9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Sedar tidak sedar sudah hampir 10 tahun kak Ros berada dalam bisnes Shaklee ini. 

Apa sebab kak Ros terlalu setia dan sayang dengan bisnes ini?

Salah satunya kerana KOMUNITINYA. 

Kak Ros bukan tidak pernah sebelum-sebelum ini berada dalam komuniti lain. Kak Ros pernah menjalankan pelbagai bisnes antaranya dropshipper bisnes tudung, tshirt Muslimah, kerongsang, jual buku dan jual stokin Muslimah. Kak Ros seronok barang terjual, kak Ros seronok bila dapat komisen. Ada sale bersemangat, tapi bila tak ada sale? Sedih sorang-sorang. Down sorang-sorang. At last tukar bisnes lain.

Tetapi tidak di Shaklee!


9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best


1. Ukhuwah harmoni 

Setiap kali ada yang baru datang, semua menerima macam satu keluarga. Teringat masa mula-mula kak Ros join bengkel di Shaklee Branch memang segan dan rasa janggal sangat. Maklumlah kita orang baru. Tapi bagusnya orang-orang lama dalam komuniti Shaklee ini layan kita seolah-olah sudah lama kenal. Kehadiran kita dialu-alukan. Orang baru tidak kekok untuk sama-sama berada dalam satu komuniti. Macam adik-beradik.




2. Saling 'support'

Tidak mengira latar belakang atau kerjaya saling support antara satu sama lain. Di kalangan kami ada surirumah, ada jurutera, ada pensyarah, ada doktor, ada misi, ada lawyer dan sebagainya. Tetapi bila berada dalam komuniti Shaklee kita ibarat satu keluarga. Sama-sama berganding bahu.


3. Membudayakan Ilmu 

Dalam komuniti Shaklee budaya ilmu sangat subur. Banyak sekali kelas dan bengkel tentang produk, kesihatan dan bisnes diadakan. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 

Ilmu-ilmu ini pula disampaikan oleh mereka yang bertauliah, bukan calang-calang orang seperti pakar nutrisi sehinggalah kepada saintis dan pegawai perubatan untuk mendapatkan ilmu yang tepat yang betul.






4. Kelas skills banyak. 

Dalam komuniti Shaklee juga banyak kelas skill dibuat. Sifu atau tenaga pengajar adalah daripada kalangan Master dan rakan-rakan ahli Shaklee sendiri. Ilmu yang mereka pelajari dikongsi bagi membantu semua ahli tidak mengira samada daripada susurgalur yang sama ataupun tidak. Tidak lokek ilmu, semuanya dibantu untuk berjaya. Malah kebanyakan kelas yang dibuat tidak dikenakan bayaran sedikitpun. Percuma sahaja. Macam Projek Blog Mega 1.0


 

5. Pengisian Rohani 

Komuniti Shaklee amat menekankan soal rohani. Dalam group kak Ros sendiri setiap pagi akan dapat whatsapp mengajak melantunkan Selawat, Mathurat, Yasin dan ayat-ayat Al Quran beramai-ramai. Walaupun kami ditempat yang berbeza tetapi tautan hati adalah sama. Teringat satu kata-kata;


"Berniaga di dunia biar untung sampai akhirat"






6. Komuniti yang sihat

Kak Ros suka berada dalam komuniti Shaklee sebab rata-ratanya memang makan vitamin dan guna produk. Kesedaran untuk terus hidup sihat tinggi memandangkan Shaklee sering adakan kempen-kempen kesihatan untuk semua ahli. Terkini adalah kempen Set Kurus Shaklee (Hello New You).



  

7. Sentiasa memberi inspirasi dan motivasi

Dalam komunti Shaklee budaya memberi inspirasi dan motivasi sentiasa berlaku. Maka tak mudah nak rasa lemau. Sentiasa ada suntikan semangat! 



8. Komuniti yang ramai

Kak Ros seronok berada dalam komuniti yang ramai. Dapat berkenal-kenalan. Dapat belajar banyak perkara. Bak kata Ryunosuke Satoro,


"Individually, we are one drop. 
Together, we are an ocean." 
And an ocean, we all must be...


9. Mahu berjaya sama-sama

Komuniti Shaklee tidak pentingkan diri. Bersaing secara sihat.
Seperti batu bata yang dibina saling menyokong antara satu sama lain.
Peribahasa Rusia ada menyebut,


"You cannot build a wall with one stone." 


Inilah 9 sebab kenapa kak Ros masih berada dalam komuniti Shaklee.



Anda belum ada komuniti yang best? Nak join kak Ros jangan segan-segan PM ya 


#blogmegashaklee2.0

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Review dan Feedback Blogmega Shaklee 1.0 dan Kenapa Nak Lagi Blogmega Shaklee 2.0


Bila diumumkan Projek Mega Blog 1.0 oleh Master Norita Idris awal bulan Februari haritu, kak Ros terus sahaja mendaftar tanpa lengah lagi. Ajaibnya kak Ros tak fikir panjang langsung terus jari jemari ni menaip, mengisi Google Form dan terus submit. Mungkin sebab sudah lama ternanti-nanti ada team dan kumpulan sokongan dalam arena menulis blog ini. 


Apa yang saya rasa? 

Bertuah sangat kak Ros rasa dapat join kawan-kawan blogger yang sudah lama berkecimpung dalam arena penulisan blog. Kak ros ni walaupun sudah ada blog tapi bab menulis ni masih bertatih. Gembira dan teruja masa tu nak hidupkan semula blog yang sudah lama berhabuk dan bersawang. Maklumlah buat sorang-sorang ni hurmmm kelaut dalam. 


Apa yang saya dapat?

Apa yang kak Ros dapat daripada Projek Mega Blog 1.0? 

Pertama semangat baru.
Dulu kak Ros rasa tak bersemangat. Ikut mood saja, rasa nak tulis buat, tak nak tinggal. Astaghfirullahal 'Azim. Rugi sangat bila difikirkan balik.
Tapi sekarang semangat berkobar-kobar nak aktifkan blog kembali.
Belajar selok-belok daripada master Salwa Zeyn yang tidak lokek berkongsi pelbagai tips. inSyaaAllah bukan lagi ikut semangat saja tetapi kesedaran membudayakan ilmu itu lebih tinggi. 

Kedua, dulu kak Ros rasa susah, takut dan lambat nak menulis. Tapi sekarang berkat join projek ini, senang dan cepat nak menulis. Ada sahaja perkara yang nak ditulis. Idea mencurah-curah. Kak Ros buat siap-siap tajuk, senaraikan isi-isi penting dan save dulu takut-takut lupa. Dapat menulis dengan lebih yakin dan berani juga di platform lain seperti di Facebook. Kalau tak dulu asyik tulis padam tulis padam. Last last tak post! Buang masa.
 
Ketiga kak Ros dapat circle yang supportive daripada kawan-kawan blogger. Masing-masing tidak lokek berbalas like dan komen di blog dan facebook tanda sokongan padu walaupun selepas tamat Projek Mega Blog 1.0. Haa kawan-kawan macam ni yang kita nak!

Keempat, kak Ros dapat hadiah Nutriferon tau. Memang bertuah sangat rasa, kalau nak beli ni mau RM150 ke atas harganya. Bukan kak Ros seorang sahaja yang dapat tetapi semua peserta Projek Mega Blog 1.0 layak menerima hadiah yang mahal dan istimewa berupa Vivix, Kolagen, Nutriferon dan hadiah eksklusif daripada pihak penganjur Master Norita yang baik hati. Alhamdulillah.







Apa yang saya lihat?

Syabas Projek Mega Blog 1.0! 

1. Kak Ros lihat projek ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pada mulanya kak Ros antara 100 orang pertama yang mendaftar tetapi penyertaan terpaksa dibuka untuk kali ke 2 menjadikan jumlah peserta kesemuanya 220 orang.

2. Kak Ros bersemangat luar biasa menulis, sehingga pukul 4 pagi masih menaip untuk siapkan tugasan yang diberi. Rupa-rupanya kawan-kawan lain juga begitu!

Boleh baca tugasan pertama kak Ros di sini tentang Intermittent Fasting dan 
tugasan kedua kak Ros Set Kurus Shaklee

3. Ramai yang ingin berjaya sama-sama, ada yang buat team dan sistem sparring partner yang diperkenalkan oleh pihak penganjur sangat bagus. Sikap cakna tentang orang lain. Bukan hanya mementingkan diri untuk siapkan tugasan kita sahaja. Nak berjaya biar bersama-sama!


Apa yang saya harapkan?  

Tiga harapan kak Ros.

Pertama, supaya terus menerus mendapat support daripada team besar Projek Mega Blog 1.0. 

Kedua, dapat menjana pendapatan melalui penulisan di blog.

Ketiga,dapat menjadikan blog sebagai medan berkongsi ilmu kesihatan dan tentang produk dengan massa.


Apa yang saya target?

Target kak Ros blog Pondok Sihat ini akan menjadi medium rujukan ramai orang. Dapat bertahan hingga 10 tahun ke hadapan


Kenapa nak join Projek Mega Blog 2.0?

Jadi besar harapan kak Ros untuk terpilih join Projek Mega Blog 2.0

Ingin mempunyai satu channel yang evergreen, yang stabil, boleh bertahan sehingga 10 tahun akan datang. Nak jadikan blog ini saham akhirat walaupun setelah ketiadaan diri ini. Terus menerus memberi manfaat. Tentang hadiah yang ditawarkan kali ini cukup lumayan katanya hadiah berupa SET pula. Wow.

Apapun kecil tapak tangan, nyiru kak Ros tadahkan. Semoga ada rezeki kak Ros dan kawan-kawan. 



#blogmegashaklee2.0

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Set Kurus Shaklee


"Kak Ros saya nak kurus. Tak tahan asyik kena perli dengan kawan-kawan, ambil gambar terpaksa menyorok belakang orang. Baju semua ketat. Saya stres!"
Ini luahan hati salah seorang klien kak Ros.

Nak kurus ni bukannya mudah. Bukan cerita ajaib sehari dua boleh turun berat badan.

Kak Ros sendiri pernah alami naik berat badan. Memang kena kuat semangat betul untuk berubah. 

Kak Ros pernah cuba kawal makan tanpa suplemen. Nak turun sekilo pun susah. Bila berdiet pening, menggigil, kulit jadi kering dan kasar, keletihan melampau sampai nak pitamlah akibat kurang nutrisi. Maklumlah 'cut' itu dan ini. Lama nak turun kilonya.

Bertambah stres!

Maka kak Ros cari solusi dengan Set Kurus Shaklee ataupun lebih dikenali sebagai 'Set Hello New You' sekarang ini. Set ini juga sangat membantu orang yang buat Intermittent Fasting

Ramai yang berjaya kurus dengan set ini termasuk kak Ros sendiri. Malah lebih sihat daripada dahulu. 


Mengapa “Hello New You”?

Hello New You Shaklee ni bukan hanya nama kepada set kurus tetapi adalah satu bentuk program.

Mudah dan fleksibel

Program yang mudah diikuti, menggabungkan produk-produk dengan nutrisi yang seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang bagi membantu ramai orang menguruskan berat badan secara berkesan, memenuhi nafsu makan tanpa berlapar, kekal bertenaga dan sihat sepanjang program.

Selamat, semulajadi dan berkesan

Tidak seperti kebanyakan program diet ikutan di luar sana, program Hello New You mengambil kira nutrisi yang terbaik dan diperlukan oleh tubuh badan bukan matlamat untuk kurus dengan cepat semata-mata.
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pengawet tiruan
  • Tiada perisa tiruan
  • Bukan GMO
  • Rendah glisemik
  • Tanpa gluten

Dibuktikan oleh sains

Disokong dengan kepakaran sains nutrisi, Set Kurus Shaklee ini mampu memberikan hasil yang lebih daripada yang diinginkan. Dibangunkan oleh para saintis dan penyelidik, produk-produk dalam program ini diformulasikan dengan menitik beratkan keperluan pengurusan berat badan yang lebih selamat, lebih sihat dan berkesan.








Kenapa perlu suplemen untuk kurus?


Jom kita tengok suplemen apa yang dicadangkan semasa memulakan program ni.

Untuk pengetahuan semua, suplemen ini dicadangkan oleh Pakar Nutrisi. Bukan suka-suka hati nak pilih tau. Tapi ada fungsi hebat dan dapat bantu perjalanan sihat, slim down dan cantik, hensem kita.



Suplimen bekalkan nutrisi padu yang...

1. Bantu lengkapkan keperluan tubuh kita.

Bila nak kurus ni, kita dah kurang makan. Tapi kita tak boleh tolerate dengan kekurangan nutrisi. Maka suplemen bantu ‘close gap’ nutrisi yang diperlukan tubuh.

Disamping tu bila nutrisi cukup kita akan lebih bertenaga, jadi tak adalah berdiet tapi lembik! Kita nak slim down dan sihat kan.

2. Nutrisi yang padu akan bantu kita elak craving!

Jadi untuk jangka masa panjang suplemen sangat membantu perjalanan kurus. Kenapa selalu nak turun berat badan fail? Sebab tak cukup nutrisi yang diperlukan tubuh. Maka sel kita kelaparan atau 'craving for something'. Akhirnya berat naik balik!

3. Elak 'sagging' atau kulit kendur

Nampak tua bila berat dah turun. Pernah tengok kan? Orang yang turun berat tapi orang tegur nampak sakit, nampak tua daripada usia! Kulit menggelebeh.

 Antara sebabnya adalah kekurangan protein!



4. Nutrisi tertentu bantu bakar lemak, dalam masa yang sama PELIHARA OTOT kita.

Pernah ada yang mengadu sedih katanya semua ASET WANITA hilang selepas berjaya kurus. Kena pula suami komen sekeping! Sedihhhhh oiii.

Ya dalam set ini dicadangkan protein yang ada leusina. Tak semua produk ada leusina tau! Leusina ni bantu jaga otot kita. Takdelah bakar semua benda sampai ASET WANITA kita hilang! Pengambilan leusina juga bantu badan kita lebih tegap dan kurangkan efek yo-yo kalau dah turun berat!

5. Protein dan Omega (lemak baik) misalnya bantu stabilkan hormon leptin dan ghrelin yang mana hormon ni bantu kawal atur rasa kenyang dan lapar.

Apabila hormon ini lebih sensitif, kita akan mempunyai nafsu dan selera makan yang lebih stabil. Beza ambil suplemen dengan tidak bagi yang pernah. Pantang tengok orang iklan makanan rasa nak order! Sekarang tidak lagi.




6. Protein, Omega 3 dan tambahan teh hijau sangat membantu untuk tingkatkan metabolisme tubuh.

Peningkatan metabolisme bantu tubuh kita turun berat lebih efektif. Ditambah pula dengan senaman, insyaAllah kita akan dapat kesan lebih baik! Lebih tinggi kadar metabolisme lebih baik kadar pembakaran kalori tubuh kita. Selalu dikaitkan bila umur meningkat, kadar metabolisme akan menurun. Jadi wajibkan diri untuk amal suplemen yang bantu tingkatkan kadar metabolisme kita.

7. Usus yang sihat.

Ya serat penting untuk tubuh kita. Lebih 90% rakyat Malaysia tidak cukup pengambilan serat harian sedangkan kesihatan tubuh bermula daripada usus yang sihat!

e

Membakar, Membina, Meningkatkan, Membersihkan.


Set Kurus (Hello New You) Shaklee ini terdiri daripada lima produk dan berikut fungsi-fungsinya.

  1. Lecithin - Membantu dalam memecahkan lemak ataupun 'emulsifier'.
  2. Cinch Shake (Chocolate)- Memberi tenaga segera dan membantu untuk kenyang lebih lama. Membina otot dan meningkatkan metabolisme.
  3. Omega Guard - Membantu untuk menurunkan kolesterol jahat dan membakar lemak.
  4. Herblax - Berfungsi untuk detoks usus, pelawasan, mencuci usus besar, merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.



Untuk maklumat lanjut fungsi setiap suplemen yang dicadangkan boleh rujuk sini ya. Set kurus Shaklee ramai yang cari sebab telah terbukti berkesan dan selamat.




Tambahan untuk 'best result' sebagai penggalak (booster). Kak Ros akan cadangkan klien ambil Vivix. 

Macam mana polifenol dalam Vivix ni bantu untuk kurus?


1. Polifenol (anti oksidan) bantu tingkatkan metabolisme badan dan beri tenaga tambahan setiap hari. Buat badan sentiasa berada dalam mod aktif.

2. Polifenol (anti angiogenesis) mengecutkan saiz tisu lemak, menghalang pembesaran tisu lemak sedia ada dan menghalang penghasilan tisu lemak yang baru.
Haaa barulah badan kita mengecut! Senyum.

3. Polifenol (anti diabetek) meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan. Ini akan mengawal gula dan karbohidrat dengan lebih baik. Kurangkan craving.
Nak capai sasaran berat ideal dengan ini lebih mudah!

Hanya ambil satu sudu sehari untuk bantu proses penurunan berat dengan sihat dan cepat.

Testimoni kak Ros sendiri. Berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kg dengan Set Kurus Shaklee.


Kak Ros mengalami masalah berat badan selepas bersalin anak kedua (gambar kiri). Sekarang anak lima. (gambar kanan). Berat naik 10 kilo. Selera sungguh makan, lapar selalu.

Sebelum amalkan set kurus badan rasa cepat letih dan lemau. Kulit kusam dan berjerawat, sakit-sakit di bahagian lutut dan tapak kaki. 

Selepas amalkan set kurus badan rasa cergas dan bertenaga. Tidak letih. kulit makin halus dan cantik. Ringan badan. Paling best berat takmudah naik sampailah sekarang!

Tapi adakah kak Ros hanya bergantung kepada suplemen sahaja? Tidak. Kunci kejayaan untuk kurus ni ada tiga;

1. Makan dengan pilihan menu yang betul dan sihat
2. Bersenam dan aktifkan diri.
3. Amalkan suplemen dengan betul.

Alhamdulillah seperti yang disarankan Shaklee juga.


Kami ada 'support group' untuk mereka yang nak kurus. Boleh hubungi kak Ros untuk dibantu. wa.me/60123659369

Lepas ni dah boleh bergaya dengan baju cantik, boleh berlari dan boleh beribadah dengan mudah. Dapat ubah gayahidup yang lebih sihat, berat ideal sekaligus bertenaga dan cantik.

Boleh juga baca di sini Set Kurus Shaklee


#shakleethrive2023
#shakleetriump2023
#blogmegashaklee

Intermittent Fasting

 Apa itu Intermittent Fasting?




Assalamu'alaikum kawan-kawan. Apa khabar hari ni?
Ada ke yang nak mula berdiet cara Intermittent Fasting (IF) tapi masih tercari-cari info? 

Di sini kak Ros kongsikan sedikit nota yang dapat daripada program sihat dan kurus cara IF yang pernah disertai.

IF lebih kepada satu gaya hidup yang sihat. Maksud lain, digilirkan antara waktu makan dengan waktu berpuasa. Boleh juga disebut sebagai puasa secara berkala. 

IF mula popular apabila dikaitkan dengan penurunan berat badan. Sejak tahun 2010, carian “Intermittent Fasting” di online meningkat sebanyak 10,000 peratus. 

Apabila dikaitkan dengan berpuasa, apakah pula faedah berpuasa?

Berpuasa adalah menahan diri daripada makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan. Sudah menjadi amalan sebahagian Agama dan budaya di seluruh dunia mengamalkan bepuasa sejak dahulu lagi. 

Kalau sudah begitu lebih baik puasa saja. Ada yang bepandangan begitu.
Ya, untuk mereka yang mampu berpuasa Isnin dan Khamis, puasa sunat Nabi Daud boleh diteruskan.
Itu yang terbaik. Bagi yang tidak mampu boleh buat IF. 



Faedah IF antaranya : 

Berpuasa Membantu Melaras Semula Sistem Badan
Mengembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat dalam kehidupan kita.
Belajar cara menguruskan tabiat makan.
Meningkatkan kawalan dan disiplin diri.


Apa yang menariknya tentang IF ni?

Jika selama ini kita makan sehari 5-6 kali sehari.
Dalam IF fokus utama mengurangkan kekerapan makan kepada 2-3 kali sahaja. 

Jika selama ini kita biasa makan lewat malam dan kerap mengambil snek.
Dalam IF hanya perlu ubah masa makan malam lebih awal dan elakkan mengambil snek. 

Mungkin agak susah untuk peringkat awal, tetapi alah bisa tegal biasa. Nak turunkan berat badan pasti memerlukan sedikit pengorbanan atau lebih tepat disiplin diri. 

Dalam IF kita boleh pilih sendiri berapa jam kita mahu berpuasa (fasting window) dan berapa jam masa untuk makan (eating window).

Kita boleh minum air kosong atau teh hijau, (Cinch Tea pilihan kak Ros) minuman tanpa kalori.

Yang bestnya, waktu tidur malam pun dikira waktu berpuasa IF!




Cara melakukan IF

Ada pelbagai jenis atau cara melakukan IF, Kak Ros kongsi di sini kebiasaan orang melakukannya PUASA HARIAN (Daily Fasting Plan). Tempoh bepuasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih.

IF 12 : 12 iaitu 12 jam tempoh bepuasa, 12 jam had waktu makan
IF 16 : 8 iaitu 16 jam tempoh bepuasa, 8 jam had waktu makan

Bagi yang baru bermula disyorkan IF 12 : 12 dahulu termasuk ibu yang sedang menyusu.

Untuk kesan paling cepat disyorkan IF 16 : 8 kerana lebih efektif. Selepas puasa 16 jam, badan kita akan berkerja sebagai "Mesin Pembakar Lemak!" Wow bestkan!





Dua fasa utama IF
TEMPOH BERPUASA (FASTING WINDOW)
HAD WAKTU MAKAN (EATING WINDOW)





Fasting Window

Dalam fasting window IF hanya boleh minum (minuman yang dibenarkan sahaja) tetapi tidak dibenarkan untuk makan. Waktu berpuasa bergantung pada Pelan IF yang dipilih (12/12), (16/8) atau (20/4). 

Eating Window

Setelah bepuasa, dalam fasa makan jika kita tidak mengambil kira kualiti atau menu yang sihat, ini akan merencat proses untuk sihat dan kurus. Amatlah rugi!

Jadi jaga enam prinsip ini ketika fasa makan.

1. Elakkan gula dan gula tersembunyi
2. Pilih karbo yang lebih baik
3. Tingkatkan pengambilan fiber
4. Pilih protein yang baik
5. Pilih lemak yang sihat
6. Elakkan makanan segera

Tidaklah sia-sia usaha berpuasa kita nanti.

Setakat ini dulu coretan kali ini. Boleh juga dapatkan info menarik tentang IF di sini ya.

Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi.

#shakleethrive2023
#shakleetriump2023
#blogmegashaklee

--------------------------------
Shaklee Independent Distributor
Rosashrakiah Jamaludin
No. Tel : 012-3659369
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.