3 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia


Rak vitamin

Teringat satu masa dulu, kira-kira 14 tahun yang lalu. Kak Ros masuk Guardian. Masa tu student lagi. Tengok supplements di rak. Kak Ros cari yang popular dan harga yang murah. Tak tahu sangat tentang supplements ni. Ingatkan semuanya sama kualitinya. Rupa-rupanya ada yang sintetik dan ada yang organik. Sungguh ku tak tahu. 

Macam-macam brand kak Ros pernah cuba. Brand O, M, A... Tapi yang peliknya makan tak rasa apa-apa pun kesannya. Ada yang rasa tapi sangatlah lambat. Macam tak ada beza makan dengan tak makan. Hurmmm akhirnya tak makan, berhenti dan membazir.

Masalah rambut gugur

Sampailah satu masa kak Ros alami masalah  rambut keguguran teruk selepas melahirkan anak kedua. Bersepah rambut di sana di sini di hampir setiap ruang dalam rumah. Dekat lubang tandas paling banyak. Sampaikan suami dan anak-anak asyik merungut rambut emak mereka ada di mana-mana. 

Masalah ini buat kak Ros runsing dan murung. Ada cuba brand lain tapi hampa. Mujur suami seorang yang sangat prihatin. Beliau menghadiahkan supplement Zink keluaran Shaklee. Kak Ros makan dalam tempoh 2 minggu sahaja rambut yang keguguran makin hari makin sedikit. Alhamdulillah pada masa tu, rasa syukur dan seronok sangat rasa hati ini kawan-kawan. Maklumlah rambut tu mahkota wanita. Tiada rambut hilanglah serinya kan. Amazingly boleh nampak anak-anak rambut mula tumbuh! Memang tak sangka. 

Sejak daripada itu, kak Ros mula yakin dengan jenama Shaklee. Kak Ros cuba pula syampunya. Memang terbukti berkesan. Rambut di lantai yang gugur makin hari makin berkurang. Kak Ros cuba pula produk-produk Shaklee yang lain. Satu demi satu masalah kak Ros selesai. Terkini dengan Set Kurus Shaklee. Keyakinan kak Ros dari hari ke hari makin bertambah. 

Daripada situ rasa ingin tahu yang mendalam timbul dan nak sangat tahu, apa ada dengan vitamin Shaklee?


Kak Ros mula membaca. Cari info tentang syarikat dan produk. 


3 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

1. Inovasi 100 tahun.

Dr. Forrest C Shaklee

“ Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ”

Dr. Forrest C. Shaklee, pengasas Shaklee Corporation komit untuk membantu orang lain hidup lebih sihat bermula apabila beliau mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang jantung kepada semua yang dilakukan.

Daripada produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan dan kami sudah membuktikannya.

2. Keistimewaan Shaklee


1. SELAMAT

Komitmen jangka panjang Shaklee untuk ketulenan, keselamatan dan keberkesanan

Di Shaklee, kami memusatkan perhatian kepada kualiti setiap produk kami. Walaupun pengeluar menjalankan ujian ini, apabila produk ini dihantar ke Shaklee, kami menjalankan ujian bebas kami sendiri. Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk kami kepada anda.

KETULENAN DAN KESELAMATAN TERJAMIN

350
UJIAN KE ATAS SETIAP BAHAN BOTANI BARU UNTUK PENCEMARAN YANG BERBAHAYA, RACUN PEROSAK DAN SISA LAIN.

KUALITI DAN KEMUJARABAN

100,000 +
JUMLAH UJIAN KAWALAN KUALITI SETIAP TAHUN YANG DILAKUKAN OLEH SHAKLEE. 

ORGANIK

300+
3X LEBIH UJIAN TERHADAP RACUN PEROSAK DARI YANG DIPERLUKAN OLEH PHARMACOPEIA AMERIKA SYARIKAT.



2. TERBUKTI

Formula unik kami EKSLUSIF TERSEDIA dari Shaklee.


Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.

Lawati healthresource.Shaklee.com untuk keseluruhan kompendium penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.

Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum.


DR. ELIZABETH BLACKBURN
Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009




Dr. Blackburn mendapati bagaimana kromosom dilindungi oleh telomere dan enzim telomerase.



3. BERKESAN



Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. Produk kami memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA. Dan ia dibuktikan oleh orang seperti anda dan saya.




3. Kajian Landmark

Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.


Kajian Landmark Diet Tambahan (A Landmark Study) - Versi Bahasa Melayu



Seperti diterbitkan (Nutrition Journal)


Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan makanan tambahan Shaklee mempunyai biomaker kesihatan utama yang lebih baik berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil makanan tambahan.

Hasilnya sangat menakjubkan! 

Kajian klinikal memerlukan para peserta menjalani pengambilan darah untuk memeriksa biomarker kesihatan utama. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa pengguna suplemen jangka panjang Shaklee menunjukkan peningkatan dalam kesihatan mereka. 


 


Sebab itu Shaklee telah mendapat Gold award Trusted Brand untuk 2 tahun berturut-turut. Nak dapat award ni bukan senang tau. Ini melalui undian popular daripada seluruh rakyat Malaysia melibatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap produk Shaklee. Terbukti berkesan dan selamat.




Tidak hairanlah Shaklee pilihan yang tepat. Boleh baca perkongsian kawan kak Ros juga tentang Supplements Terbaik di sini. 



#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu

No comments