Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Kurus sebelum raya bukan satu yang mustahil. Secara logiknya bila berpuasa sebulan mesti dapat kurus. Mungkin ya mungkin tidak. Maklumlah Bazar Ramadan hanya ada dalam bulan puasa. Tepung pelita, popiah basah, murtabak, roti john, ayam percik, sate, kebab, ikan bakar, nasi tomato dan air mangga perghhh.. mana boleh tinggal. Penuh meja bila berbuka. Habis tu macam mana nak kurus? 


Hurmm.. Pengalaman sendiri kak ambil masa hanya empat hari untuk turun 3kg, dan 15 hari untuk turun 10kg sebelum Raya. Lepas puasa naik sikit-sikit sekilo dua tu normal kawan-kawan, bulan Syawal kan ziarah-menziarahi, 


...tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira, kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang... 
(Lirik lagu Raya Anuar Zain dan Elina) 

 

Jika kita berpuasa namun dalam fasa makan ini kita tidak mengambil kira kualiti atau menu yang sihat, ini akan merencat proses untuk SLIM & SIHAT.

Meh Kak Ros bantu kawan-kawan.




7 Tips Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee (Set Hello New You).

1. Elakkan makanan manis semasa berbuka

Manis-manis ni berkaitan dengan gula. Gula musuh utama nak kurus.

Apa itu gula kawan-kawan?Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Bunyinya macam bagus sebab bagi tenaga segera.


Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Jadi pengambilan gula tambahan sebenarnya tidak diperlukan dalam diet harian. Pengambilan gula berlebihan akan memusnahkan nutrisi, umpama racun dalam badan.

Kebiasaan dewasa di Malaysia tambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman harian.


Saranan WHO & Panduan Diet Malaysia mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g
 



Gula juga buat kita ketagih, dah macam dadah pula. Hari ni ambil sikit, esok mau lagi, lama-lama tak boleh berpisah.


Banyak penyakit boleh trigger akibat pengambilan gula berlebihan. 

1 sudu teh gula = 20 kilokalori.
Kita ambil 7 sudu teh gula sehari = 140 kilokalori (tenaga tambahan daripada gula).
Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini = 20 gram lemak


Sekiranya habit ini berterusan selama sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak (20g x 30hari). Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan. Belum lagi ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, kalori berlebihan yang diambil setiap hari! Seramkan.

Tapi dengan Set Kurus Shaklee mudah untuk elak makan yang manis-manis. Protein dan Omega (lemak baik) misalnya bantu stabilkan hormon leptin dan ghrelin yang mana hormon ni bantu kawal atur rasa kenyang dan lapar. Apabila hormon ini lebih sensitif, kita akan mempunyai nafsu dan selera makan yang lebih stabil. Bezaaaaa amek suplemen dan tidak. Membantu mengurangkan selera makan dan mengurangkan keinginan (craving) juga.


2. Amalkan makan suku-suku separuh



Satu masalah kita ialah apabila waktu berbuka, biasanya kita akan cenderung untuk makan kesemua makanan yang ada di depan mata. Tidak menjaga 'portion' makanan yang diambil.

Adalah amat penting untuk kita mengira kalori kita sehari . Jumlah kalori seorang lelaki yang disarankan adalah 1800-2000 kalori, dan 1500 kalori untuk perempuan.

Daripada jumlah kalori tersebut, sehari sepatutnya kita makan,
50% semasa Iftar/berbuka
40% semasa Sahur
10% untuk makan sebelum tidur

Jika melebihi kalori nanti berat kita bertambah!

Mudahnya suku nasi, suku ikan, separuh sayur dan buah. Beli pinggan suku-suku separuh tu kawan-kawan, mudah kerja kita nak sukat.

Amazingly dengan Set Kurus Shaklee kalau kawan-kawan sudah biasa ambil hari-hari masa sahur, masa berbuka takdapat nak makan banyak walaupun sudah seharian berpuasa. Sebab badan dapat cukup nutrisi yang diperlukan. Maka sel kita tidak 'kelaparan' atau 'craving for something'. Boleh bantu berat turun. Minuman berprotein Shaklee memang kaya dengan serat, 24 jenis vitamin dan mineral, memberi rasa kenyang lebih lama, rendah lemak dan bebas kolesterol.

3. Minum air kosong yang cukup




Air kosong boleh membantu dalam turunkan berat badan sebab tidak ada kalori. Ia pengganti yang baik untuk minuman lain yang manis. Selain itu jika kurang minum air kosong, kita cenderung untuk makan lebih banyak kerana badan akan memberi signal lapar, walhal kita kehausan sebenarnya.
Jadi lepas berbuka sahaja bolehlah mula cukupkan minum air kosong ya kawan-kawan. Tapi mencabar juga nak cukupkan dua ke tiga liter sehari dalam bulan puasa.

Dalam Set Berpuasa Shaklee kami ada minuman elektrolit yang ditambah dengan campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan di samping menyokong penghidratan optimum. Menyegarkan dan menghilangkan dahaga. 

4. Bersahur dengan makanan yang tinggi serat

Serat membantu beri rasa kenyang yang lebih lama dan tahan lapar.

Serat terdiri daripada dua kategori utama iaitu serat tidak larut dan serat larut. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri. Pengambilan serat sangat penting untuk turunkan berat badan, lancarkan penghadaman, elak sembelit, turunkan paras kolesterol dan bantu kenyang lebih lama.

Kandungan serat tinggi dalam makanan seperti sayur-sayuran, buah, kekacang, bijirin penuh seperti beras perang dan chia seeds.

Dalam Set Kurus Shaklee kami ada Life Shake, ada serat yang penting untuk tubuh. Tapi lebih 90% rakyat Malaysia tak cukup pengambilan serat harian, enzim penghadaman dan juga prebiotik yang bantu kesihatan usus yang lebih baik.

5. Elakkan tidur selepas sahur


Ini yang kebanyakan orang susah nak buat, terutama bila hari cuti. Jika makan sedikit dan tidur sekejap tak mengapa, masalahnya jika makan banyak, tidak beraktiviti setelah kita makan. Ia hanya akan mengumpulkan lemak.

Ingat tak cerita tentang 7 sudu teh gula yang diambil di atas tadi?

Untuk bakar 140 kilokalori, kita perlu:

Berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit atau senamrobik selama 30 minit atau berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah harian yang biasa. Haaa kalau makan yang manis-manis masa sahur ini yang sepatutnya kita buat bukannya tidur!

Dengan Set Kurus Shaklee bagi tenaga sepanjang hari berpuasa. Segar badan, memberi mood yang bagus. Memang payah nak tidur selepas Subuh.


Kurus dengan Set Kurus Shaklee seperti yang dikongsikan oleh rakan kak Ros ni bukan angan-angan tapi boleh jadi kenyataan. Ramai yang berjaya kurus dengan set ini. 


Membakar, Membina, Meningkatkan, Membersihkan.

BURN FAT 🔥
BUILD MUSCLE 💪
BOOST METABOLISM 💥
CLEANSE & DETOX 💦

Dan suplemen Shaklee dapat Gold award Trusted Brand untuk 2 tahun berturut-turut tau!



Testimoni Set Kurus Shaklee








Ada yang bertanya kalau tanpa suplemen pun boleh kurus kan? 

Ya. Tetapi lebih mudah, cepat dan lebih sihat dengan bantuan Set Kurus Shaklee.

Mudah sebab ada pelan pemakanan yang betul dan sihat yang disediakan oleh pakar nutrisi dan disahkan oleh doktor. Bimbingan daripada coach terlatih. Ada support group, kawan-kawan yang matlamatnya sama dengan kita.


Jom sama-sama kita kurus sebelum Raya. Kawan-kawan nak dapatkan set ini boleh hubungi kak Ros di sini 


#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu

No comments