Intermittent Fasting

 Apa itu Intermittent Fasting?




Assalamu'alaikum kawan-kawan. Apa khabar hari ni?
Ada ke yang nak mula berdiet cara Intermittent Fasting (IF) tapi masih tercari-cari info? 

Di sini kak Ros kongsikan sedikit nota yang dapat daripada program sihat dan kurus cara IF yang pernah disertai.

IF lebih kepada satu gaya hidup yang sihat. Maksud lain, digilirkan antara waktu makan dengan waktu berpuasa. Boleh juga disebut sebagai puasa secara berkala. 

IF mula popular apabila dikaitkan dengan penurunan berat badan. Sejak tahun 2010, carian “Intermittent Fasting” di online meningkat sebanyak 10,000 peratus. 

Apabila dikaitkan dengan berpuasa, apakah pula faedah berpuasa?

Berpuasa adalah menahan diri daripada makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan. Sudah menjadi amalan sebahagian Agama dan budaya di seluruh dunia mengamalkan bepuasa sejak dahulu lagi. 

Kalau sudah begitu lebih baik puasa saja. Ada yang bepandangan begitu.
Ya, untuk mereka yang mampu berpuasa Isnin dan Khamis, puasa sunat Nabi Daud boleh diteruskan.
Itu yang terbaik. Bagi yang tidak mampu boleh buat IF. 



Faedah IF antaranya : 

Berpuasa Membantu Melaras Semula Sistem Badan
Mengembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat dalam kehidupan kita.
Belajar cara menguruskan tabiat makan.
Meningkatkan kawalan dan disiplin diri.


Apa yang menariknya tentang IF ni?

Jika selama ini kita makan sehari 5-6 kali sehari.
Dalam IF fokus utama mengurangkan kekerapan makan kepada 2-3 kali sahaja. 

Jika selama ini kita biasa makan lewat malam dan kerap mengambil snek.
Dalam IF hanya perlu ubah masa makan malam lebih awal dan elakkan mengambil snek. 

Mungkin agak susah untuk peringkat awal, tetapi alah bisa tegal biasa. Nak turunkan berat badan pasti memerlukan sedikit pengorbanan atau lebih tepat disiplin diri. 

Dalam IF kita boleh pilih sendiri berapa jam kita mahu berpuasa (fasting window) dan berapa jam masa untuk makan (eating window).

Kita boleh minum air kosong atau teh hijau, (Cinch Tea pilihan kak Ros) minuman tanpa kalori.

Yang bestnya, waktu tidur malam pun dikira waktu berpuasa IF!




Cara melakukan IF

Ada pelbagai jenis atau cara melakukan IF, Kak Ros kongsi di sini kebiasaan orang melakukannya PUASA HARIAN (Daily Fasting Plan). Tempoh bepuasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih.

IF 12 : 12 iaitu 12 jam tempoh bepuasa, 12 jam had waktu makan
IF 16 : 8 iaitu 16 jam tempoh bepuasa, 8 jam had waktu makan

Bagi yang baru bermula disyorkan IF 12 : 12 dahulu termasuk ibu yang sedang menyusu.

Untuk kesan paling cepat disyorkan IF 16 : 8 kerana lebih efektif. Selepas puasa 16 jam, badan kita akan berkerja sebagai "Mesin Pembakar Lemak!" Wow bestkan!





Dua fasa utama IF
TEMPOH BERPUASA (FASTING WINDOW)
HAD WAKTU MAKAN (EATING WINDOW)





Fasting Window

Dalam fasting window IF hanya boleh minum (minuman yang dibenarkan sahaja) tetapi tidak dibenarkan untuk makan. Waktu berpuasa bergantung pada Pelan IF yang dipilih (12/12), (16/8) atau (20/4). 

Eating Window

Setelah bepuasa, dalam fasa makan jika kita tidak mengambil kira kualiti atau menu yang sihat, ini akan merencat proses untuk sihat dan kurus. Amatlah rugi!

Jadi jaga enam prinsip ini ketika fasa makan.

1. Elakkan gula dan gula tersembunyi
2. Pilih karbo yang lebih baik
3. Tingkatkan pengambilan fiber
4. Pilih protein yang baik
5. Pilih lemak yang sihat
6. Elakkan makanan segera

Tidaklah sia-sia usaha berpuasa kita nanti.

Setakat ini dulu coretan kali ini. Boleh juga dapatkan info menarik tentang IF di sini ya.

Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi.

#shakleethrive2023
#shakleetriump2023
#blogmegashaklee

--------------------------------
Shaklee Independent Distributor
Rosashrakiah Jamaludin
No. Tel : 012-3659369
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

4 comments