6 Sebab Perlu Ambil CoQ Trol Plus


Bila sebut Coq Trol Plus ramai yang tahu vitamin ini hebat dalam menjana tenaga untuk badan! 

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. Seawal usia 20 tahun, tubuh akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10.

6 Sebab Perlu Ambil CoQ Trol Plus



Generator Tenaga Utama 

CoQ10 berada di dalam mitokondria kilang tenaga kita, ia memulakan proses penghasilan tenaga, menjadi bahan api kepada mitokondria dan menghasilkan 95% tenaga badan kita.


DUO Tenaga dengan Polifenol

Ambil kombinasi CoQ10 dan polifenol untuk tenaga yang berpanjangan. Polifenol menghasilkan lebih banyak mitokondria manakala CoQ10 menjadi bahan api untuk mitokondria untuk menghasilkan lebih banyak tenaga!

Sumber Antioksida yang Berkuasa  

CoQ10 merupakan antioksidan yang kuat, bermanfaat untuk kesihatan, kulit yang lebih muda, mengelakkan kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dengan berkesan.

Nutrisi Penting untuk Jantung 

Secara semulajadi, CoQ10 banyak berada di jantung yang mengepam darah 24/7. Sayangi jantung kita. Ambil CoQ10!

Kekal Remaja 

Pada usia 20-an, CoQ10 berada pada paras yang tinggi di dalam badan dan ia juga mula berkurangan pada usia 20-an! Dan kita akan mula mudah rasa letih, lemah badan dan mengalami tekanan emosi. Tingkatkan tahap CoQ10 dengan suplemen CoQ10.


Adakah Anda Mengambil Statins? Anda Perlukan CoQ10! 

Statin iaitu nama asal bagi ubat kolestrol akan mengurangkan penghasilan enzim yang bernama HMG-CoA. Enzim ini terbentuk sebelum CoQ10 dapat dihasilkan.

Statin menurunkan tahap kolesterol, ia merupakan perkara yang baik. Namun ia juga menurunkan tahap CoQ10! 

Berdasarkan kajian, CoQ10 dalam badan akan merosot sebanyak 40%.

Maka periksa tahap kolesterol masing-masing dan kekalkan tahap CoQ10 kita, dengan suplemen CoQ10 dalam diet seharian.

TESTIMONI COQ TROL PLUS SHAKLEE






Best sangat kan bila baca efek CoQ Trol Plus Shaklee ni kan kawan-kawan.  

Sebelum terlupa, jemput ya kawan-kawan singgah blog kawan kak Ros ni tau. Ketahui 7 Faedah Kesihatan Luar Biasa CoQ Trol Plus.

Nak dapatkan CoQ Trol Plus bagaimana? Boleh hubungi kak Ros di sini

Semoga entry kali ini bermanfaat ya.

Sayangi hidup kita.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

No comments