Guna walker anak cepat berjalan?
Hari ini cerita tentang penggunaan walker. Kata orang kalau guna walker anak akan cepat berjalan. Tetapi ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan walker tidak digalakkan.
Penggunaan walker tidak digalakkan apabila walker itu digunakan sepanjang masa.
Maklumlah bila Si Ibu sibuk dengan kerja- kerja di rumah, lebih mudah jika Si Anak berada dalam walker bukan?
Bila terlalu lama Si Anak tadi berada dalam walker apa yang akan berlaku?
1) Perkembangan otot paha dan kaki akan terbantut.
Berbeza apabila kita mengajar anak berjalan dengan memegang ketiak atau tangannya.
Si Anak akan akan berusaha menahan kaki mereka.
Jadi otot paha dan kaki akan menjadi lebih kuat setiap hari dan lebih mantap.
Selain itu, kanak-kanak yang hanya duduk atau berdiri dalam walker,
2) Lebih bergantung kepada walker untuk bergerak dan lambat untuk cekap berjalan.
Kanak -kanak ini juga akan mengalami
3) Masalah mengawal keseimbangan badan
kerana kebiasaan menggunakan walker, pergerakan mereka lasak dan tidak tahu takut, melanggar apa sahaja.. ke sana ke mari dengan laju.
Oleh itu apabila kanak-kanak itu tidak lagi menggunakan walker dan berjalan dengan sendiri, mereka turut terbiasa seperti menggunakan walker.
4) Apabila mereka berjalan, sering tidak berhati-hati.
sehingga melanggar apa sahaja di hadapan mereka dan menyebabkan kecederaan.
5) Mereka tidak mempunyai pengalaman jatuh bangun dan kepayahan untuk berdiri dan
berjalan dan bertatih-tatih dari bawah secara normal.
Jadi walker boleh digunakan, tetapi bukan sepanjang masa.
Sumber: Pa & Ma - S & J Psikologi anak
Kita
semua mengetahui betapa pentingnya air untuk kesihatan tubuh badan
kita. Tubuh kita terdiri dari 50-70% air. Air penting untuk pelbagai
fungsi fisiologi badan. Tidak mungkin sistem biologi dalam tubuh kita
boleh berfungsi tanpa air. Antara peranan air adalah:
- Membawa nutrient dan oksigen pada sel-sel badan
- Air bertindak menstabilkan suhu badan
- Sebagai pelincir pada sendi badan
- Membantu sistem panghadaman
- Menjadi pelembap pada tisu organ seperti mata
- Membantu menyingkirkan toksin dari badan
Pakar kesihatan mengesyorkan supaya mengambil air kosong
sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari untuk mengekalkan
kesihatan badan. Ini penting untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga
untuk menjalankan aktiviti seharian.
- See more at:
http://www.aljabbarhealthcare.com/?gclid=CjwKEAjwkcWrBRDg5u6SuPS11C0SJAChLLAH6IIK2OdYk-UGvRVnbqnpUZbMHD8tFw-lrf4OBkiL7BoCb6_w_wcB#sthash.227xiBam.dpuf