Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni. Daripada diet atau buat Intermittent Fasting (IF) lebih baik puasa! Pahala pun dapat.
Tapi kita sedia maklum yang tak semua orang mampu berpuasa setiap hari.
Paling kurang dua hari seminggu (puasa sunat Isnin dan Khamis). Kita hanya berpuasa hari-hari hanya pada bulan Ramadan, tapi lagi 11 bulan bagaimana? Kita makan macam biasa. Jadi IF menjadi pilihan gayahidup masa kini untuk hidup lebih sihat dan kawal diri.
Ramai yang berjaya turun berat badan dengan IF. Memang tabik kak Ros dengan kawan-kawan di FB Page IF. Teruja kak Ros tengok semangat dan kuat usaha mereka untuk kurus. Bersusah-payah mereka.
Namun suatu hari kak Ros ada terbaca komen daripada salah seorang peserta. Dia amalkan IF, dah biasa puasa sehingga sehari setengah atau 36 jam. Tapi ada masalah lain pula yang timbul!
"Saya buat IF tapi banyak rambut gugur dan kuku jadi rapuh. Menggigil, muka pucat dan pening kepala."
Bukan seorang tau, kak Ros jumpa beberapa posting lagi mengadu ada masalah yang sama. Seram pulak.
Biasa yang kita nampak orang tunjuk gambar sebelum dan selepas, kesan yang bagus-bagus sahaja. Tapi tidak ramai yang mahu kongsikan kesan sampingan atau kesan buruk yang ditanggung.
Apa sebabnya boleh jadi begini?
Hari Sabtu lepas kak Ros berpeluang join satu talk secara atas talian daripada seorang saintis, Prof Dr Redza Rahman (Professional Medical Scientist) tentang topik Sihat Sains Sunnah.
Kak Ros dan team diajar teknik yang betul dan terbukti daripada segi sains dan sunnah untuk kurus dan sihat terutamanya melalui Ramadan ni.
Faedah Berpuasa Untuk Kurus dan Sihat
Daripada Sudut Sains
IF yang sebenarnya kawan-kawan berlaku dalam tempoh 72 jam atau 3 hari tanpa makan. Saintis ada buat kajian, apa faedah berpuasa sampai 72 jam.
4 hingga 8 jam:
- Kadar gula dalam darah menurun
- Tahap insulin menurun
12 jam:
- Makanan telah dibakar
- Proses penyembuhan bermula
- HGH (Human Growth Hormone) - Hormon pertumbuhan manusia meningkat
- Glukagon dilepaskan
- Sistem penghadaman mula berehat
14 jam:
- HGH (Human Growth Hormone) - Hormon pertumbuhan manusia terus meningkat
- Pembakaran lemak bermula
16 jam:
- Pembakaran lemak meningkat
18 jam:
- HGH (Human Growth Hormone) - Hormon pertumbuhan manusia meningkat
18 hingga 20 jam:
- Autofagi bermula
- Keton dibebaskan
36 jam:
- Autofagi meningkat sebanyak 300%
48 jam:
- Penjanaan semula sel bermula
- Keradangan berkurangan
72 jam:
Bagaimana pula daripada sudut agama?
Faedah Berpuasa Untuk Kurus dan Sihat
Daripada Sudut Agama
Tempoh berpuasa umat Islam adalah sekitar 13 ke 15 jam. Untuk tidak makan sehingga 24, 36 dan 72 jam adalah tidak mampu bagi kebanyakan orang.
Apakah tujuan berpuasa dalam Islam?
Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:
ÙŠَاأَÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)
3 faedah utama puasa di sisi seorang Muslim. Antaranya adalah:
- Puasa membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan.
- Puasa memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. Seterusnya, ia mengelakkan Muslim bagi melakukan perkara yang lebih membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat.
- Puasa menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadan ini.
Selain itu, antara kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:- Mengurangkan berat badan
- Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
- Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
- Mengawal stres
Ini bermakna, seorang Muslim yang benar-benar berpuasa dan patuh kepada agama semestinya akan menjadi Muslim yang baik dan disenangi semua lapisan masyarakat. Itulah faedah-faedah terbesar berpuasa dalam agama Islam yang mana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya sahaja bahkan seluruh masyarakat sekitarnya tanpa mengira agama dan bangsa.(Dipetik daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/837-ti101-4-kenapa-orang-islam-berpuasa-pada-bulan-ramadhan)
Kelebihan Autofagi
Untuk berpuasa selama 18 jam dan ke atas ramai yang tidak mampu walaupun Autofagi itu sangat bagus ketika melakukan Intermittent Fasting.
Apa itu Autofagi?
Autofagi (autophagy) adalah proses alami tubuh 'memakan diri sendiri' untuk membuang sel-sel yang rosak dan tidak berfungsi, sekaligus menggantinya dengan sel-sel baru yang sihat melalui proses kitar semula.
Menariknya, proses ini hanya boleh dimulakan dari 'kebuluran' sel itu sendiri, dan puasa adalah salah satu faktor utama yang membantu memulakan proses autofagi.
Sel tersebut dikatakan 'membaiki' dirinya sendiri dengan menggunakan semula komponen yang tidak berfungsi sebagai makanan dalam mengekalkan sel baru yang sihat. Mekanisma biologi ini juga dianggap sebagai proses detoksifikasi semula jadi dan ia menjelaskan bagaimana sel mati di dalam badan dilupuskan.
Sistem badan kita apabila berpuasa sehingga 18 jam. Badan boleh kenalpasti sel-sel yang rosak.
Secara biasa sel akan dibiakkan termasuk sel-sel yang rosak. Dengan autofagi pertumbuhan terhenti, sebaliknya fokus kepada pembersihan sampai ke tahap dalam sel.
- Mencegah kanser
- Meningkatkan prestasi otot
- Mencegah penyakit kemerosotan neuro
- Mengawal keradangan
- Mengurangkan kesan penuaan
- Meningkatkan tenaga
Ini yang berlaku kepada sel semasa Autofagi. Sel diperbaharui selagi boleh dan dijana semula.
Autofagi boleh buat orang jadi muda. Wow! Dengan penuaan kulit kepada memperbaharui kulit tetapi dengan bantuan.
Keburukan Autofagi
Disebalik kebaikan Autofagi, terdapat kesan buruk yang ramai tidak tahu!
Kajian pada 2017 menunjukkan mereka yang selalu buat autofagi, kolagen dalam badan akan merencat dan musnah. Sedangkan untuk nampak muda kita perlukan kolagen.
Manakala kajian 2021 menunjukkan autofagi menyekat peningkatan dan menyerang kolagen jenis pertama.
Kesan ketara dapat dilihat contohnya pada kuku, rambut dan kulit.
Jadi bagaimana untuk buat autofagi tanpa ada masalah kolagen rosak?
Kenalah makan kolagen semasa autofagi.
Faktor gaya hidup yang mendorong autofagi.
Berita baik walaupun berpuasa Ramadan 12 hingga ke 15 jam boleh dapat autofagi. Bagaimana?
Dengan bantuan makanan nutraseutikal. Shaklee adalah nutraseutikal. Untungnya kami ada 2 Supplements Terbaik yang boleh aktifkan autofagi. Tidak perlu berpuasa sampai 72 jam untuk dapatkan autofagi.
Resveratrol di dalam Vivix dan CoQ-Trol adalah supplements terbaik aktifkan autofagi
ResV memastikan dapat tidur yang berkualiti mendorong autofagi
Dengan kolagen tambahan boleh buat autofagi tanpa ada masalah kolegan rosak
Maka dengan Vivix, Coq-Trol, ResV dan kolagen yang turut mengandungi vitamin B dan C melengkapkan berlakunya autofagi tanpa perlu berpuasa sehingga 18 hingga 72 jam.
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam menempuhi bulan Ramadan ini.
Pertanyaan lanjut boleh hubungi kak Ros.
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu