Keunikan Vivix Meremajakan Sel



Vivix penemuan saintifik dalam melawan penuaan sel. Terkenal dengan tagline Feel Younger Longer, bagi kak Ros kalau tiada bukti masakan dengan berani Shaklee menggunakan tagline ini bukan? Jom kita lihat apa yang ada di sebalik sebotol Vivix. 

Semestinya kekuatan Vivix itu sendiri terletak pada kandungan dan ramuannya!


Anggur Muscadine Yang Amat Berkuasa

Di antara 8,000 jenis anggur di dunia, anggur Muscadine adalah salah satu anggur terbesar dan jarang didapati. Besar, tebal dan penuh dengan antioksidan, telah menarik perhatian saintis di Shaklee, untuk menjadikannya dalam bentuk minuman yang sihat, juga pekat. 
  • Kulit dan benih yang tebal = Kuasa Antioksidan
  • Lebih Kromosom = Kuasa Antioksidan Tambahan
  • Polifenol = Kawan Baik Kesihatan Anda
Eksklusif hanya di Shaklee.

Vivix Kejayaan Revolusi daripada Shaklee

Minuman Botani yang Lazat

Selama lebih 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa, berinovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi dengan penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Inovasi berterusannya telah membawa kepada Vivix, satu kejayaan revolusi dalam kesihatan.

Campuran Sempurna Polifenol

Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas. Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini!

Senang difaham bahan utama dalam Vivix iaitu anggur Muscadine (vitis rotundifolia) yang diambil daripada bahagian biji dan kulitnya, Knotweed JepunLobak Ungu dan Eldeberi Eropah. Tiga bahan terkemudian ini dipatenkan dan diberi jolokan Rejuvetrol.

Kaedah pengekstrakan dengan mengekalkan peratusan (%) polifenol dan trans-resveratrol dalam anggur Muscadine dan Rejuvetrol ini juga dipatenkan. Jadi, tidak hairanlah kalau Vivix ni salah satu ikhtiar ajaib yang terbaik untuk kesihatan kita, dengan izin-Nya.

Adakah Vivix melambatkan penuaan pada tahap selular? 

Campuran botani yang mujarab dirumuskan untuk memperlahankan penuaan pada tahap selular. Vivix bantu memelihara dan menguatkan sel-sel penting dengan menggunakan campuran semulajadi yang diperolehi daripada sumber polifenol yang terbaik di dunia, yang mempunyai sifat antioksidan dan telah ditunjukkan dalam kajian makmal untuk mengaktifkan pertahanan sel dan melindungi sel daripada rosak. 

Hanya Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari, yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10 kali lebih efektif daripada hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular. 

Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular dan lebih daripada itu.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap selular. 

  • Melindungi dan membaiki selular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria
  • Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Juga Menolong Membantu Menjaga/Memelihara: 

Kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular

1.Kerosakkan DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik,menghasilkan satu "typo (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

Sel-sel anda terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakkan DNA anda setiap hari, yang boleh mengakibatkan kematian sel. Polifenol boleh membantu: Melindungi kerosakan DNA.

Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.

2.Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

Badan mempunyai "suis induk" yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel.

Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan "suis induk 1 supaya dapat:

Mengurangkan keradangan dengan mengoptimamkan sistem imun. Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati. Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan. Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.

3.Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel. 

Sel-sel kita mengandungi "loji kuasa" tenaga dipanggil mitokondria. la menghasilkan tenaga supaya anda merasa bertenaga sepanjang hari. Waiau bagaimanapun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat. Polifenol dikenali untuk: 

Menggalakkan fungsi mitrokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara optima.

Membantu meningkatkan pengeluaran mitrokondria jadi badan mempunyai lebih banyak "loji kuasa untuk menghasilkan tenaga. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4.Penimbunan Protin AGE

Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. 

Semakin badan berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes. Kajian menunjukkan bahawa Polifenal dari benih dan kulit anggur Muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka hayat sel. 

Penggunaan polifenol daripada anggur Muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam mempengaruhi perkembangan keadaan kencing manis. 

Polifenol campuran anggur Muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikan kerosakan selular. 

Polifenol mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem kardiovaskular dan meningkatkan kepekaan insulin.

Apakah yang terkandung dalam Vivix?

RAMUAN SEMULA JADI POLIFENOL

Hadiah Alam untuk Kesihatan.

Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya. Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.


Anggur Muscadine

Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanafaatkan kesihatan. la juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpa didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai cin ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti bakteria

Selepas dilakukan kajiselidik tambahan jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti. Seterusnya kumpulan in bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti penuaan. Untuk mencipta profil polyphenol yang kua didalam Vivix ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak ungu. Campuran inilah yang bertanggung jawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix

Lobak Ungu

lanya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids,phenolics, polyacetylenes,isocoumarins, dan sesquiterpenes. 

la juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali bluberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi.

Anthocyanins adalah antioksidan utama didalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, dan lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh lobak ungu-oren. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak, Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti- radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula, 12 juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.



Eldeberi Eropah (Sambucus Nigra)

Satu daripada manafaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B Berry mengandung Ravonoids, vang mempunyai ciri antioksidan yang dengan yang demikian mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria. Pada masa yang sama. Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang membren kesan anti radang la juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza

Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioxidant, tetapi juga vitamin A, B and C dan nutrient seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin, Semua ini adalah manafaat kesihatan yang didapati dari Elderberry. Selain dari menguatkan system immune, untuk melawan jangkitan virus dan nu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti jangkitan yeast, astma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes, la juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular

Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung. Seterusnya lagi manafaat penting dan elderberry adalah pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Knotweed Jepun

Knotweed Jepun (juga dikenali sebagai Polygonum Cuspidatum) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun. adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Knotweed Jepun mempunyai banyak manafaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina. Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal keatas haiwan untuk menentukan manafaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.

Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita. Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa. Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu lagi terobosan santifik yang penting ini. 

4 Manfaat Kesihatan Yang Hebat Daripada Polifenol. 

Sedekad yang lalu, terdapat banyak faedah terhadap potensi manfaat kesihatan daripada tumbuhan yang mengandungi polifenol sebagai antioksidan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 4,000 kajian mengenai kebaikan polifenol yang menunjukkan kebaikannya terhadap tubuh badan kita.

1. Membersih dan Detoks

Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal. Melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati. 

Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah keletihan dan hati berlemak atau mencari penyelesaian detoksifikasi hati secara semula jadi!

Polifenol terutamanya resveratrol menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. 2
Ia merangsang hormon yang meningkat apabila individu mengawal pengambilan kalori.

2. Meningkatkan Tenaga

Mitokondria adalah pengeluar tenaga utama anda, ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan. Polifenol juga membantu meningkatkan prestasi anda ketika bersenam.Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu mempercepat pengeluaran mitokondria di dalam badan kita.

Peningkatan tahap mitokondria membantu meningkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan.

Di dalam satu kajian, salah satu polifenol yang paling berkuasa - resveratrol, bukan sahaja meningkatkan kelajuan tikus berlari pada pengisar injakan sebanyak 21 peratus, tetapi juga membantu tubuh mereka memecah lemak dan memperkuat otot rangka, meningkatkan prestasi senaman.

Resveratrol didapati meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digabungkan dengan amalan bersenam.

3. Kulit Berseri

Kajian klinikal terkini mencadangkan bahawa polifenol mempunyai potensi untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit untuk memperoleh kulit yang lembut dan berseri. Meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang tegang.
Melicinkan garis halus dan kedutan untuk kulit yang kelihatan lebih muda.

4. Meningkatkan Perlindungan

Pelbagai kajian penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam menghalang pertumbuhan sel abnormal. Penyelidik percaya bahawa fungsi antioksidan polifenol membantu: 

  • Melindungi DNA daripada kerosakan, yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel abnormal.
  • Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Kurangkan tekanan biologi dalam badan.
Jadi kalau di tanya kak Ros berbaloi atau tidak memiliki sebotol Vivix. Jawapannya sangat sangat berbaloi kepada kesihatan tubuh badan kita. Banyak sangat manfaatnya dalam satu botol. 

Untuk tahu siapa yang perlukan Vivix ni? 
Jom baca di sini.

No comments