Buah kurma sangat tinggi khasiatnya dari segi kesihatan.
Kurma mempunyai kandungan...
Glukosa yang tinggi - amat baik untuk memulihkan
tenaga yang hilang selepas seharian berpuasa apabila dimakan semasa
berbuka.
Anti oksidan yang sangat tinggi - dinamakan sebagai ‘phenol’ yang baik untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit kronik jika diamalkan selalu.
Persatuan Kanser Amerika,
mencadangkan pemakanan yang tinggi dengan serat atau fibre sehingga 25
hingga 35 gram setiap hari untuk mencegah kanser usus dan ini boleh
dicapai dengan makan kurma yang mengandungi kandungan serat yang amat
tinggi.
Kurma mengandungi kandungan fiber atau serat boleh larut yang
tinggi dan amat baik untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit
jantung koronari.
Buah kurma juga mengandungi semua unsur zat makanan.
Di dalam 100gram
buah kurma mengandungi,
20gram air,
2gram protin,
5gram lemak,
75gram
glukosa.
Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin dan garam mineral seperti,
vitamin A,
vitamin C,
vitamin B kompleks,
potassium,
zat besi,
sulfur,
magnesium,
kalsium,
kuprum,
fosforus dan sebagainya
Mineral yang tinggi - membantu menguatkan tulang dan sendi .
Kurma juga boleh mencegah masalah osteoporosis atau reput tulang yang biasa berlaku dikalangan warga emas.
Zat besi yang tinggi - membekalkan tenaga segera disamping pelbagai khasiat zat-zat makanan di dalamnya untuk ibu-ibu mengandung dan bakal melahirkan anak.
- membantu mencegah masalah kekurangan sel darah merah (anemia) dan amat baik untuk ibu selepas melahirkan anak.
Garam potassium yang tinggi - mengurangkan risiko mendapat angin ahmar.
Dalam satu kajian di University of
Minesota, buah kurma boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi dengan
lebih baik kerana kandungan potassiumnya.
Buah kurma tidak akan menyebabkan masalah kegemukan walaupun kandungan
glukosa yang tinggi di dalamnya kerana kandungan seratnya yang tinggi
juga.
Tetapi, kurma boleh membantu seseorang yang kurus kering untuk
menambahkan berat badan jika dimakan selalu kerana kurma akan membantu
menambahkan saiz dan kekuatan otot.
Biji kurma juga digunakan untuk membuat minyak biji kurma dan hampas biji kurma digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.
Kita seharusnya terus makan buah kurma sepanjang tahun dan bukan hanya
sewaktu bulan Ramadhan kerana khasiatnya yang amat baik untuk kesihatan.
Amalkan makan buah kurma setiap pagi sebelum sarapan dalam bulan-bulan
lain kerana akan memberikan tenaga segera kepada kita di waktu pagi
dan juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk keperluan harian
kita.
Sumber: http://doknorm.blogspot.com
No comments