan daripada tumbuhan yang mengandungi polifenol sebagai antioksidan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 4,000 kajian mengenai kebaikan polifenol yang menunjukkan kebaikannya terhadap tubuh badan kita.

1. Membersih dan Detoks

Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal. Melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati. 

Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah keletihan dan hati berlemak atau mencari penyelesaian detoksifikasi hati secara semula jadi!

Polifenol terutamanya resveratrol menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. 2
Ia merangsang hormon yang meningkat apabila individu mengawal pengambilan kalori.

2. Meningkatkan Tenaga

Mitokondria adalah pengeluar tenaga utama anda, ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan. Polifenol juga membantu meningkatkan prestasi anda ketika bersenam.Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu mempercepat pengeluaran mitokondria di dalam badan kita.

Peningkatan tahap mitokondria membantu meningkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan.

Di dalam satu kajian, salah satu polifenol yang paling berkuasa - resveratrol, bukan sahaja meningkatkan kelajuan tikus berlari pada pengisar injakan sebanyak 21 peratus, tetapi juga membantu tubuh mereka memecah lemak dan memperkuat otot rangka, meningkatkan prestasi senaman.

Resveratrol didapati meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digabungkan dengan amalan bersenam.

3. Kulit Berseri

Kajian klinikal terkini mencadangkan bahawa polifenol mempunyai potensi untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit untuk memperoleh kulit yang lembut dan berseri. Meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang tegang.
Melicinkan garis halus dan kedutan untuk kulit yang kelihatan lebih muda.

4. Meningkatkan Perlindungan

Pelbagai kajian penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam menghalang pertumbuhan sel abnormal. Penyelidik percaya bahawa fungsi antioksidan polifenol membantu: 

  • Melindungi DNA daripada kerosakan, yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel abnormal.
  • Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Kurangkan tekanan biologi dalam badan.
Jadi kalau di tanya kak Ros berbaloi atau tidak memiliki sebotol Vivix. Jawapannya sangat sangat berbaloi kepada kesihatan tubuh badan kita. Banyak sangat manfaatnya dalam satu botol. 

Untuk tahu siapa yang perlukan Vivix ni? 
Jom baca di sini.

5 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


5 amalan gaya hidup sihat yang kak Ros wajibkan untuk kemajuan dan kebaikan diri sendiri:

1. Amalan bangun sebelum subuh sekitar jam 5.00 pagi. 

Dapat solat sunat 2 rakaat sangat membantu bagi menguatkan diri, memberi ketenangan dan dapat bercakap banyaknya hal kepada Allah pada waktu ini. Waktu orang lain belum bangun, ketenangan itu adalah sebuah keindahan.

2. Amalan sihat fizikal dan mental.

Bercakap, berbuat dan cari jalan untuk sentiasa improve kesihatan diri adalah super mustahak. Tentang senaman, makanan, idea untuk kesihatan minda serta bercakap hal kebaikan.

3. Amalan hobi, minat atau kesukaan.

Kena ada minat, hobi yang boleh dibuat selalu. Cari dan pupuk minat tersebut. Sebagai contoh jika dulu suka travel, sekarang ekonomi kurang baik. Jadi cari sesuatu yang baru untuk lakukan. Contohnya menanam pokok di rumah. Ia bagus. Amalan ini beri ketenangan jiwa selepas sibuknya bekerja.

4. Amalan mindset kerja bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang kita buat.

How you do anything is how you do everything. Sentiasa bersungguh-sungguh berbuat sesuatu walau sekecil-kecil hal. 

5. Amalan memilih kebaikan daripada keburukan. 

Sosial media, pilih nak baca benda baik sahaja. Tv, filem, apa sahaja, pilih nak tonton benda baik sahaja. Bersembang, bercakap, mendengar, pilih nak dengar benda yang boleh tingkatkan diri sahaja.

Kawan-kawan,

Buat amalan ini, lihat selepas satu tahun apa jadi kepada kita. Lihat bagaimana kita naik ke satu tangga berbeza. Kita lebih tenang dengan ujian, kita lebih relaks apabila stress dan kita juga banyak rasional apabila dirundung masalah.

Kita perlu ada sikap untuk berkeras dengan Amalan Gaya Hidup Sihat yang baik. Jika tidak, kita akan sentiasa dibelenggu dengan suasana kecewa, resah dan gelisah setiap hari. Kita tentukan amalan seharian kita, bagaimana untuk tentukan hidup dan bagaimana kita pada tahun mendatang.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

6 Petua Alami Hilangkan Jeragat Kulit Cantik Berseri

 

Jeragat atau hiperpigmentasi 

Semua orang mengimpikan kulit yang bersih, sihat dan cantik berseri termasuklah kak Ros. Malu untuk berhadapan dengan orang lain jika muka kita ada tompok-tompok hitam. 

Apa itu jeragat atau hiperpigmentasi? 

Hiper bermaksud lebih atau berlebihan manakala pigmentasi bermaksud warna semulajadi tisu kulit. Apabila dua perkataan ini digabungkan menjadi lebihan warna semulajadi atau melanin ataupun pigmen dalam kulit.


Bagaimana jeragat atau hiperpigmentasi boleh berlaku?

Apabila penghasilan melanin lebih banyak daripada biasa, ia akan dilihat sebagai tompokan gelap dengan mata kasar kita, bintik-bintik gelap, perubahan warna kulit yang lebih gelap berbanding kulit sekitarnya. 

Senang faham hiperpigmentasi merujuk kepada kulit yang lebih gelap daripada asal berbanding kulit sekitar.

Sebenarnya kawan-kawan jika tahu punca-puncanya lebih mudah untuk kita mengatasinya. Di bawah ini ada beberapa petua mudah yang bagus untuk diamalkan.

6 Petua Alami Hilangkan Jeragat Kulit Cantik Berseri

1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.
Ini kerana jeragat berpunca daripada lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.

Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.


2. ALOE VERA

Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. 

Antaranya,
  • Mencerahkan wajah
  • Melindungi dari sinar matahari
  • Mengecut dan menghilangkan jeragat
  • Mengatasi kulit kering dan berminyak
  • Menghilangkan jeragat
  • Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya mudah:

Campurkan jel aloe vera dengan madu.

Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam.

Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang diinginkan.


3. LEMON

Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit daripada kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

Caranya ialah potong lemon (jangan terlalu nipis). Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.


4. TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.

Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.

Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.


5. OATMEAL

Tahu tak oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.

Boleh tambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit dan jadikan masker di muka.

Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Boleh cuba cara ini sehingga mendapat hasil yang diingini.

6. DIET PEMAKANAN SIHAT

Akhir sekali, cara menghilangkan jeragat di muka dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.

BONUS PETUA TAMBAHAN

Selain daripada 6 petua alami di atas kak Ros mengambil vitamin organik untuk kecantikan dalaman dan set penjagaan kulit untuk kecantikan luaran bagi mengurangkan masalah jeragat. 

Maklumlah kak Ros sibuk dengan tugasan harian sebagai suri rumah sepenuh masa dengan menguruskan lima cahaya mata biasanya makan apa sahaja yang sempat dan masa untuk diri juga terhad. Bagi memastikan kulit terhindar daripada masalah jeragat kak Ros amalkan vitamin yang mudah di ambil ini.

VITAMIN C
Vitamin C merupakan agen pencerahan kulit yang sangat membantu dalam memudarkan bintik gelap dan merawat jeragat.


PROTEIN
Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee ada niacinamide. Gabungan tiga komponen asid amino penting. Mencegah pembentukan pigmen, penting dalam mencegah punca jeragat. Memudarkan parut, jeragat dan bintik hitam. Sebab itu minum ESP boleh cantik kulit. 


VITAMIN E
Antara punca jeragat adalah bila kulit terdedah pada panas. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E mampu menghalang sel rosak sebanyak 57%. Vitamin E akan meneutralkan kesan sinar UV yang merosakkan sel kulit.


Kulit lebih cantik selepas amalkan vitamin C dan ESP secara konsisten.


Set Penjagaan Kulit Wajah YOUTH


Kak Ros juga mengamalkan set penjagaan kulit YOUTH Shaklee yang selamat pada wajah. 
Starter Set YOUTH

Macam mana Youth skincare bantu masalah jeragat ni? 

Youth mengandungi bahan-bahan yang mencerahkan kulit atau brightening agent  antaranya 20% Vitamin C ada dalam Radiance C+E, Niacinamide dan Lactic Acid ada dalam Luminous Gel Cleanser dan Skin Perfecting Toner dan Licorice Root adalah bahan aktif dalam Renewal Night Cream.

Bila diuji kepada 100 orang wanita berlainan bangsa dan kaum, Youth terbukti mampu meningkatkan kesihatan kulit , termasuk mengurangkan jeragat.






Alhamdulillah ramai yang makin cantik dengan vitamin dan set penjagaan kulit Shaklee. Ini hanya satu ikhtiar untuk mendapat kulit wajah yang lebih sihat. 6 Petua Hilangkan Jeragat di atas juga boleh diamalkan bagi membantu mendapatkan kulit wajah yang bersih dan bebas jeragat.

Macam mana nak dapatkan produk-produk di atas?
Jangan segan-segan hubungi kak Ros di sini.



#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023