Renewal Mudah Dengan Shaklee






Tahun ini tahun ke 10 kak Ros masih menjadi ahli Shaklee. Antara perkara yang kak Ros paling suka ialah mudah sangat nak perbaharui keahlian dengan Shaklee ni.

Kak Ros dapat perbaharui keahlian secara percuma sahaja tau dengan membeli mana-mana produk di www.shaklee.com.my


Cara-caranya:

Beli sahaja apa-apa produk kegemaran kita, secara auto keahlian kita diperbaharui untuk tempoh setahun kehadapan sehingga tiba hari lahir berikutnya. 

Boleh renew 3 bulan sebelum atau selepas hari lahir kita. Kalau buat pembelian di Shop Shaklee biasanya staf akan ingatkan kita. Tapi kalau beli secara atas talian jangan lupa tick dekat checkbox yang disediakan tu ya. 

Contoh renew keahlian di web Shaklee


Apa yang bestnya jadi ahli Shaklee ni sampaikan kak Ros biasanya tak akan terlupa renew setiap tahun?

Jom kak Ros cerita sikit di bawah.



Keistimewaan menjadi ahli Shaklee

Apa yang bestnya jadi ahli Shaklee ialah kak Ros dapat cash rebate atau rebat tunai setiap bulan.
Bagaimana? Boleh baca di sini ya.


Dapat diskaun 20 - 25% untuk semua produk Shaklee






 Pelbagai insentif yang Shaklee tawarkan anataranya seperti berikut


Memang berbaloi sangat menjadi ahli Shaklee.
Bagaimana untuk mendaftar?


Cara untuk menjadi ahli Shaklee


Pertama sekali kenalah daftar sebagai ahli. Ada 2 pilihan mudah.


Pilihan pertama boleh terus membuat pembayaran hanya RM35 untuk menyertai Shaklee. Murah sahaja. Diikuti dengan membuat sebarang pembelian produk. Tiada pembelian minimum diperlukan. Untuk dapatkan penghantaran percuma pastikan jumlah pembelian adalah RM300 dan ke atas.


Pilihan kedua boleh memilih untuk membeli sejumlah produk 100UV atau anggaran dalam RM350 untuk mendapatkan keahlian secara percuma.

Boleh terus daftar di sini



Bagaimana jika keahlian sudah tamat

Kita masih boleh log masuk di web dan membeli produk sebaik sahaja tamat tempoh keahlian.
Ya selama 3 bulan selepas ID tamat tempoh. Tetapi akses terhad. Selepas log masuk, kita akan dapat melihat pemberitahuan yang bagitahu supaya MEMPERBAHARUI Keahlian dengan membeli APA-APA produk Shaklee.

Jika kawan-kawan perlukan bantuan kak Ros untuk Renewal Mudah dengan Shaklee boleh hubungi kak Ros di sini.



#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023


Cash Rebate Syoknya Makan Vitamin Percuma Setiap Bulan dan Cara-caranya


Setiap bulan kak Ros wajib pergi ke Shop Shaklee berdekatan
untuk beli vitamin keluarga.


Tahun ini tahun ke 10 kak Ros sebagai ahli Shaklee. Percaya atau tidak setiap bulan kak Ros dapat makan vitamin organik yang bagus, terkenal dan agak mahal ni dengan percuma sahaja. Malah bukan kak Ros sahaja tetapi satu famili, suami, anak-anak dan ibu ayah termasuk juga. Syukur dan syok sangat bila Shaklee belanja kita tiap-tiap bulan. Macam mana tu? Nak tahu? Mai kak Ros ceritakan. Semoga kawan-kawan pun ada peluang makan vitamin percuma. Senyum.

Kak Ros bermula dengan makan vitamin rambut sebab ada masalah keguguran rambut yang teruk sekitar tahun 2013. Kak Ros ambil Zink Complex. Disusuli dengan Energizing Soy Protien (ESP) dan syampu. Alhamdulillah masalah rambut gugur kak Ros beransur-ansur kurang dan rasa susah hati pun hilang. Maklumlah rambut itu mahkota wanita. Bukan sahaja kurang gugur, banyak anak rambut yang tumbuh kembali. Memang bagus sangat set untuk rambut gugur ni.

Kak Ros teruskan pula dengan mengambil multivitamin tertua iaitu Vitalea. Masa itu bulan puasa. Alhamdulillah membantu sangat. Kak Ros dapat berpuasa dengan bertenaga dan tidak keletihan melampau walaupun sedang menyusukan anak. Syukur sangat.

Seterusnya kak Ros ambil Ostenutrix sebab mengalami masalah lennguh-lenguh dan sakit belakang yang melampau ketika menyusukan anak. Alhamdulillah masalah sakit kak Ros itu beransur-ansur hilang. Kak Ros dapat menyusukan anak dengan lebih tenang dan tidak stres. Bahagia sangat rasa. Anak pun cepat kenyang dan kurang meragam.

Begitulah seterusnya kak Ros terus mencuba setiap produk Shaklee. Memang terbukti, selamat dan berkesan. Banyak masalah kesihatan kak Ros berjaya diselesaikan tanpa perlu makan ubat.

Sedang asyik mencuba dalam tempoh beberapa bulan pertama kenal Shaklee, sedar tidak sedar kak Ros layak terima cash rebate. Dua puluh ringgit lebih kalau tidak silap telah dikreditkan terus ke dalam akaun bank kak Ros. Siapa tidak seronok tengok ada yang masukkan duit ke dalam akaun kita.

Pada masa itu baru kak Ros tahu yang walaupun hanya makan vitamin, setiap ahli Shaklee layak menerima cash rebate ataupun bonus apabila layak. 

Seronok sangat kak Ros rasa masa tu. Bolehlah guna wang tersebut untuk beli vitamin semula. Dapat kesihatan dan dapat duit juga. Belum pernah seumur hidup kak Ros beli supplements di farmasi atau kedai kita dapat duit!


Setiap bulan ada rezeki anak-anak makan vitamin percuma.
Anak sihat ibu bahagia.

Paling seronok, lagi banyak kita buat pembelian, makin besar cash rebate yang kita dapat. Bolehlah digunakan untuk membeli lebih banyak vitamin yang kita mahu. Vitamin sendiri, hadiahkan kepada suami, belanja anak-anak, bagi ibu ayah sendiri dan mertua sekali. Jom kak Ros terangkan sedikit tentang Cash Rebate yang Shaklee beri. 


Apa itu cash rebate?

Cash rebate atau rebat tunai pada asalnya bermaksud pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran, secara tunai.

Cash rebate juga disebut sebagai bonus dalam Shaklee diberi kepada semua ahli yang telah berdaftar dan layak.

Cash rebate ini dimasukkan terus ke akaun bank mereka yang layak pada setiap 14 haribulan setiap bulan. Berapa jumlah yang di masukkan? Ini mengikut kepada jumlah pembelian vitamin pada bulan sebelumnya. Boleh rujuk jadual di atas.


Bagaimanakah cara untuk dapatkan cash rebate?

Ahli berdaftar

Pertama sekali kenalah daftar sebagai ahli. Ada 2 pilihan mudah.

Pilihan pertama boleh terus membuat pembayaran hanya RM35 untuk menyertai Shaklee. Murah sahaja. Diikuti dengan membuat sebarang pembelian produk. Tiada pembelian minimum diperlukan. Untuk dapatkan penghantaran percuma pastikan jumlah pembelian adalah RM300 dan ke atas.

Pilihan kedua boleh memilih untuk membeli sejumlah produk 100UV atau anggaran dalam RM350 untuk mendapatkan keahlian secara percuma.


Bagaimanakah cara untuk dapatkan cash rebate yang lebih besar?



Teruskan guna dan berkongsi dengan lebih ramai orang

Seperti yang telah kak Ros ceritakan, pada beberapa bulan pertama menjadi ahli kak Ros membeli vitamin dengan duit sendiri. Selepas itu baru kak Ros mula membeli dengan cash rebate yang Shaklee berikan. Hasil daripada mengamalkan vitamin Shaklee secara konsisten dan mendapatkan kesan yang baik, ramai pula saudara mara dan kawan-kawan mula memesan vitamin dengan kak Ros. Mereka lihat perubahan, kak Ros lebih sihat daripada yang dulu, lebih bertenaga, tidak letih, kulit makin cantik, berat badan terkawal, ceria dan lebih tenang. Secara tidak sengaja cash rebate yang kak Ros dapat makin meningkat jumlahnya. Rezeki daripada Allah.


Ada perniagaan sendiri


Purata pendapatan bulanan seorang Pemimpin Perniagaan mengikut pangkat

Semua mereka yang memulakan perniagaan dengan Shaklee adalah mereka yang bermula dengan makan sendiri vitamin secara konsisten. Bagi mereka yang serius ingin melibatkan diri dalam bisnes lebih banyak peluang menanti. Boleh baca di sini Insentif Shaklee Malaysia Mewah

Perlukan bimbingan daripada kak Ros nak dapatkan Cash Rebate Shaklee ni? Nak sangat merasa makan vitamin setiap bulan secara percuma? Jangan segan-segan hubungi kak Ros ya di sini.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023




Set Hello New You Kekal Kurus Dan Cantik

 


Masalah berat badan naik mendadak di kalangan rakyat Malaysia sudah tidak asing bagi kita. Menggerunkan bila melihat budaya atau cara permakanan rakyat kita kini.


Apakah risiko kesihatan menjadi obesiti?

Menjadi gemuk meningkatkan risiko seseorang mengalami banyak masalah kesihatan.

Berikut adalah beberapa contoh:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Penyakit jantung (termasuk serangan jantung)
  • Strok
  • Sleep apnea (gangguan di mana anda berhenti bernafas untuk jangka masa pendek semasa tidur)
  • Asma
  • Kanser


Kajian menunjukan bahawa orang yang obesiti mati lebih muda daripada orang yang berat badan yang sihat. Mereka juga menunjukkan bahawa risiko kematian semakin tinggi seseorang itu. Tahap peningkatan risiko bergantung kepada berapa lama orang itu telah gemuk, dan mengenai masalah kesihatan lain yang dia ada.


Ohh seram kawan-kawan!



Kak Ros pernah berat badan naik 10 kg memang hati tidak tenang. Kesannya kepada fizikal sakit tapak kaki dan lutut. Nak beribadah jadi tidak selesa. Hilang keyakinan diri dan banyak lagi rasa yang tidak best menggangu diri. Memikirkan lagi penyakit-penyakit yang kronik bakal diundang kak Ros tidak sanggup.

Selain jaga makan, bersenam secara berkala kak Ros join Program Kurus Jom Detox Jutawan Shaklee. Alhamdulillah berjaya turun 10 kg. Selepas itu cara untuk kak Ros kekal maintain berat badan dengan mengamalkan Set Hello New You sehingga sekarang ini.  

Bukan tidak pernah cuba-cuba berdiet tanpa bantuan supplements. Memang susah. Kesihatan terjejas, pening kepala, muka pucat, kulit jadi kering, moody, keletihan melampau. Mana tidaknya bila tidak makan segala nutrisi kita 'cut', bila makan pula tak cukup zat. Sekejap sahaja berat boleh naik mendadak semula.

Dengan Set Hello New You memang mudah sangat nak capai impian kembali kurus dan cantik gitu. Bukan kak Ros seorang tau. Dah ramai yang berjaya dapat berat idaman.


Testimoni Kurus dengan Set Hello New You



Set Hello New You

Hello New You Shaklee ni bukan hanya nama kepada set kurus tetapi adalah satu bentuk program.

Mudah dan fleksibel

Program yang mudah diikuti, menggabungkan produk-produk dengan nutrisi yang seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang bagi membantu ramai orang menguruskan berat badan secara berkesan, memenuhi nafsu makan tanpa berlapar, kekal bertenaga dan sihat sepanjang program.

Selamat, semulajadi dan berkesan

Tidak seperti kebanyakan program diet ikutan di luar sana, program Hello New You mengambil kira nutrisi yang terbaik dan diperlukan oleh tubuh badan bukan matlamat untuk kurus dengan cepat semata-mata.

  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pengawet tiruan
  • Tiada perisa tiruan
  • Bukan GMO
  • Rendah glisemik
  • Tanpa gluten




Dibuktikan oleh sains
Disokong dengan kepakaran sains nutrisi, Set Kurus Shaklee ini mampu memberikan hasil yang lebih daripada yang diinginkan. Dibangunkan oleh para saintis dan penyelidik, produk-produk dalam program ini diformulasikan dengan menitik beratkan keperluan pengurusan berat badan yang lebih selamat, lebih sihat dan berkesan.


Kenapa perlu supplements untuk kurus?

Jom kita tengok suplemen apa yang dicadangkan semasa memulakan program ni.

Untuk pengetahuan semua, suplemen ini dicadangkan oleh Pakar Nutrisi. Bukan suka-suka hati nak pilih tau. Tapi ada fungsi hebat dan dapat bantu perjalanan sihat, slim down dan cantik, hensem kita.


Suplimen bekalkan nutrisi padu yang...

1. Bantu lengkapkan keperluan tubuh kita.

Bila nak kurus ni, kita dah kurang makan. Tapi kita tak boleh tolerate dengan kekurangan nutrisi. Maka suplemen bantu ‘close gap’ nutrisi yang diperlukan tubuh.

Disamping tu bila nutrisi cukup kita akan lebih bertenaga, jadi tak adalah berdiet tapi lembik! Kita nak slim down dan sihat kan.

2. Nutrisi yang padu akan bantu kita elak craving!

Jadi untuk jangka masa panjang suplemen sangat membantu perjalanan kurus. Kenapa selalu nak turun berat badan fail? Sebab tak cukup nutrisi yang diperlukan tubuh. Maka sel kita kelaparan atau 'craving for something'. Akhirnya berat naik balik!

3. Elak 'sagging' atau kulit kendur

Nampak tua bila berat dah turun. Pernah tengok kan? Orang yang turun berat tapi orang tegur nampak sakit, nampak tua daripada usia! Kulit menggelebeh.

Antara sebabnya adalah kekurangan protein!



4. Nutrisi tertentu bantu bakar lemak, dalam masa yang sama PELIHARA OTOT kita.

Pernah ada yang mengadu sedih katanya semua ASET WANITA hilang selepas berjaya kurus. Kena pula suami komen sekeping! Sedihhhhh oiii.

Ya dalam set ini dicadangkan protein yang ada leusina. Tak semua produk ada leusina tau! Leusina ni bantu jaga otot kita. Takdelah bakar semua benda sampai ASET WANITA kita hilang! Pengambilan leusina juga bantu badan kita lebih tegap dan kurangkan efek yo-yo kalau dah turun berat!

5. Protein dan Omega (lemak baik) misalnya bantu stabilkan hormon leptin dan ghrelin yang mana hormon ni bantu kawal atur rasa kenyang dan lapar.

Apabila hormon ini lebih sensitif, kita akan mempunyai nafsu dan selera makan yang lebih stabil. Beza ambil suplemen dengan tidak bagi yang pernah. Pantang tengok orang iklan makanan rasa nak order! Sekarang tidak lagi.




6. Protein, Omega 3 dan tambahan teh hijau sangat membantu untuk tingkatkan metabolisme tubuh.

Peningkatan metabolisme bantu tubuh kita turun berat lebih efektif. Ditambah pula dengan senaman, insyaAllah kita akan dapat kesan lebih baik! Lebih tinggi kadar metabolisme lebih baik kadar pembakaran kalori tubuh kita. Selalu dikaitkan bila umur meningkat, kadar metabolisme akan menurun. Jadi wajibkan diri untuk amal suplemen yang bantu tingkatkan kadar metabolisme kita.

7. Usus yang sihat.

Ya serat penting untuk tubuh kita. Lebih 90% rakyat Malaysia tidak cukup pengambilan serat harian sedangkan kesihatan tubuh bermula daripada usus yang sihat!



Set Kurus (Hello New You) Shaklee ini terdiri daripada empat produk dan berikut fungsi-fungsinya.

Lecithin - Membantu dalam memecahkan lemak ataupun 'emulsifier'.
Cinch Shake - Memberi tenaga segera dan membantu untuk kenyang lebih lama. Membina otot dan meningkatkan metabolisme.
Omega Guard - Membantu untuk menurunkan kolesterol jahat dan membakar lemak.
Herblax - Berfungsi untuk detoks usus, pelawasan, mencuci usus besar, merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.


Untuk maklumat lanjut fungsi setiap suplemen yang dicadangkan boleh rujuk sini ya. Set kurus Shaklee ramai yang cari sebab telah terbukti berkesan dan selamat.




Tambahan untuk 'best result' sebagai penggalak (booster). Kak Ros akan cadangkan klien ambil Vivix.
Macam mana polifenol dalam Vivix ni bantu untuk kurus?

1. Polifenol (anti oksidan) bantu tingkatkan metabolisme badan dan beri tenaga tambahan setiap hari. Buat badan sentiasa berada dalam mod aktif.

2. Polifenol (anti angiogenesis) mengecutkan saiz tisu lemak, menghalang pembesaran tisu lemak sedia ada dan menghalang penghasilan tisu lemak yang baru.
Haaa barulah badan kita mengecut! Senyum.

3. Polifenol (anti diabetek) meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan. Ini akan mengawal gula dan karbohidrat dengan lebih baik. Kurangkan craving.
Nak capai sasaran berat ideal dengan ini lebih mudah!

Hanya ambil satu sudu sehari untuk bantu proses penurunan berat dengan sihat dan cepat.

Okey itu sahaja perkongsian kak Ros untuk kali ini. Set Hello New You ni dijamin tidak mengecewakan. Cubalah memeng berbaloi untuk kesihatan kekal kurus dan cantik.

Nak dapatkan set ini boleh hubungi kak Ros di sini ya.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023









Hari Raya Open House 3 Tips Elak Diserang Penyakit

hellokerja.com

Bila tiba hari raya, memang seronok berkunjung sanak saudara. Bertemu banyak mata. Pelbagai juadah tersedia. Rendang, ketupat, lemang, sate, lodeh macam-macam ada. Enak-enak belaka tak boleh nak lepaskan peluang menikmati semuanya. 

Selagi belum habis bulan Syawal ada sahaja jemputan ke rumah terbuka setiap minggu. Alhamdulillah rezeki.

Tapi dalam kegembiraan tu, kak Ros beringat-ingat tentang kesihatan diri dan keluarga sebab pernah ada pengalaman berhari raya dalam keadaan tidak sihat.  


Strok haba atau kelesuan haba

Strok Haba dan Dehidrasi

Pada tahun ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh peralihan Monsun Timur Laut yang menyebabkan cuaca panas berpanjangan di beberapa negeri terutama di utara Semenanjung sehingga bulan Ogos depan. Hari-hari panaih lit-lit kat tempat kak Ros ni kawan-kawan.

El Nino kuat dijangka akan berlaku bermula Jun, sekali gus menyebabkan di Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih kering dan panas bermula Jun hingga Oktober depan menurut laporan pusat ramalan iklim APEC Climate Center di Busan, Korea.




Cuaca panas berpanjangan itu turut dikaitkan dengan strok haba yang menuntut orang ramai lebih berhati-hati ketika berhari raya apatah lagi terdapat laporan berita berhubung kematian kanak-kanak dipercayai disebabkan strok haba.

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Pastikan minum banyak air sebelum dan semasa berkunjung ke rumah terbuka. Elakkan minuman berkafein kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. Untuk pakaian pula digalakkan memakai pakaian berwarna terang dan longgar yang membolehkan kulit berasa selesa. Elakkan warna gelap kerana boleh menyerap haba.

Menurut Pakar Pemakanan Institut Farmakogenomiks Integratif (iPROMISE), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Madya Dr Norazmir Md Nor. Berdasarkan situasi semasa hari ini, penting untuk kita menjaga kesihatan masing-masing dengan tubuh badan kekal terhidrat.

Lindungi diri daripada matahari dengan memakai topi dan menyapu krim pelindung matahari pada kulit yang terdedah untuk melindungi diri daripada kesan berbahaya matahari. Selain itu jika badan mula berasa terlalu panas, berehatlah di kawasan teduh atau ruang berhawa dingin. Elakkan berada di bawah terik cahaya matahari untuk tempoh yang lama.
Katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Dehidrasi iaitu keadaan di mana badan kekurangan air. Air adalah komponen utama dalam badan manusia (60 peratus daripada berat badan manusia adalah air), sebarang gangguan kepada kuantiti air di dalam badan sudah tentu menjejaskan fungsi badan. Bahaya kawan-kawan.

Antara tanda-tanda dehidrasi:
  • Mengantuk dan mudah letih.
  • Pening kepala.
  • Kepala rasa ringan.
  • Mulut dan kulit kering.
  • Air kencing berwarna gelap.
  • Kurang berpeluh.
Bagaimana nak mencegah dehidrasi?

Paling penting adalah minum dengan banyak tanpa perlu tunggu diri berasa dahaga. Selain air, boleh makan buah-buahan dengan kandungan air yang tinggi seperti tembikai.

Elakkan minuman berkafein kerana akan membuatkan kita kerap buang air kecil.

Gunakan payung jika cuaca terlalu panas dan hadkan aktiviti di luar.

Sediakan penghawa dingin atau kipas di rumah terutamanya jika ramai tetamu yang datang.


Performance Drinks Lemon Lime

Performance Drinks Orange



Kak Ros ambil Performance Drinks untuk mencegah dehidrasi. Kak Ros hadkan pengambilan air manis. Sanggup tau bawa tong Performance Drinks (PD) balik kampung dan travel ke mana-mana sekalipun. Hilang dahaga dan tidak haus melampau. Pernah semasa hari raya beberapa tahun yang lalu kena cirit-birit. Memang meletihkan sungguh. PD membantu sangat masa tu, bagi tenaga  dan kekalkan air dalam badan. 


Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 

Selain itu, penyakit yang sering menyerang ketika berhari raya ialah penyakit tidak berjangkit seperti keracunan makanan dan obesiti .Akibat daripada tabiat pemakanan semasa musim perayaan. Tabiat ini menjadi lebih buruk hasil daripada pemakanan yang tidak berhemah. 


Keracunan makanan

Apabila makan menjadi aktiviti utama berhari raya maka keracunan makanan kerap berlaku. Antara faktor yang menyebabkan keracunan makanan ialah makanan tidak dimasak dengan sempurna (kuantiti makanan yang banyak dimasak pada satu masa).

Selain itu, makanan tidak disimpan dalam peti sejuk dan dibiarkan basi serta kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih. Jika tidak dirawat dengan betul, keracunan makanan boleh menjadi masalah yang serius.

Tanda-tanda terkena keracunan makanan: 
  • Rasa mual dan muntah.
  • Sakit perut dan cirit-birit.
  • Demam atau berpeluh.
  • Sakit kepala.
Seandainya ada tanda keracunan makanan, usah berlengah mengambil langkah segera seperti memastikan keadaan terkawal dengan pengambilan air minum mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Sementara menunggu rawatan klinik, disyorkan mengambil minuman isotonik atau air kelapa segar atau minuman seperti yogurt.


Apakah langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan?

  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat menyediakan makanan.
  • Sentiasa basuh tangan
  • Masak dengan sempurna
  • Panaskan makanan yang telah sejuk dengan sempurna
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan mudah basi di dalam peti sejuk
  • Jangan hidangkan makanan yang telah lama di luar atau berbau masam
  • Pilih makanan yang sihat dan berkhasiat
  • Basuh sayur dan buah-buahan dengan sempurna


Obesiti

Obesiti penyakit? Ya sebab berat badan berlebihan adalah keadaan yang tidak sihat dan membawa kepada pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Kenaikan berat badan secara mendadak akan memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.

Kencing manis
Berlaku peningkatan gula dalam darah untuk pesakit kencing manis, jika kawalan gula tidak baik pesakit berpotensi untuk mendapat komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, retinopati diabetes iaitu kerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes dan masalah dengan saraf.

Masalah jantung dan darah tinggi
Peningkatan kolesterol. tidak dikawal elok, kemungkinan berlakunya komplikasi seperti masalah strok dan sebagainya.

Cara untuk mengawal selera makan agar tidak berlebihan pada waktu raya?
Perkara yang perlu diberi perhatian dari segi pemakanan tidak kira semasa menghadiri rumah terbuka atau pada hari-hari biasa adalah keseimbangan, dan kesederhanaan. Setiap sajian yang diambil haruslah memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakkan timbulnya masalah.

Kurangkan pengambilan atau kuantiti makanan yang manis, berlemak dan masin contohnya seperti air berkarbonat atau kordial, kuih muih manis dan lauk pauk yang mengandungi kandungan tinggi santan dan minyak.

Pilihlah makanan seperti sayur-sayuran hijau, makanan berserat tinggi, buah-buahan dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah seperti bijirin dan roti bergandum penuh berbanding dengan roti putih.

Dr Chooi Kheng Chiew, Pakar Endokrinologi, Diabetes dan Perubatan Dalaman. Berkhidmat di salah sebuah hospital terkemuka di ibu kota.


Set Hello New You

Kak Ros mengamalkan Set Hello New You bagi mengawal selera makan. Supplements dalam set ini sangat membantu mengawal berat badan, memang kak Ros dengan sendiri tidak teringin untuk makan makanan yang manis-manis.
Apa yang paling best dengan set ini berat susah untuk naik dan perut rasa kenyang selalu.

Penyakit Berjangkit

Penyakit berjangkit bermaksud yang boleh tersebar daripada seseorang kepada orang lain yang disebabkan oleh pelbagai jenis kuman termasuklah bakteria, virus, kulat dan parasit.

Selain Covid-19, beberapa penyakit berjangkit muncul kembali dan berlaku peningkatan kes termasuk Influenza (flu), penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dan RSV. 

Influenza, HFMD dan RSV adalah penyakit jangkitan virus yang senang merebak dan kesnya sangat ketara terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sejak kebelakangan ini.

Penyakit-penyakit ini berjangkit dengan mudah kerana tiada penjarakan sosial. 

Vitamin C Sustained Release Shaklee

Nutriferon Granules Shaklee

Kak Ros mengambil langkah menyediakan supplements seperti Vitamin C dan Nutriferon bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh diri dan keluarga. Kedua-dua supplements ini sangat bagus bagi  membantu melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteria seperti influenza. 

Dengan 3 tips di atas semoga membantu kawan-kawan untuk meneruskan Hari Raya Open House dengan lebih tenang dan berpada-pada. 

Nak dapatkan semua supplements di atas boleh hubungi kak Ros di sini ya.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

4 Tips Kembali Kurus Di Hari Raya Dengan Shaklee

Sumber: Gempak
Salam lebaran buat kawan-kawan kak Ros semua. Bila tiba hari raya...
Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Sedap sungguh menjamu selera ya kawan-kawan. Raya pulak sebulan gitu. Mana boleh lepaskan peluang makan ketupat, rendang, sate, lodeh, lemang, tart nenas, pelbagai kuih muih dan kek. Rugi! Kak Ros pun taksanggup. 
Tapi kak Ros sendiri tak mau berat naik setelah sebulan berpuasa dan yang paling takut dapat penyakit lain pula akibat tak kawal pemakanan. 
Jadi tidak dapat tidak kena rancang jadual makan sepanjang sebulan Syawal ini.

4 Tips Kembali Kurus Di Hari Raya Dengan Shaklee

1. Puasa 6

Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam hari.


Nabi S.A.W bersabda;

Ù…َÙ†ْ صَامَ رَÙ…َضَانَ Ø«ُÙ…َّ Ø£َتْبَعَÙ‡ُ سِتًّا Ù…ِÙ†ْ Ø´َÙˆَّالٍ Ùƒَانَ ÙƒَصِÙŠَامِ الدَّÙ‡ْرِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

(Riwayat Imam Muslim)

Daripada segi kesihatan, berpuasa menurunkan paras hormon ghrelin iaitu hormon bertanggungjawab untuk berasa lapar.

Cinch Tea Mix Shaklee
2. Elak minum air manis
Hadkan pengambilan air manis kepada satu kali sehari sahaja. Pengambilan air kosong atau minuman tidak berkalori seperti kopi O dan teh O atau lain-lain lebih baik bagi mengimbangi berat badan. Kak Ros suka amalkan air lemon suam dan Cinch Tea Mix Shaklee. Membantu mencepatkan proses penurunan berat badan.
3. Elak makan berlebihan
Bila menghadiri jamuan rumah terbuka, tuan rumah biasanya minta kita supaya menambah makanan. Jadi makanlah sedikit-sedikit, berhenti seketika kemudian boleh ulang makan. Ini bukan sahaja dapat memuaskan hati tuan rumah malah dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori.
Phytocol ST Shaklee
4. Elak makanan tinggi kolesterol
Daging kambing mahupun lembu, kedua-duanya dalam kumpulan makanan yang sama iaitu sumber protein kedua-duanya mengandungi kolesterol. Berbanding makanan lain dalam kumpulan yang sama, daging kambing dan lembu mempunyai kandungan kolesterol lebih tinggi. Kak Ros cadangkan ambil Phytocol ST untuk halang penyerapan kolesterol dari usus. Barulah tak risau nak menikmati kambing panggang dan nasi daging kan. 
Jadual pemakanan yang baik penting untuk kekal kurus walaupun kita beraya sebulan. Dengan bantuan suplemen Hari Raya dengan Shaklee tahun ini lebih bermakna dan mudah nak dapat berat asal biarpun beraya setahun gitu. Senyum.
Set Hello New You
Apa yang kak Ros amalkan ialah Set Kurus Hello New You. 
Bagi kawan-kawan yang ingin kurus dengan mudah, sihat dan selamat walaupun sakan beraya kak Ros syorkan untuk mencuba set ini. Bulan ni ada promo, boleh hubungi kak Ros dapat percuma konsultasi. 

#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023