Set Hello New You Kekal Kurus Dan Cantik

 


Masalah berat badan naik mendadak di kalangan rakyat Malaysia sudah tidak asing bagi kita. Menggerunkan bila melihat budaya atau cara permakanan rakyat kita kini.


Apakah risiko kesihatan menjadi obesiti?

Menjadi gemuk meningkatkan risiko seseorang mengalami banyak masalah kesihatan.

Berikut adalah beberapa contoh:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Penyakit jantung (termasuk serangan jantung)
  • Strok
  • Sleep apnea (gangguan di mana anda berhenti bernafas untuk jangka masa pendek semasa tidur)
  • Asma
  • Kanser


Kajian menunjukan bahawa orang yang obesiti mati lebih muda daripada orang yang berat badan yang sihat. Mereka juga menunjukkan bahawa risiko kematian semakin tinggi seseorang itu. Tahap peningkatan risiko bergantung kepada berapa lama orang itu telah gemuk, dan mengenai masalah kesihatan lain yang dia ada.


Ohh seram kawan-kawan!



Kak Ros pernah berat badan naik 10 kg memang hati tidak tenang. Kesannya kepada fizikal sakit tapak kaki dan lutut. Nak beribadah jadi tidak selesa. Hilang keyakinan diri dan banyak lagi rasa yang tidak best menggangu diri. Memikirkan lagi penyakit-penyakit yang kronik bakal diundang kak Ros tidak sanggup.

Selain jaga makan, bersenam secara berkala kak Ros join Program Kurus Jom Detox Jutawan Shaklee. Alhamdulillah berjaya turun 10 kg. Selepas itu cara untuk kak Ros kekal maintain berat badan dengan mengamalkan Set Hello New You sehingga sekarang ini.  

Bukan tidak pernah cuba-cuba berdiet tanpa bantuan supplements. Memang susah. Kesihatan terjejas, pening kepala, muka pucat, kulit jadi kering, moody, keletihan melampau. Mana tidaknya bila tidak makan segala nutrisi kita 'cut', bila makan pula tak cukup zat. Sekejap sahaja berat boleh naik mendadak semula.

Dengan Set Hello New You memang mudah sangat nak capai impian kembali kurus dan cantik gitu. Bukan kak Ros seorang tau. Dah ramai yang berjaya dapat berat idaman.


Testimoni Kurus dengan Set Hello New You



Set Hello New You

Hello New You Shaklee ni bukan hanya nama kepada set kurus tetapi adalah satu bentuk program.

Mudah dan fleksibel

Program yang mudah diikuti, menggabungkan produk-produk dengan nutrisi yang seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang bagi membantu ramai orang menguruskan berat badan secara berkesan, memenuhi nafsu makan tanpa berlapar, kekal bertenaga dan sihat sepanjang program.

Selamat, semulajadi dan berkesan

Tidak seperti kebanyakan program diet ikutan di luar sana, program Hello New You mengambil kira nutrisi yang terbaik dan diperlukan oleh tubuh badan bukan matlamat untuk kurus dengan cepat semata-mata.

  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pengawet tiruan
  • Tiada perisa tiruan
  • Bukan GMO
  • Rendah glisemik
  • Tanpa gluten




Dibuktikan oleh sains
Disokong dengan kepakaran sains nutrisi, Set Kurus Shaklee ini mampu memberikan hasil yang lebih daripada yang diinginkan. Dibangunkan oleh para saintis dan penyelidik, produk-produk dalam program ini diformulasikan dengan menitik beratkan keperluan pengurusan berat badan yang lebih selamat, lebih sihat dan berkesan.


Kenapa perlu supplements untuk kurus?

Jom kita tengok suplemen apa yang dicadangkan semasa memulakan program ni.

Untuk pengetahuan semua, suplemen ini dicadangkan oleh Pakar Nutrisi. Bukan suka-suka hati nak pilih tau. Tapi ada fungsi hebat dan dapat bantu perjalanan sihat, slim down dan cantik, hensem kita.


Suplimen bekalkan nutrisi padu yang...

1. Bantu lengkapkan keperluan tubuh kita.

Bila nak kurus ni, kita dah kurang makan. Tapi kita tak boleh tolerate dengan kekurangan nutrisi. Maka suplemen bantu ‘close gap’ nutrisi yang diperlukan tubuh.

Disamping tu bila nutrisi cukup kita akan lebih bertenaga, jadi tak adalah berdiet tapi lembik! Kita nak slim down dan sihat kan.

2. Nutrisi yang padu akan bantu kita elak craving!

Jadi untuk jangka masa panjang suplemen sangat membantu perjalanan kurus. Kenapa selalu nak turun berat badan fail? Sebab tak cukup nutrisi yang diperlukan tubuh. Maka sel kita kelaparan atau 'craving for something'. Akhirnya berat naik balik!

3. Elak 'sagging' atau kulit kendur

Nampak tua bila berat dah turun. Pernah tengok kan? Orang yang turun berat tapi orang tegur nampak sakit, nampak tua daripada usia! Kulit menggelebeh.

Antara sebabnya adalah kekurangan protein!



4. Nutrisi tertentu bantu bakar lemak, dalam masa yang sama PELIHARA OTOT kita.

Pernah ada yang mengadu sedih katanya semua ASET WANITA hilang selepas berjaya kurus. Kena pula suami komen sekeping! Sedihhhhh oiii.

Ya dalam set ini dicadangkan protein yang ada leusina. Tak semua produk ada leusina tau! Leusina ni bantu jaga otot kita. Takdelah bakar semua benda sampai ASET WANITA kita hilang! Pengambilan leusina juga bantu badan kita lebih tegap dan kurangkan efek yo-yo kalau dah turun berat!

5. Protein dan Omega (lemak baik) misalnya bantu stabilkan hormon leptin dan ghrelin yang mana hormon ni bantu kawal atur rasa kenyang dan lapar.

Apabila hormon ini lebih sensitif, kita akan mempunyai nafsu dan selera makan yang lebih stabil. Beza ambil suplemen dengan tidak bagi yang pernah. Pantang tengok orang iklan makanan rasa nak order! Sekarang tidak lagi.




6. Protein, Omega 3 dan tambahan teh hijau sangat membantu untuk tingkatkan metabolisme tubuh.

Peningkatan metabolisme bantu tubuh kita turun berat lebih efektif. Ditambah pula dengan senaman, insyaAllah kita akan dapat kesan lebih baik! Lebih tinggi kadar metabolisme lebih baik kadar pembakaran kalori tubuh kita. Selalu dikaitkan bila umur meningkat, kadar metabolisme akan menurun. Jadi wajibkan diri untuk amal suplemen yang bantu tingkatkan kadar metabolisme kita.

7. Usus yang sihat.

Ya serat penting untuk tubuh kita. Lebih 90% rakyat Malaysia tidak cukup pengambilan serat harian sedangkan kesihatan tubuh bermula daripada usus yang sihat!



Set Kurus (Hello New You) Shaklee ini terdiri daripada empat produk dan berikut fungsi-fungsinya.

Lecithin - Membantu dalam memecahkan lemak ataupun 'emulsifier'.
Cinch Shake - Memberi tenaga segera dan membantu untuk kenyang lebih lama. Membina otot dan meningkatkan metabolisme.
Omega Guard - Membantu untuk menurunkan kolesterol jahat dan membakar lemak.
Herblax - Berfungsi untuk detoks usus, pelawasan, mencuci usus besar, merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.


Untuk maklumat lanjut fungsi setiap suplemen yang dicadangkan boleh rujuk sini ya. Set kurus Shaklee ramai yang cari sebab telah terbukti berkesan dan selamat.




Tambahan untuk 'best result' sebagai penggalak (booster). Kak Ros akan cadangkan klien ambil Vivix.
Macam mana polifenol dalam Vivix ni bantu untuk kurus?

1. Polifenol (anti oksidan) bantu tingkatkan metabolisme badan dan beri tenaga tambahan setiap hari. Buat badan sentiasa berada dalam mod aktif.

2. Polifenol (anti angiogenesis) mengecutkan saiz tisu lemak, menghalang pembesaran tisu lemak sedia ada dan menghalang penghasilan tisu lemak yang baru.
Haaa barulah badan kita mengecut! Senyum.

3. Polifenol (anti diabetek) meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan. Ini akan mengawal gula dan karbohidrat dengan lebih baik. Kurangkan craving.
Nak capai sasaran berat ideal dengan ini lebih mudah!

Hanya ambil satu sudu sehari untuk bantu proses penurunan berat dengan sihat dan cepat.

Okey itu sahaja perkongsian kak Ros untuk kali ini. Set Hello New You ni dijamin tidak mengecewakan. Cubalah memeng berbaloi untuk kesihatan kekal kurus dan cantik.

Nak dapatkan set ini boleh hubungi kak Ros di sini ya.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023









No comments