Showing posts with label Resepi Sihat Ibu Hamil. Show all posts

RESEPI IBU HAMIL & MENYUSU MESTI MAKAN

 

Ibu-ibu menyusu dan hamil...
Tau tak berapa jumlah kalsium yang anda perlukan dalam sehari?
"1000 mg"

Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 
4 kali hidangan produk tenusu 
atau
pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari!

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehingga bayi dilahirkan. 
Seterusnya semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. 
Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah daripada hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu seperti bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah tauhu. 
Tapi biasanya, orang tak berapa selera untuk makan tauhu begitu sahajakan. 
Apa kata cuba resepi mudah hasil olahan tauhu daripada Chef Sue M Arukin yang memang menjilat jari! 
Resepi ini ringkas, enak dan mudah disediakan. 


Bagi ibu-ibu yang sibuk dengan urusan harian..
Susah untuk kita pastikan mendapat bekalan kalsium yang mencukupi dalam setiap hidangan makanan. 

Cara mudah yang boleh membantu anda dengan mengambil 4 tablet kalsium Ostematrix Shaklee setiap hari. 

1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam.

Minum 1 gelas susu tinggi kalsium itu biasa..
Tapi nak kunyah 80 biji badam sehari?? Luar biasa tu.

Tidak mustahil dengan hanya 1 tablet Ostematrix

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan
boleh hubungi saya




Kredit foto & resepi www.facebook.com/SueArukin 

JUS LIMAU BERKISMIS

Resepi Kaya Zat Besi dan Vitamin C

Minuman berkhasiat dan menghilangkan dahaga =)
Sangat membantu mereka yang mengalami masalah Anemia
Rugi jika tidak mencuba!

KERANG REBUS ASAM LIMAU


Resepi Kaya Zat Besi dan Vitamin C  

KERANG REBUS ASAM LIMAU
(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan
500gm kerang
2cm halia (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
1 biji cili merah
Sedikit air

Pencecah Asam Limau
3 biji limau kasturi
1/2 biji tomato
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
1/4 biji bawang besar

Cara penyediaan
1. Cuci kerang hingga bersih
2. Rebus kerang dengan sedikit air. Masukkan halia, serai, bawang merah dan cili merah.
3. Rebus hingga masak.
4. Bagi penyediaan pencecah asam limau, potong halus-halus tomato, cili merah, cili hijau dan bawang besar kemudian satukannya. Perahkan limau ke atas bahan-bahan yang dipotong tadi.
5. Hidangkan kerang rebus bersama pencecah asam limau tadi.

SELAMAT MENCUBA!