Selagi belum habis bulan Syawal ada sahaja jemputan ke rumah terbuka setiap minggu. Alhamdulillah rezeki.
Tapi dalam kegembiraan tu, kak Ros beringat-ingat tentang kesihatan diri dan keluarga sebab pernah ada pengalaman berhari raya dalam keadaan tidak sihat.
Strok Haba dan Dehidrasi
Pastikan minum banyak air sebelum dan semasa berkunjung ke rumah terbuka. Elakkan minuman berkafein kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. Untuk pakaian pula digalakkan memakai pakaian berwarna terang dan longgar yang membolehkan kulit berasa selesa. Elakkan warna gelap kerana boleh menyerap haba.
Lindungi diri daripada matahari dengan memakai topi dan menyapu krim pelindung matahari pada kulit yang terdedah untuk melindungi diri daripada kesan berbahaya matahari. Selain itu jika badan mula berasa terlalu panas, berehatlah di kawasan teduh atau ruang berhawa dingin. Elakkan berada di bawah terik cahaya matahari untuk tempoh yang lama.Katanya kepada Bernama baru-baru ini.
- Mengantuk dan mudah letih.
- Pening kepala.
- Kepala rasa ringan.
- Mulut dan kulit kering.
- Air kencing berwarna gelap.
- Kurang berpeluh.
Paling penting adalah minum dengan banyak tanpa perlu tunggu diri berasa dahaga. Selain air, boleh makan buah-buahan dengan kandungan air yang tinggi seperti tembikai.
Elakkan minuman berkafein kerana akan membuatkan kita kerap buang air kecil.
Gunakan payung jika cuaca terlalu panas dan hadkan aktiviti di luar.
Sediakan penghawa dingin atau kipas di rumah terutamanya jika ramai tetamu yang datang.
Kak Ros ambil Performance Drinks untuk mencegah dehidrasi. Kak Ros hadkan pengambilan air manis. Sanggup tau bawa tong Performance Drinks (PD) balik kampung dan travel ke mana-mana sekalipun. Hilang dahaga dan tidak haus melampau. Pernah semasa hari raya beberapa tahun yang lalu kena cirit-birit. Memang meletihkan sungguh. PD membantu sangat masa tu, bagi tenaga dan kekalkan air dalam badan.
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Selain itu, penyakit yang sering menyerang ketika berhari raya ialah penyakit tidak berjangkit seperti keracunan makanan dan obesiti .Akibat daripada tabiat pemakanan semasa musim perayaan. Tabiat ini menjadi lebih buruk hasil daripada pemakanan yang tidak berhemah.
Apabila makan menjadi aktiviti utama berhari raya maka keracunan makanan kerap berlaku. Antara faktor yang menyebabkan keracunan makanan ialah makanan tidak dimasak dengan sempurna (kuantiti makanan yang banyak dimasak pada satu masa).
Selain itu, makanan tidak disimpan dalam peti sejuk dan dibiarkan basi serta kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih. Jika tidak dirawat dengan betul, keracunan makanan boleh menjadi masalah yang serius.
- Rasa mual dan muntah.
- Sakit perut dan cirit-birit.
- Demam atau berpeluh.
- Sakit kepala.
- Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat menyediakan makanan.
- Sentiasa basuh tangan
- Masak dengan sempurna
- Panaskan makanan yang telah sejuk dengan sempurna
- Simpan makanan yang telah dimasak dan mudah basi di dalam peti sejuk
- Jangan hidangkan makanan yang telah lama di luar atau berbau masam
- Pilih makanan yang sihat dan berkhasiat
- Basuh sayur dan buah-buahan dengan sempurna
Kencing manis
Berlaku peningkatan gula dalam darah untuk pesakit kencing manis, jika kawalan gula tidak baik pesakit berpotensi untuk mendapat komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, retinopati diabetes iaitu kerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes dan masalah dengan saraf.
Masalah jantung dan darah tinggi
Peningkatan kolesterol. tidak dikawal elok, kemungkinan berlakunya komplikasi seperti masalah strok dan sebagainya.
Perkara yang perlu diberi perhatian dari segi pemakanan tidak kira semasa menghadiri rumah terbuka atau pada hari-hari biasa adalah keseimbangan, dan kesederhanaan. Setiap sajian yang diambil haruslah memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakkan timbulnya masalah.
Kurangkan pengambilan atau kuantiti makanan yang manis, berlemak dan masin contohnya seperti air berkarbonat atau kordial, kuih muih manis dan lauk pauk yang mengandungi kandungan tinggi santan dan minyak.
Pilihlah makanan seperti sayur-sayuran hijau, makanan berserat tinggi, buah-buahan dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah seperti bijirin dan roti bergandum penuh berbanding dengan roti putih.
Dr Chooi Kheng Chiew, Pakar Endokrinologi, Diabetes dan Perubatan Dalaman. Berkhidmat di salah sebuah hospital terkemuka di ibu kota.
Penyakit Berjangkit
Penyakit-penyakit ini berjangkit dengan mudah kerana tiada penjarakan sosial.
Kak Ros mengambil langkah menyediakan supplements seperti Vitamin C dan Nutriferon bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh diri dan keluarga. Kedua-dua supplements ini sangat bagus bagi membantu melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteria seperti influenza.
Dengan 3 tips di atas semoga membantu kawan-kawan untuk meneruskan Hari Raya Open House dengan lebih tenang dan berpada-pada.
Nak dapatkan semua supplements di atas boleh hubungi kak Ros di sini ya.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
No comments