MANDIAN SELEPAS BERSALIN


Tujuan mandian herba/daun-daunan selepas bersalin:

  • Menyegarkan tubuh
  • Mengendurkan urat saraf
  • Memulihkan tenaga
  • Buang angin
  • Melancarkan peredaran darah

Ramuan untuk mandian,




Bahan-bahan ini direbus sehingga mendidih. Kemudian dicampur dengan air mandian sebanyak satu besen besar. Air hendaklah suam-suam kuku. Daun-daun yang telah direbus itu boleh direbus lagi dan digunakan untuk 2-3 kali mandian.

Khasiat mandi air herba/daun-daunan:

Menyegarkan urat saraf, menghilangkan kelesuan dan keletihan selepas melahirkan anak.

Saranan

Ibu-ibu hendaklah mandi di waktu pagi ketika cuaca agak panas.
Mandilah sebanyak 2 kali sehari di waktu pagi dan petang adalah lebih bermanfaat.

Bahan-bahan untuk mandi air herba/daun-daunan juga boleh didapati di kedai-kedai ubat,
dijual dalam bentuk paket/uncang. Harga sekitar Rm5 - Rm10 dan boleh digunakan antara 3 - 4 kali bagi setiap paket.

KENAPA BAYI MENANGIS TANPA AIR MATA?


"Eh! eh! menangis tak keluar air mata pun."


Ibu-ibu pasti pernah mengalaminya...
Bayi anda yang baru lahir.. menangis kuat takmahu berhenti 
dengan muka yang merah padam...

Kalutlah Si Ibu mendapatkan bayinya.
Tengok-tengok air mata setitik pun tak keluar...


Keadaan ini berlaku pada bayi yang baru lahir dan umumnya kepada bayi yang berusia di bawah 2 bulan.

Kenapa ya? 


Ini sebabnya...

Bayi baru lahir tidak menghasilkan air mata sehingga berusia beberapa minggu.
Bayi tidak mengeluarkan air mata kerana kelenjar air mata belum benar-benar berkembang dengan sempurna, lantaran menghasilkan air mata dalam jumlah yang sedikit. Hanya bertujuan memberi perlindungan kepada mata bayi sahaja. Maka tidak ada lebihan air mata yang keluar ketika bayi menangis.


"Air mata baru dihasilkan ketika bayi berusia 1-3 bulan. Seiring perkembangan kelenjar air mata, penghasilan air mata pun makin meningkat,"
Jennifer Shu, kumpulan penulis buku American Academy of Pediatric's,  
Heading Home With Your Newborn


Setelah bayi berusia 2-3 bulan, barulah bayi menangis dengan disertai linangan air mata. Sebab di usia itu penghasilan air mata bayi semakin meningkat. 

Jadi ibu-ibu jangan ingat bayi anda sekadar berhelah.. buat-buat menangis untuk menarik perhatian anda! 
Walaupun tak keluar air matanya =).

Sementara itu, jika air mata bayi keluar padahal dia tidak menangis... 
berkemungkinan saluran air matanya tersumbat. 
Biasanya gangguan ini akan pulih dengan sendiri. 
Tetapi jika bahagian kornea mata bayi nampak merah atau bengkak 
mungkin ada jangkitan. 
Segeralah berjumpa doktor.

 

Sumber: health.detik.com, health.kompas.com

TANDA-TANDA BAYI INGIN MENYUSU


Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya.


Bermula secara tanpa lisan (non verbal) dan akan berpanjangan
hinggalah bayi menangis apabila tidak dipedulikan. 
Bayi sebenarnya cuba memberi petunjuk bahawa dia sudah sedia menyusu. 

"Mama saya mahukan susu ." 

 

Apakah tanda-tanda bayi anda bersedia untuk disusukan?


Perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur).

1) Bayi mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil
mengerakkan kaki, tangan dan kepala. 

Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini...
2) Bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.

 

 
Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila...
3) Dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan mengerakkan badan serta
kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. 

4) Bayi juga akan mula "berbunyi" untuk memberitahu, "Mama, saya mahukan susu". 

Tanda akhir yang bayi akan berikan apabila permintaannnya tidak dipenuhi adalah...
5) Perubahan ekspresi muka, bernafas lebih cepat dan seterusnya menangis. 
 

Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia menyusu namun tidak dipedulikan. 



Sumber: bidanbersalin.blogspot.my