Salam lebaran buat kawan-kawan kak Ros semua. Bila tiba hari raya...
Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagiWajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Sedap sungguh menjamu selera ya kawan-kawan. Raya pulak sebulan gitu. Mana boleh lepaskan peluang makan ketupat, rendang, sate, lodeh, lemang, tart nenas, pelbagai kuih muih dan kek. Rugi! Kak Ros pun taksanggup.
Tapi kak Ros sendiri tak mau berat naik setelah sebulan berpuasa dan yang paling takut dapat penyakit lain pula akibat tak kawal pemakanan.
Jadi tidak dapat tidak kena rancang jadual makan sepanjang sebulan Syawal ini.
4 Tips Kembali Kurus Di Hari Raya Dengan Shaklee
1. Puasa 6Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam hari.
Nabi S.A.W bersabda;
Nabi S.A.W bersabda;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)
Daripada segi kesihatan, berpuasa menurunkan paras hormon ghrelin iaitu hormon bertanggungjawab untuk berasa lapar.
2. Elak minum air manis
Hadkan pengambilan air manis kepada satu kali sehari sahaja. Pengambilan air kosong atau minuman tidak berkalori seperti kopi O dan teh O atau lain-lain lebih baik bagi mengimbangi berat badan. Kak Ros suka amalkan air lemon suam dan Cinch Tea Mix Shaklee. Membantu mencepatkan proses penurunan berat badan.
3. Elak makan berlebihan
Bila menghadiri jamuan rumah terbuka, tuan rumah biasanya minta kita supaya menambah makanan. Jadi makanlah sedikit-sedikit, berhenti seketika kemudian boleh ulang makan. Ini bukan sahaja dapat memuaskan hati tuan rumah malah dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori.
4. Elak makanan tinggi kolesterol
Daging kambing mahupun lembu, kedua-duanya dalam kumpulan makanan yang sama iaitu sumber protein kedua-duanya mengandungi kolesterol. Berbanding makanan lain dalam kumpulan yang sama, daging kambing dan lembu mempunyai kandungan kolesterol lebih tinggi. Kak Ros cadangkan ambil Phytocol ST untuk halang penyerapan kolesterol dari usus. Barulah tak risau nak menikmati kambing panggang dan nasi daging kan.
Jadual pemakanan yang baik penting untuk kekal kurus walaupun kita beraya sebulan. Dengan bantuan suplemen Hari Raya dengan Shaklee tahun ini lebih bermakna dan mudah nak dapat berat asal biarpun beraya setahun gitu. Senyum.
Apa yang kak Ros amalkan ialah Set Kurus Hello New You.
Bagi kawan-kawan yang ingin kurus dengan mudah, sihat dan selamat walaupun sakan beraya kak Ros syorkan untuk mencuba set ini. Bulan ni ada promo, boleh hubungi kak Ros dapat percuma konsultasi.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
No comments