Delima Persiapan Sekolah dan Raya
Bulan ini berbelanja bukan biasa-biasa. Bukan sebab bermewah-mewahan tapi 'habis kerut' orang kampung kak Ros kata. Mana tidaknya ada dua acara besar menanti. Pertama sesi baru persekolahan bermula dan yang kedua persiapan untuk sambutan Aidilfitri bagi seluruh umat Islam.
Kak Ros sendiri perbelanjaan bagi empat orang anak yang bersekolah, segala yuran sekolah, buku-buku dan alat tulis, pakaian, seorang anak RM500 - RM700 sudah pasti. Tidak termasuk bayaran kenderaan sekolah, makan dan lain-lain lagi. Itu pun bukan semua ditukar yang baru tau. Kak Ros amalkan berbelanja mengikut keperluan bukan kemahuan.
Begitu juga dengan persiapan Raya. Bagi keluarga besar seperti kak Ros, perbelanjaan untuk beberapa jenis kuih dan juadah termasuk seorang sepasang baju Raya sahaja sudah mencecah empat angka.
Ini tidak termasuk kos balik kampung seperti tol dan minyak. Makan minum dalam perjalanan. Mustahil tidak beli apa-apa sepanjang perjalanan. Anak-anak biasanya minta belikan air dan jajan waktu 'travel'. Nampak pula orang bakar lemang pasti berhenti beli satu dua.
Selain itu, ada lagi perbelanjaan yang sering kita terlepas pandang iaitu lain-lain kos atau kos sampingan. Sama ada waktu kecemasan seperti tiba-tiba kereta buat hal, tayar pancit, ada ahli keluarga yang kena cirit birit masa jalan-jalan 'open house' kena dapatkan rawatan. 'Shopping last minute' raya. Kena pula ada lelong murah malam Raya. Semuanya dikira sebagai kos. Jangan ambil mudah.
Bila dihitung-hitung, banyaknya kos yang perlu ditanggung. Terfikir kak Ros mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagaimana meneruskan hidup dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Desakan hidup boleh mengundang kemurungan, tekanan, penceraian dan perlakuan jenayah.
"Kena usahakan sesuatu untuk ada duit tambahan supaya hidup lebih senang dan bahagia di masa hadapan."
Tapi bagaimana? Jom kak Ros tunjukkan satu jalan.
Duit Raya Awal
Tahun ni kak Ros dan rakan-rakan niaga Shaklee rasa syukur dan seronok sangat sebab bakal dapat duit raya awal. Awal dalam seminggu juga daripada tarikh Raya Aidilfitri. Alhamdulillah rasa beruntung sangat. Dapatlah kak Ros gunakan Duit Raya Awal ni untuk lipat gandakan pahala berinfaq dan bersedekah pada 10 terakhir Ramadan. Rugi sangat membiarkan berlalunya bulan yang sangat mulia ini tanpa bersedekah. Risau juga andai ini Ramadan terakhir bagi kita.
Ibnu Abbas r.a menceritakan : " Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan..."
(H.R Bukhari dan Muslim)
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadan"
(H.R At-Tirmidzi)
Selain itu, duit raya awal tahun ini kak Ros hendak gembirakan orang tersayang dan mereka di sekeliling kak Ros. Berikan kepada anak-anak, anak-anak saudara, sepupu-sepupu yang masih kecil atau yang masih belajar. Tidak lupa anak-anak kepada tetamu yang datang. Untuk ibu, ayah mertua paling diingati. Sesungguhnya doa daripada mereka terutamanya ibu ayah menambah keberkatan hidup kita, ini yang sangat kita harapkan.
Duit Raya pertama kak Ros dengan Shaklee.
.
Duit raya awal juga dapat kak Ros simpan sebahagian dan untuk kegunaan selepas Raya. Tidaklah selepas Raya kering duit dalam akaun kan. Duit Raya anak-anak pula jadi mangsa. Tak seronok hidup begitu. Sampai bila asyik nak korek tabung simpanan.
Tahun ni kak Ros target jumlah yang lebih besar iaitu tiga kali ganda daripada yang lepas. Kawan-kawan dalam team bisnes kak Ros juga begitu. Masing-masing ada target nak berapa Duit Raya tahun ini. Kawan-kawan doakan ya moga segala hajat tercapai.
Daripada Mana Datangnya Duit Raya Awal Ni?
Owh sebelum terlupa. Nak tahu tak bagaimana cara kak Ros dan kawan-kawan satu team dapatkan Duit Raya awal ni? Ada jumlah yang tertentu ke?
Semua yang mendaftar sebagai ahli Shaklee layak dapat Duit Raya awal bulan depan. Apa yang menariknya, berapa jumlah yang kita mahu, kita yang tentukan! Nak seratus ke, lima ratus ke, seribu ke, dua ribu ke hatta sepuluh, seratus ribu dan berapa sekalipun kita boleh dapat kalau kita rajin dan mahu berusaha. Duit raya awal ni bukan diberi dalam sampul tau tapi terus dimasukkan dalam akaun bank kita.
Projek Duit Raya 2023
Tak seronok kalau kak Ros seorang sahaja gembira dan merasa Duit Raya awal ni. Jom kawan-kawan yang berminat nak ada duit lebih Raya tahun ni.
Boleh hubungi kak Ros sekarang. Ada 'group support'. Kak Ros dan team akan bantu bimbing anda.
Projek sedang rancak berjalan. Cepat-cepat hubungi kak Ros di sini.
Kalau nak cepat, bergerak secara solo. Kalau nak pergi jauh, bergeraklah secara berkumpulan
(PERIBAHASA AFRIKA)
Jemput kawan-kawan baca perkongsian menarik daripada kawan kak Ros, Nuha Hayati tentang Duit Raya Awal beliau. Kami sama-sama nak dapat duit Raya awal tahun ini. Moga bermanfaat.
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
Bestnya dapat duit awal. Banyak benda boleh buat kan..👍👍
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ya betul sangat tu.
ReplyDelete