Setiap bulan kak Ros wajib pergi ke Shop Shaklee berdekatan
untuk beli vitamin keluarga.
Tahun ini tahun ke 10 kak Ros sebagai ahli Shaklee. Percaya atau tidak setiap bulan kak Ros dapat makan vitamin organik yang bagus, terkenal dan agak mahal ni dengan percuma sahaja. Malah bukan kak Ros sahaja tetapi satu famili, suami, anak-anak dan ibu ayah termasuk juga. Syukur dan syok sangat bila Shaklee belanja kita tiap-tiap bulan. Macam mana tu? Nak tahu? Mai kak Ros ceritakan. Semoga kawan-kawan pun ada peluang makan vitamin percuma. Senyum.
Kak Ros bermula dengan makan vitamin rambut sebab ada masalah keguguran rambut yang teruk sekitar tahun 2013. Kak Ros ambil Zink Complex. Disusuli dengan Energizing Soy Protien (ESP) dan syampu. Alhamdulillah masalah rambut gugur kak Ros beransur-ansur kurang dan rasa susah hati pun hilang. Maklumlah rambut itu mahkota wanita. Bukan sahaja kurang gugur, banyak anak rambut yang tumbuh kembali. Memang bagus sangat set untuk rambut gugur ni.
Kak Ros teruskan pula dengan mengambil multivitamin tertua iaitu Vitalea. Masa itu bulan puasa. Alhamdulillah membantu sangat. Kak Ros dapat berpuasa dengan bertenaga dan tidak keletihan melampau walaupun sedang menyusukan anak. Syukur sangat.
Seterusnya kak Ros ambil Ostenutrix sebab mengalami masalah lennguh-lenguh dan sakit belakang yang melampau ketika menyusukan anak. Alhamdulillah masalah sakit kak Ros itu beransur-ansur hilang. Kak Ros dapat menyusukan anak dengan lebih tenang dan tidak stres. Bahagia sangat rasa. Anak pun cepat kenyang dan kurang meragam.
Begitulah seterusnya kak Ros terus mencuba setiap produk Shaklee. Memang terbukti, selamat dan berkesan. Banyak masalah kesihatan kak Ros berjaya diselesaikan tanpa perlu makan ubat.
Sedang asyik mencuba dalam tempoh beberapa bulan pertama kenal Shaklee, sedar tidak sedar kak Ros layak terima cash rebate. Dua puluh ringgit lebih kalau tidak silap telah dikreditkan terus ke dalam akaun bank kak Ros. Siapa tidak seronok tengok ada yang masukkan duit ke dalam akaun kita.
Pada masa itu baru kak Ros tahu yang walaupun hanya makan vitamin, setiap ahli Shaklee layak menerima cash rebate ataupun bonus apabila layak.
Seronok sangat kak Ros rasa masa tu. Bolehlah guna wang tersebut untuk beli vitamin semula. Dapat kesihatan dan dapat duit juga. Belum pernah seumur hidup kak Ros beli supplements di farmasi atau kedai kita dapat duit!
Paling seronok, lagi banyak kita buat pembelian, makin besar cash rebate yang kita dapat. Bolehlah digunakan untuk membeli lebih banyak vitamin yang kita mahu. Vitamin sendiri, hadiahkan kepada suami, belanja anak-anak, bagi ibu ayah sendiri dan mertua sekali. Jom kak Ros terangkan sedikit tentang Cash Rebate yang Shaklee beri.
Apa itu cash rebate?
Cash rebate atau rebat tunai pada asalnya bermaksud pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran, secara tunai.
Cash rebate juga disebut sebagai bonus dalam Shaklee diberi kepada semua ahli yang telah berdaftar dan layak.
Cash rebate ini dimasukkan terus ke akaun bank mereka yang layak pada setiap 14 haribulan setiap bulan. Berapa jumlah yang di masukkan? Ini mengikut kepada jumlah pembelian vitamin pada bulan sebelumnya. Boleh rujuk jadual di atas.
Bagaimanakah cara untuk dapatkan cash rebate?
Ahli berdaftar
Pertama sekali kenalah daftar sebagai ahli. Ada 2 pilihan mudah.
Pilihan pertama boleh terus membuat pembayaran hanya RM35 untuk menyertai Shaklee. Murah sahaja. Diikuti dengan membuat sebarang pembelian produk. Tiada pembelian minimum diperlukan. Untuk dapatkan penghantaran percuma pastikan jumlah pembelian adalah RM300 dan ke atas.
Pilihan kedua boleh memilih untuk membeli sejumlah produk 100UV atau anggaran dalam RM350 untuk mendapatkan keahlian secara percuma.
Bagaimanakah cara untuk dapatkan cash rebate yang lebih besar?
Teruskan guna dan berkongsi dengan lebih ramai orang
Seperti yang telah kak Ros ceritakan, pada beberapa bulan pertama menjadi ahli kak Ros membeli vitamin dengan duit sendiri. Selepas itu baru kak Ros mula membeli dengan cash rebate yang Shaklee berikan. Hasil daripada mengamalkan vitamin Shaklee secara konsisten dan mendapatkan kesan yang baik, ramai pula saudara mara dan kawan-kawan mula memesan vitamin dengan kak Ros. Mereka lihat perubahan, kak Ros lebih sihat daripada yang dulu, lebih bertenaga, tidak letih, kulit makin cantik, berat badan terkawal, ceria dan lebih tenang. Secara tidak sengaja cash rebate yang kak Ros dapat makin meningkat jumlahnya. Rezeki daripada Allah.
Ada perniagaan sendiri
Purata pendapatan bulanan seorang Pemimpin Perniagaan mengikut pangkat
Semua mereka yang memulakan perniagaan dengan Shaklee adalah mereka yang bermula dengan makan sendiri vitamin secara konsisten. Bagi mereka yang serius ingin melibatkan diri dalam bisnes lebih banyak peluang menanti. Boleh baca di sini Insentif Shaklee Malaysia Mewah
Perlukan bimbingan daripada kak Ros nak dapatkan Cash Rebate Shaklee ni? Nak sangat merasa makan vitamin setiap bulan secara percuma? Jangan segan-segan hubungi kak Ros ya di sini.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
No comments