KHASIAT BERWUDHU SEBELUM TIDUR



Khasiat berwudhu sebelum tidur

Pertama
Berwudhu dapat menenangkan otot-otot sebelum berehat. 
Dalam ilmu perubatan telah dibuktikan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. 
Kesan positifnya jika seseorang itu telah menyempurnakan wudhu, fikiran akan terasa tenang dan badan tidak akan terasa letih.

Kedua
Berwudhu dapat mencerahkan kulit wajah. Berwudhu dapat menghilangkan kotoran pada kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah, bersih dan berseri-seri bila kita melazimi berwudhu.

Ketiga, 
Kita akan sentiasa didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. 
Oleh kerana itu, sentiasalah berwudhu.

Keempat,
Di jauhkan daripada mimpi buruk dan permainan syaitan ketika tidur.

Berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Sesungguhnya Allah dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci dan bersih.




No comments