RESEPI IBU HAMIL & MENYUSU MESTI MAKAN

 

Ibu-ibu menyusu dan hamil...
Tau tak berapa jumlah kalsium yang anda perlukan dalam sehari?
"1000 mg"

Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 
4 kali hidangan produk tenusu 
atau
pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari!

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehingga bayi dilahirkan. 
Seterusnya semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. 
Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah daripada hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu seperti bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah tauhu. 
Tapi biasanya, orang tak berapa selera untuk makan tauhu begitu sahajakan. 
Apa kata cuba resepi mudah hasil olahan tauhu daripada Chef Sue M Arukin yang memang menjilat jari! 
Resepi ini ringkas, enak dan mudah disediakan. 


Bagi ibu-ibu yang sibuk dengan urusan harian..
Susah untuk kita pastikan mendapat bekalan kalsium yang mencukupi dalam setiap hidangan makanan. 

Cara mudah yang boleh membantu anda dengan mengambil 4 tablet kalsium Ostematrix Shaklee setiap hari. 

1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam.

Minum 1 gelas susu tinggi kalsium itu biasa..
Tapi nak kunyah 80 biji badam sehari?? Luar biasa tu.

Tidak mustahil dengan hanya 1 tablet Ostematrix

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan
boleh hubungi saya




Kredit foto & resepi www.facebook.com/SueArukin 

DULU KULIT KUSAM KINI BERMAYA


Apakah kebaikan ESP dan vitamin C untuk kulit?

ESP berperanan membina sel-sel baru dan membaikpulih sel yang rosak
Vitamin C adalah antioksidan yang kuat dan membina kolagen

MANDIAN SELEPAS BERSALIN


Tujuan mandian herba/daun-daunan selepas bersalin:

  • Menyegarkan tubuh
  • Mengendurkan urat saraf
  • Memulihkan tenaga
  • Buang angin
  • Melancarkan peredaran darah

Ramuan untuk mandian,




Bahan-bahan ini direbus sehingga mendidih. Kemudian dicampur dengan air mandian sebanyak satu besen besar. Air hendaklah suam-suam kuku. Daun-daun yang telah direbus itu boleh direbus lagi dan digunakan untuk 2-3 kali mandian.

Khasiat mandi air herba/daun-daunan:

Menyegarkan urat saraf, menghilangkan kelesuan dan keletihan selepas melahirkan anak.

Saranan

Ibu-ibu hendaklah mandi di waktu pagi ketika cuaca agak panas.
Mandilah sebanyak 2 kali sehari di waktu pagi dan petang adalah lebih bermanfaat.

Bahan-bahan untuk mandi air herba/daun-daunan juga boleh didapati di kedai-kedai ubat,
dijual dalam bentuk paket/uncang. Harga sekitar Rm5 - Rm10 dan boleh digunakan antara 3 - 4 kali bagi setiap paket.

KENAPA BAYI MENANGIS TANPA AIR MATA?


"Eh! eh! menangis tak keluar air mata pun."


Ibu-ibu pasti pernah mengalaminya...
Bayi anda yang baru lahir.. menangis kuat takmahu berhenti 
dengan muka yang merah padam...

Kalutlah Si Ibu mendapatkan bayinya.
Tengok-tengok air mata setitik pun tak keluar...


Keadaan ini berlaku pada bayi yang baru lahir dan umumnya kepada bayi yang berusia di bawah 2 bulan.

Kenapa ya? 


Ini sebabnya...

Bayi baru lahir tidak menghasilkan air mata sehingga berusia beberapa minggu.
Bayi tidak mengeluarkan air mata kerana kelenjar air mata belum benar-benar berkembang dengan sempurna, lantaran menghasilkan air mata dalam jumlah yang sedikit. Hanya bertujuan memberi perlindungan kepada mata bayi sahaja. Maka tidak ada lebihan air mata yang keluar ketika bayi menangis.


"Air mata baru dihasilkan ketika bayi berusia 1-3 bulan. Seiring perkembangan kelenjar air mata, penghasilan air mata pun makin meningkat,"
Jennifer Shu, kumpulan penulis buku American Academy of Pediatric's,  
Heading Home With Your Newborn


Setelah bayi berusia 2-3 bulan, barulah bayi menangis dengan disertai linangan air mata. Sebab di usia itu penghasilan air mata bayi semakin meningkat. 

Jadi ibu-ibu jangan ingat bayi anda sekadar berhelah.. buat-buat menangis untuk menarik perhatian anda! 
Walaupun tak keluar air matanya =).

Sementara itu, jika air mata bayi keluar padahal dia tidak menangis... 
berkemungkinan saluran air matanya tersumbat. 
Biasanya gangguan ini akan pulih dengan sendiri. 
Tetapi jika bahagian kornea mata bayi nampak merah atau bengkak 
mungkin ada jangkitan. 
Segeralah berjumpa doktor.

 

Sumber: health.detik.com, health.kompas.com

TANDA-TANDA BAYI INGIN MENYUSU


Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya.


Bermula secara tanpa lisan (non verbal) dan akan berpanjangan
hinggalah bayi menangis apabila tidak dipedulikan. 
Bayi sebenarnya cuba memberi petunjuk bahawa dia sudah sedia menyusu. 

"Mama saya mahukan susu ." 

 

Apakah tanda-tanda bayi anda bersedia untuk disusukan?


Perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur).

1) Bayi mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil
mengerakkan kaki, tangan dan kepala. 

Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini...
2) Bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.

 

 
Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila...
3) Dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan mengerakkan badan serta
kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. 

4) Bayi juga akan mula "berbunyi" untuk memberitahu, "Mama, saya mahukan susu". 

Tanda akhir yang bayi akan berikan apabila permintaannnya tidak dipenuhi adalah...
5) Perubahan ekspresi muka, bernafas lebih cepat dan seterusnya menangis. 
 

Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia menyusu namun tidak dipedulikan. 



Sumber: bidanbersalin.blogspot.my

JANGAN BERBUKA PUASA DENGAN YANG MANIS-MANIS? BAGAIMANA DENGAN KURMA?


Kurma asalnya tidak terlalu manis.
Kalau kurma yang dibeli terlalu manis...
Ini adalah 'manisan kurma' yang ditambah kandungan gula berlipat ganda agar tahan lama untuk di eksport, bukan lagi kurma segar. Biasanya kurma yang segar harganya mahal sedikit.

Berbuka dengan kurma atau makanan yang manis-manis?


Kurma banyak khasiatnya. Antaranya kurma segar merupakan buah yang bernutrisi sangat tinggi... tapi berkalori rendah.
Ketika berpuasa, kadar gula dalam darah kita menurun. Kurma, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah, adalah karbohidrat kompleks, bukan gula (karbohidrat sederhana).
Karbohidrat kompleks, untuk menjadi glikogen, perlu diproses sehingga makan waktu. Sebaliknya, kalau makan yang manis-manis, kadar gula darah akan melonjak naik, langsung. Bummmm...
Sangat tidak sihat.

Karbohidrat kompleks mengambil masa untuk makanan diubah kepada energi. Dengan demikian, makanan diproses perlahan-lahan dan tenaga diperoleh sedikit demi sedikit.
Dengan demikian, kita tidak cepat lapar dan energi tersedia dalam waktu lama, cukup untuk aktiviti sehari penuh.
Sebaliknya, karbohidrat sederhana menyediakan energi sangat cepat, tapi akan cepat sekali habis sehingga kita mudah letih. Maka, ketika makan sahur, jangan makan makanan atau minuman yang banyak mengandungi gula, karena kita akan cepat letih. Makanlah karbohidrat kompleks (protein jangan dilupakan!) sehingga kita tetap berenergi sampai waktu berbuka.



Dapatkan Set Puasa Shaklee agar anda bertenaga sepanjang bulan Ramadhan




KHASIAT KURMA SEPANJANG TAHUN


Buah kurma sangat tinggi khasiatnya dari segi kesihatan. 

Kurma mempunyai kandungan...

Glukosa yang tinggi - amat baik untuk memulihkan tenaga yang hilang selepas seharian berpuasa apabila dimakan semasa berbuka. 

Seratnya yang tinggi - amat baik untuk penghadaman yang baik dan mencegah masalah sembelit.

Anti oksidan yang sangat tinggi -  dinamakan sebagai ‘phenol’ yang baik untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit kronik jika diamalkan selalu.


Persatuan Kanser Amerika, mencadangkan pemakanan yang tinggi dengan serat atau fibre sehingga 25 hingga 35 gram setiap hari untuk mencegah kanser usus dan ini boleh dicapai dengan makan kurma yang mengandungi kandungan serat yang amat tinggi.

Kurma mengandungi kandungan fiber atau serat boleh larut yang tinggi dan amat baik untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung koronari.


Buah kurma juga mengandungi semua unsur zat makanan
Di dalam 100gram buah kurma mengandungi,
20gram air, 
2gram protin, 
5gram lemak, 
75gram glukosa. 

Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin dan garam mineral seperti, 
vitamin A, 
vitamin C, 
vitamin B kompleks, 
potassium, 
zat besi, 
sulfur, 
 magnesium, 
kalsium, 
kuprum, 
fosforus dan sebagainya


Mineral yang tinggi - membantu menguatkan tulang dan sendi .
Kurma juga boleh mencegah masalah osteoporosis atau reput tulang yang biasa berlaku dikalangan warga emas.

Zat besi yang tinggi -  membekalkan tenaga segera disamping pelbagai khasiat zat-zat makanan di dalamnya untuk ibu-ibu mengandung dan bakal melahirkan anak.
- membantu mencegah masalah kekurangan sel darah merah (anemia) dan amat baik untuk ibu selepas melahirkan anak.

Garam potassium yang tinggi - mengurangkan risiko mendapat angin ahmar.


Dalam satu kajian di University of Minesota, buah kurma boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi dengan lebih baik kerana kandungan potassiumnya.  

Vitamin B3 atau Niasin - membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.


Buah kurma tidak akan menyebabkan masalah kegemukan walaupun kandungan glukosa yang tinggi di dalamnya kerana kandungan seratnya yang tinggi juga.
Tetapi, kurma boleh membantu seseorang yang kurus kering untuk menambahkan berat badan jika dimakan selalu kerana kurma akan membantu menambahkan saiz dan kekuatan otot.

Biji kurma juga digunakan untuk membuat minyak biji kurma dan hampas biji kurma digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

Kita seharusnya terus makan buah kurma sepanjang tahun dan bukan hanya sewaktu bulan Ramadhan kerana khasiatnya yang amat baik untuk kesihatan.

Amalkan makan buah kurma setiap pagi sebelum sarapan dalam bulan-bulan lain kerana akan memberikan tenaga segera kepada kita di waktu pagi dan juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk keperluan harian kita.


Sumber: http://doknorm.blogspot.com

KHASIAT BERWUDHU SEBELUM TIDUR



Khasiat berwudhu sebelum tidur

Pertama
Berwudhu dapat menenangkan otot-otot sebelum berehat. 
Dalam ilmu perubatan telah dibuktikan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. 
Kesan positifnya jika seseorang itu telah menyempurnakan wudhu, fikiran akan terasa tenang dan badan tidak akan terasa letih.

Kedua
Berwudhu dapat mencerahkan kulit wajah. Berwudhu dapat menghilangkan kotoran pada kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah, bersih dan berseri-seri bila kita melazimi berwudhu.

Ketiga, 
Kita akan sentiasa didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. 
Oleh kerana itu, sentiasalah berwudhu.

Keempat,
Di jauhkan daripada mimpi buruk dan permainan syaitan ketika tidur.

Berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Sesungguhnya Allah dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci dan bersih.




ANAK SUKAR TIDUR MALAM


Adakah hampir setiap malam anak anda sukar untuk tidur?

Cuba semak mungkin anak anda... 
  • Sakit perut ( tidak sedap badan )?
  • Rasa panas dan rimas?
  • Makan lewat, organ dalaman badan masih aktif dan memberi ketidakselesaan kepada badan untuk tidur.
  • Berlebihan makan junk food kerana bahan kimia dalam makanan itu merangsang anak-anak menjadi aktif, sukar tidur dan kurang selera makan.
  • Marahkan ibu dan ayahnya yang tidak memenuhi kehendaknya di siang hari. Perasaan ini terbawa-bawa hingga ke malam.

Jika semua yang di atas bukan puncanya...
Bawalah berjumpa pakar kanak-kanak untuk mengenal pasti adakah corak pemakanan atau sistem penghadamannya terganggu atau mungkin masalah lain.


Sumber: Pa & Ma - S & J Psikologi Kanak-kanak


GUNA WALKER ANAK CEPAT BERJALAN?


Guna walker anak cepat berjalan? 

Hari ini cerita tentang penggunaan walker. Kata orang kalau guna walker anak akan cepat berjalan. Tetapi ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan walker tidak digalakkan.
 

Penggunaan walker tidak digalakkan apabila walker itu digunakan sepanjang masa. 
Maklumlah bila Si Ibu sibuk dengan kerja- kerja di rumah, lebih mudah jika Si Anak berada dalam walker bukan?
Bila terlalu lama Si Anak tadi berada dalam walker apa yang akan berlaku? 

1) Perkembangan otot paha dan kaki akan terbantut.

Berbeza apabila kita mengajar anak berjalan dengan memegang ketiak atau tangannya. 
Si Anak akan akan berusaha menahan kaki mereka.
Jadi otot paha dan kaki akan menjadi lebih kuat setiap hari dan lebih mantap.
 
Selain itu, kanak-kanak yang hanya duduk atau berdiri dalam walker,

2) Lebih bergantung kepada walker untuk bergerak dan lambat  untuk cekap berjalan.

Kanak -kanak ini juga akan mengalami 

3) Masalah mengawal keseimbangan badan

kerana kebiasaan menggunakan walker, pergerakan mereka lasak dan tidak tahu takut, melanggar apa sahaja.. ke sana ke mari dengan laju.
Oleh itu apabila kanak-kanak itu tidak lagi menggunakan walker dan berjalan dengan sendiri, mereka turut terbiasa seperti menggunakan walker. 

4) Apabila mereka berjalan, sering tidak berhati-hati.

 sehingga melanggar apa sahaja di hadapan mereka dan menyebabkan kecederaan.

5) Mereka tidak mempunyai pengalaman jatuh bangun dan kepayahan untuk berdiri dan

berjalan dan bertatih-tatih dari bawah secara normal. 

Jadi walker boleh digunakan, tetapi bukan sepanjang masa.  



Sumber: Pa & Ma - S & J Psikologi anak 



Kita semua mengetahui betapa pentingnya air untuk kesihatan tubuh badan kita. Tubuh kita terdiri dari 50-70% air. Air penting untuk pelbagai fungsi fisiologi badan. Tidak mungkin sistem biologi dalam tubuh kita boleh berfungsi tanpa air. Antara peranan air adalah:  
  • Membawa nutrient dan oksigen pada sel-sel badan
  • Air bertindak menstabilkan suhu badan
  • Sebagai pelincir pada sendi badan
  • Membantu sistem panghadaman 
  • Menjadi pelembap pada tisu organ seperti mata
  • Membantu menyingkirkan toksin dari badan
Pakar kesihatan mengesyorkan supaya mengambil air kosong sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari untuk mengekalkan kesihatan badan. Ini penting untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seharian.
- See more at: http://www.aljabbarhealthcare.com/?gclid=CjwKEAjwkcWrBRDg5u6SuPS11C0SJAChLLAH6IIK2OdYk-UGvRVnbqnpUZbMHD8tFw-lrf4OBkiL7BoCb6_w_wcB#sthash.227xiBam.dpuf
Kita semua mengetahui betapa pentingnya air untuk kesihatan tubuh badan kita. Tubuh kita terdiri dari 50-70% air. Air penting untuk pelbagai fungsi fisiologi badan. Tidak mungkin sistem biologi dalam tubuh kita boleh berfungsi tanpa air. Antara peranan air adalah:  
  • Membawa nutrient dan oksigen pada sel-sel badan
  • Air bertindak menstabilkan suhu badan
  • Sebagai pelincir pada sendi badan
  • Membantu sistem panghadaman 
  • Menjadi pelembap pada tisu organ seperti mata
  • Membantu menyingkirkan toksin dari badan
Pakar kesihatan mengesyorkan supaya mengambil air kosong sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari untuk mengekalkan kesihatan badan. Ini penting untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seharian.
- See more at: http://www.aljabbarhealthcare.com/?gclid=CjwKEAjwkcWrBRDg5u6SuPS11C0SJAChLLAH6IIK2OdYk-UGvRVnbqnpUZbMHD8tFw-lrf4OBkiL7BoCb6_w_wcB#sthash.227xiBam.dpuf

JUS LIMAU BERKISMIS

Resepi Kaya Zat Besi dan Vitamin C

Minuman berkhasiat dan menghilangkan dahaga =)
Sangat membantu mereka yang mengalami masalah Anemia
Rugi jika tidak mencuba!

KERANG REBUS ASAM LIMAU


Resepi Kaya Zat Besi dan Vitamin C  

KERANG REBUS ASAM LIMAU
(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan
500gm kerang
2cm halia (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
1 biji cili merah
Sedikit air

Pencecah Asam Limau
3 biji limau kasturi
1/2 biji tomato
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
1/4 biji bawang besar

Cara penyediaan
1. Cuci kerang hingga bersih
2. Rebus kerang dengan sedikit air. Masukkan halia, serai, bawang merah dan cili merah.
3. Rebus hingga masak.
4. Bagi penyediaan pencecah asam limau, potong halus-halus tomato, cili merah, cili hijau dan bawang besar kemudian satukannya. Perahkan limau ke atas bahan-bahan yang dipotong tadi.
5. Hidangkan kerang rebus bersama pencecah asam limau tadi.

SELAMAT MENCUBA!

CHECKLIST IBU BERSALIN DI HOSPITAL

Apa khabar ibu-ibu yang sedang menunggu saat- saat terindah kelahiran cahaya mata?
Sudah ada senarai keperluan ibu dan bayi ketika di hospital nanti?
Ada yang merancang untuk bersalin di hospital kerajaan dan ada yang bercadang ke private.
Terpulang kepada keselesaan dan bajet masing-masing...
Apapun buatlah persediaan sebaik mungkin. Ibu-ibu sudah boleh membuat persediaan apabila kandungan memasuki minggu ke 28 ataupun 7 bulan. Sediakan checklist agar ibu-ibu lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

baby, bayi, keperluan, bersalin, checklist, senarai, barang

Senarai keperluan di atas hanya sekadar cadangan.
Bagi ibu-ibu yang bersalin di hospital private, tidak perlu membawa kesemua senarai barang di atas.
Biasanya ibu-ibu sudah boleh menyemak atau mendapatkan senarai barang keperluan yang perlu dibawa ketika melakukan pemeriksaan bulanan di hospital private.

Ibu-ibu juga disarankan membawa breast pump sebagai persediaan andai bayi dan ibu terpaksa di asingkan / berjauhan seketika selepas proses kelahiran.
Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi.

SHAKLEE Landmark Study - Kesihatan Ketara Lebih Baik

 

Produk Shaklee sudah lebih 50 tahun di pasaran.
Setiap produk Shaklee dihasilkan oleh sekumpulan saintis yang menjalankan ratusan ribu ujikaji klinikal, kajian (R&D) daripada peringkat awal sampailah ke akhir. Makmal, ladang, bahan, saintis semuanya berasingan, hakcipta terpelihara milik Shaklee. Produk Shaklee pastinya SIHAT dan SELAMAT kerana zero '0' perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet.

Shaklee dakwa produknya berkesan.
Ya ke? Ada bukti???..

Salah satu bukti...
Satu kajian klinikal / landmark study telah dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam Universiti California Berkeley menunjukkan bahawa...

Mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang ketara lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin lain atau mereka yang tidak mengambil makanan tambahan langsung.  


Sumber; http://www.landmarkstudy.com/


Shaklee landmark study ini dijalankan oleh pihak ketiga. Jadi resultnya tidak bias dan tidak berat sebelah


Berikut adalah fakta-fakta: 
1) Kajian ini membandingkan 3 kumpulan orang  
2) Kumpulan Shaklee telah mengambil makanan tambahan ini untuk sekurang-kurangnya   20 tahun  
3) Kesemua 3 kumpulan, umur purata mereka dalam lingkungan 50-an dan 60-an dengan kumpulan Shaklee adalah yang tertua


KURUSKAN BADAN secara SIHAT dan SELAMAT


Berat badan makin bertambah?
Selera makan melampau?
Perut buncit?

Dah banyak kali cuba kuruskan badan tapi kurus YOYO.. gemuk balik. Malah berat naik lagi banyak daripada sebelumnya..

Ada yang cirit birit, ada yang terpaksa berlapar, badan jadi letih dan lesu.. air dalam badan berkurang secara melampau, dehidrasi jadinya.. berat turun mendadak.. berkilo2 dalam seminggu..

Tahukah anda jika ini berlaku.. bukan sekadar lemak yang dibakar tetapi jisim otot anda juga turut berkurang!

Tapi tidak dengan SET KURUS di atas. Ini bukan ubat kurus ya.
Vitamin2 ini membantu badan anda menjalankan fungsinya dengan betul. Untuk kurus dan sihat tiada jalan pintas.. amalkan diet yang seimbang dan bersenam.

Ramai yang telah mencubanya dan berjaya turunkan berat badan secara SIHAT dan SELAMAT..

Dengan 3B.. 

BUANG segala toksin, 
BAKAR lemak yang tidak diperlukan
                              BINA kembali otot2 yang menggelebeh...

Badan makin ringan
Sembelit tiada
Selulit pudar
Badan segar dan bertenaga
Kurang lapar
Kulit makin gebu dan halus
Perut makin kempis
Kulit dah tak menggelebeh

Baju lama dah boleh pakai semula!

AWET MUDA DENGAN VIVIX


PENUAAN adalah proses semulajadi yang tidak dapat dielakkan tetapi boleh DIPERLAHANKAN.


Apabila usia meningkat.. fungsi organ dan sel tubuh turut mengalami penuaan secara berperingkat.



1.   Rambut menipis dan mula beruban..
2.   Kulit kusam, kering dan kasar..
3.   Garis2 halus mula muncul pada kulit..
4.   Kedut pada mata dan dahi..
5.   Kulit hilang keanjalan..
6.   Pori-pori kulit kian membesar..
7.   Kehadiran lipatan pada leher..
8.   Tenaga semakin berkurang..
9.   Lemak mula terkumpul..
10. Kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit..
11. Sistem penghadaman merosot..
12. Kerapuhan tulang..
13. Kurang daya penglihatan.

Ada tanda-tanda ini pada anda?

VITAMIN TERTUA DI DUNIA?

Vitamin tertua di dunia?

Tahukah anda vitamin apa paling tua di dunia? Lebih tua daripada usia anda tau..
Tahun ini (2015) 100 tahun usianya sudah. VitaLea sememangnya berkesan, terbukti di pasaran dunia. Khasiatnya dipercayai dan berkualiti. Pengasasnya adalah Dr. Forest Shaklee.





Apa ada dalam VitaLea? VitaLea mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting.
Antara kandungannya..

Vita E - Membantu meningkatkan sistem reproduktif manusia, meningkatkan kesuburan lelaki    dan wanita. Anti-oksida, memejalkan kulit dan kulit jadi berseri-seri
Vita B12 - Membantu selera makan, mengelakkan anemia dan keletihan, meningkatkan daya fokus.
Zink - Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, membantu keupayaan seksual lelaki dan mencegah masalah prostat.

Selain itu.. VitaLea dapat meningkatkan metabolisme dalam badan kita melalui kandungan B6. 
B6 membantu protein dalam badan membina sel-sel tubuh yang lebih sihat. 
Kiranya VitaLea ni makanan sel. Nak dapatkan sel yang sihat.. amalkan VitaLea. Kalau kita amalkan VitaLea dari sekarang, 65% cerah peluang untuk kita elakkan diri daripada penyakit di usia tua.

VitaLea juga membantu menghalang kita daripada terkena tiroid, memelihara kesihatan mata, baik untuk buah pinggang, jantung dan hati.

Kesimpulannya, bagi mereka yang mementingkan kesihatan seawal usia muda.. VitaLea pilihan terbaik bagi menjaga kecergasan dan kesihatan organ kita. Bonus tambahan.. awet muda bila ambil VitaLea secara berterusan dan sesuai di amalkan seisi keluarga untuk membina kesihatan yang berkualiti pada masa depan.