9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Sedar tidak sedar sudah hampir 10 tahun kak Ros berada dalam bisnes Shaklee ini. 

Apa sebab kak Ros terlalu setia dan sayang dengan bisnes ini?

Salah satunya kerana KOMUNITINYA. 

Kak Ros bukan tidak pernah sebelum-sebelum ini berada dalam komuniti lain. Kak Ros pernah menjalankan pelbagai bisnes antaranya dropshipper bisnes tudung, tshirt Muslimah, kerongsang, jual buku dan jual stokin Muslimah. Kak Ros seronok barang terjual, kak Ros seronok bila dapat komisen. Ada sale bersemangat, tapi bila tak ada sale? Sedih sorang-sorang. Down sorang-sorang. At last tukar bisnes lain.

Tetapi tidak di Shaklee!


9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best


1. Ukhuwah harmoni 

Setiap kali ada yang baru datang, semua menerima macam satu keluarga. Teringat masa mula-mula kak Ros join bengkel di Shaklee Branch memang segan dan rasa janggal sangat. Maklumlah kita orang baru. Tapi bagusnya orang-orang lama dalam komuniti Shaklee ini layan kita seolah-olah sudah lama kenal. Kehadiran kita dialu-alukan. Orang baru tidak kekok untuk sama-sama berada dalam satu komuniti. Macam adik-beradik.




2. Saling 'support'

Tidak mengira latar belakang atau kerjaya saling support antara satu sama lain. Di kalangan kami ada surirumah, ada jurutera, ada pensyarah, ada doktor, ada misi, ada lawyer dan sebagainya. Tetapi bila berada dalam komuniti Shaklee kita ibarat satu keluarga. Sama-sama berganding bahu.


3. Membudayakan Ilmu 

Dalam komuniti Shaklee budaya ilmu sangat subur. Banyak sekali kelas dan bengkel tentang produk, kesihatan dan bisnes diadakan. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 

Ilmu-ilmu ini pula disampaikan oleh mereka yang bertauliah, bukan calang-calang orang seperti pakar nutrisi sehinggalah kepada saintis dan pegawai perubatan untuk mendapatkan ilmu yang tepat yang betul.






4. Kelas skills banyak. 

Dalam komuniti Shaklee juga banyak kelas skill dibuat. Sifu atau tenaga pengajar adalah daripada kalangan Master dan rakan-rakan ahli Shaklee sendiri. Ilmu yang mereka pelajari dikongsi bagi membantu semua ahli tidak mengira samada daripada susurgalur yang sama ataupun tidak. Tidak lokek ilmu, semuanya dibantu untuk berjaya. Malah kebanyakan kelas yang dibuat tidak dikenakan bayaran sedikitpun. Percuma sahaja. Macam Projek Blog Mega 1.0


 

5. Pengisian Rohani 

Komuniti Shaklee amat menekankan soal rohani. Dalam group kak Ros sendiri setiap pagi akan dapat whatsapp mengajak melantunkan Selawat, Mathurat, Yasin dan ayat-ayat Al Quran beramai-ramai. Walaupun kami ditempat yang berbeza tetapi tautan hati adalah sama. Teringat satu kata-kata;


"Berniaga di dunia biar untung sampai akhirat"






6. Komuniti yang sihat

Kak Ros suka berada dalam komuniti Shaklee sebab rata-ratanya memang makan vitamin dan guna produk. Kesedaran untuk terus hidup sihat tinggi memandangkan Shaklee sering adakan kempen-kempen kesihatan untuk semua ahli. Terkini adalah kempen Set Kurus Shaklee (Hello New You).



  

7. Sentiasa memberi inspirasi dan motivasi

Dalam komunti Shaklee budaya memberi inspirasi dan motivasi sentiasa berlaku. Maka tak mudah nak rasa lemau. Sentiasa ada suntikan semangat! 



8. Komuniti yang ramai

Kak Ros seronok berada dalam komuniti yang ramai. Dapat berkenal-kenalan. Dapat belajar banyak perkara. Bak kata Ryunosuke Satoro,


"Individually, we are one drop. 
Together, we are an ocean." 
And an ocean, we all must be...


9. Mahu berjaya sama-sama

Komuniti Shaklee tidak pentingkan diri. Bersaing secara sihat.
Seperti batu bata yang dibina saling menyokong antara satu sama lain.
Peribahasa Rusia ada menyebut,


"You cannot build a wall with one stone." 


Inilah 9 sebab kenapa kak Ros masih berada dalam komuniti Shaklee.



Anda belum ada komuniti yang best? Nak join kak Ros jangan segan-segan PM ya 


#blogmegashaklee2.0

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

No comments