Set Puasa Shaklee
Sedar tak sedar tahun ini tahun ke sebelas kak Ros akan berpuasa dengan Set Puasa Shaklee. Memang tak boleh tinggal Set Berpuasa Shaklee ni sebab banyak sangat membantu kak Ros dan keluarga sepanjang bulan Ramadan.
"Bila ada Set Puasa Shaklee sahur kami jadi lebih mudah, ringkas dan bersemangat. Masa berpuasa jadi lebih bertenaga dan tidak letih melampau. Selepas berbuka masih ada extra tenaga untuk berterawih dan beribadah."
Pengalaman Lambat Bangun Sahur
Teringat pernah kak Ros sekeluarga bangun lambat. Tinggal lebih kurang lapan minit sahaja lagi azan bakal berkumandang. Apa lagi kak Ros zassss terus blend Set Berpuasa Shaklee tambah kurma. Mudah dan cepat nak disediakan Set Berpuasa Shaklee ni. Mujur sempat kami bersahur walaupun dalam waktu kecemasan begitu. Alhamdulillah. Kalau tidak mahu seharian kak Ros akan rasa bersalah.
Set Puasa Shaklee mudah dan cepat disediakan.
Pengalaman Lama Di Dapur Siapkan Sahur
Pengalaman ni dah lama kak Ros tinggalkan. Bila diingatkan penat tau setiap pagi nak kena bangun awal untuk masak atau panaskan semua lauk sahur. Sudah lerrr mak tidur paling lambat dan bangun paling awal. Kena kejut semua orang dalam rumah pula tu bangun sahur.
Dengan Set Puasa Shaklee menjimatkan masa di dapur. Dalam tempoh 5 ke sepuluh minit kak Ros sekeluarga dah siap bersahur. Kami ada masa lagi untuk lakukan solat-solat sunat sebelum Subuh. Rugi pada bulan ibadah jika banyak masa kita habiskan di dapur sahaja.
Pengalaman Macam-macam Menu Sahur
Sebelum kenal Set Puasa Shaklee macam-macam selera nak kena penuhi. Ada anak yang nak makan nugget sahaja sepanjang sebulan bersahur, ada yang nak nasi goreng telur mata, ada yang nak makan nasi dengan sambal ayam dan paling mak pening ada yang tak mahu makan apa-apa! Sayur dan buah-buahan memang tolak tepi dah. Mulalah mak membebel macam mana nak berpuasa dengan sihat dan bertenaga.
Tapi dengan Set Berpuasa Shaklee kak Ros dah tak payah susah-susah fikir semua ini. Rasanya yang sedap dan menyelerakan buat anak-anak suka. Anak-anak mahu bangun sahur untuk minum sahaja daripada makan. Set Puasa Shaklee zat padu, cukup vitamin dan nutrien. Anak-anak dan suami bertenaga dan tidak letih melampau pada siang hari berpuasa. Dapat fokus dalam kelas. Balik sekolah petang pun masih boleh bermain. Malam terawih sama-sama. Alhamdulillah anak-anak yang 9 tahun dan ke atas dapat puasa penuh tahun lepas.
SET PUASA SHAKLEE
TENAGA
Energizing Soy Protien (ESP)
Hidangan lazat yang memberikan tenaga secara berterusan dan menyokong kesihatan secara menyeluruh. Kaya dengan kalsium, protein, dan lengkap dengan 9 asid amino perlu.
Pengalaman kak Ros ketika sarat mengandung dengan ESP ni dapat juga berpuasa 10 hari. Kemudian dapat ganti puasa berbelas hari dengan bantuan Set Puasa Shaklee walaupun masa tu sedang menyusu, susu tak drop dan kekal bertenaga.
KENYANG
Cinch Shake
Shake yang lazat, pantas dan berkhasiat. Membekalkan nutrien yang menyamai satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak seperti pemanis mulut.
Pengganti hidangan yang sempurna untuk sahur dan iftar. Memberi rasa kenyang, meningkatkan penghadaman dan menyediakan nutrien untuk memastikan badan sihat semasa berpuasa.
3 perisa berbeza: Coklat, Latte, Vanila
Pengalaman kak Ros yang best tentang Cinch Shake ni masa berbuka tak 'craving' nak makan macam-macam. Makan sikit pun dah cukup, kenyang. Apatah lagi yang manis-manis tu memang tak terasa nak ambil. Ada peluang nak kurus!
HIDRASI
Performance Drinks (PD)
Minuman elektrolit yang ditambah dengan campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan di samping menyokong penghidratan optimum. Menyegarkan dan menghilangkan dahaga.
2 perisa berbeza: Orange dan Lemon Lime
2 perisa berbeza: Orange dan Lemon Lime
Pengalaman dengan Performance Drink minum ketika sahur. Biasanya kalau minum air kosong banyak, mesti rasa nak terkucil lepas subuh. Tapi tidak dengan PD.
Selepas berbuka pula, selepas solat Isyak anak-anak dan kak Ros masing-masing biasanya berebut-rebut sediakan bekal PD Oren dan Lemon Lime. Terasa mengalir kat tekak ni rasa oren dan lemon lime yang sangat menyegarkan. Bila telan sahaja rasa semacam ada cas mengalir dalam badan membuatkan cerah biji mata. Alhamdulillah tak mengantuk masa terawih. Lepas terawih boleh lagi sambung buat kerja-kerja yang belum selesai walaupun sudah seharian berpuasa.
Jadi kak Ros rekemen sangat kawan-kawan yang belum pernah mencuba Set Puasa Shaklee ni untuk ambil pada bulan Ramadan nanti. Moga dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sihat, cergas dan tenang ya.
Macam mana nak dapatkan Set Puasa Shaklee?
Untungnya bulan ini Set Puasa Shaklee ada promosi tau.
Set 1 : Set Puasa Shaklee Asas
Set 2 : Set Puasa Shaklee Asas dan Gastrik
Percuma Penghantaran
Set 3 : Set Puasa Asas, Gastrik dan Kurus
Percuma Penghantaran
Percuma Keahlian
Maklumat lanjut boleh hubungi kak Ros di sini wa.me/0123659369
Konsultasi percuma.
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
Set Puasa Shaklee memang betul betul menjimatkan tenaga dan masa. Sahur effortless
ReplyDeleteYa betul sangat. Terima kasih Nuha tinggalkan komen di sini.
DeleteTerbaik sangat Set Ramadan Shaklee ni. Paling best kita tak payah kelentung kelentang kat dapur pepagi hari.
ReplyDeleteCool!!!
Ya setuju. Samalah kita
ReplyDelete