Menu sahur yang sedap dan mengenyangkan sering menjadi pilihan ramai orang.
Maka bermacam-macam jenis menu disediakan, dengan harapan dapat kenyang dan bertahan lebih lama sampai waktu berbuka.
Malangnya belum sampai separuh hari pun kita sudah berasa lapar, ditambah lagi keletihan dan mengantuk akibat makan melebihi had.
Jadi apa menu yang sepatutnya kita ambil ketika sahur? Nak yang sihat, boleh bantu kenyang lama dan memberi tenaga.
Sebelum itu mari kita tengok apa jenis-jenis makanan tenaga untuk sahur.
4 Jenis Makanan Lengkap Untuk Sahur.
1. Makanan tinggi protein.
Makanan berasaskan protein boleh membantu kurangkan penat dan lebih aktif sepanjang hari berpuasa. Lebih lama untuk hadam dan memberi rasa kenyang untuk satu tempoh masa yang panjang. Contoh seperti telur, keju, ikan dan kekacang adalah pilihan yang baik. Jika tidak boleh mengambil laktosa, susu dan hasil tenusu yang lain, boleh memilih susu soya dan badam. Jika lebih gemar mengambil makanan protein seperti ayam dan daging, pilih bahagian dada ayam atau daging merah pejal.
2. Makanan yang tinggi serat dan karbohidrat kompleks
Makanan berserat tinggi dan berkanji boleh membantu mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Cuba barli, oat, bijirin tinggi serat dan roti gandum penuh dalam pemakanan, ini boleh membantu kita merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang. Jika kita mengalami masalah penghadaman, kurangkan pengambilan produk tenusu, makanan berlemak, bergoreng atau pedas. Karbohidrat kompleks dalam makanan berkanji seperti nasi perang dan kentang adalah pilihan yang bagus untuk tenaga, mampu meningkatkan tumpuan dan mengawal mood kita.
3. Buah-buahan dan sayur-sayuran
Bagi mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit, kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, bergoreng dan pedas sewaktu sahur. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kaya dengan serat dan boleh mengelakkan sembelit. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan untuk mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang semasa Ramadan. Amalkan brokoli, bendi, betik, buah ara kering (buah tin), kurma dan sayur bayam dalam pemakanan.
4. Ambil makanan yang mempunyai air yang tinggi
Selain daripada meminum air, kita boleh mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan air seperti tembikai merah dan strawberi. Cuba amalkan buah tomato, timun, batang saderi, dan lobak merah kecil dalam makanan sahur. Kesemua makanan ini terdiri daripada lebih 90% air dan boleh membantu kekal hidrat sepanjang hari.
Berikut 5 Idea Menu Sahur Sihat, Kenyang Lama Dan Bertenaga
Boleh gunakan cadangan hidangan sahur yang mudah ini:
Sandwish gandum penuh berinti tuna atau telur dengan daun salad, kepingan tomato dan timun.
Telur dadar berinti keju, bayam dan cendawan dengan daun salad. Boleh balutkan telur dadar dengan wrap bijirin penuh atau roti pita.
Oat segera yang dimasak dengan cara-cara berbeza. Boleh tambahkan oat tersebut dengan potongan buah-buahan yang segar untuk serat yang lebih atau tambahkan telur untuk protein.
Dua menu sahur bonus tambahan daripada kak Ros untuk kawan-kawan yang memilih untuk minum-minum sahaja semasa sahur dengan smoothie mudah dan cepat. Berkhasiat dan sedap lagi. Sangat lazat dan zat padu.
3 sudu besar serbuk protein soya ESP
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan air batu
1 sudu oat
5 biji kurma tanpa biji
Cara-caranya
Kisar semua bahan dalam pengisar sehingga sebati
ESP 'Dark Chocolate'.
Bahan-bahan
2 sudu besar ESP
1 sudu besar 'Dark Chocolate'
100ml Susu segar / Susu badam
200ml air sejuk
Cara-caranya
Kisar semuanya sehingga sebati.
Tabur 'Dark Chocolate' dan tabur atas minuman. Dah siap!
Minuman berprotien macam Esp ni kawan-kawan sangat fleksible. Kalau kita nak rasa coklat, kita masukkan coklat. Bila nak rasa pisang, kisar dengan pisang. Sedap sangat! Nak rasa nutty, boleh kisar dengan badam.
Kalau kak Ros kosong pun dah sedap!
Kalau kak Ros kosong pun dah sedap!
Kawan-kawan juga boleh lihat di sini Set Puasa Shaklee yang sangat istimewa , lengkap dengan protein, serat, karbohidrat, vitamin dan mineral penting, selain mampu elak dehidrasi ketika berpuasa.
Bagi yang belum mendapatkan set puasa ini, cepat-cepat tau sebab E-Book Menu IF Ramadan PERCUMA ini eksklusif hanya untuk anda. Dapatkan sekarang sebelum habis!
Jalani Ramadan tahun ini dengan pemakanan sihat serta berzat. Semoga 5 Idea Menu Sahur Sihat, Kenyang Lama Dan Bertenaga membantu kawan-kawan semua.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kak Ros ya.
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
No comments