Review dan Feedback Blogmega Shaklee 1.0 dan Kenapa Nak Lagi Blogmega Shaklee 2.0


Bila diumumkan Projek Mega Blog 1.0 oleh Master Norita Idris awal bulan Februari haritu, kak Ros terus sahaja mendaftar tanpa lengah lagi. Ajaibnya kak Ros tak fikir panjang langsung terus jari jemari ni menaip, mengisi Google Form dan terus submit. Mungkin sebab sudah lama ternanti-nanti ada team dan kumpulan sokongan dalam arena menulis blog ini. 


Apa yang saya rasa? 

Bertuah sangat kak Ros rasa dapat join kawan-kawan blogger yang sudah lama berkecimpung dalam arena penulisan blog. Kak ros ni walaupun sudah ada blog tapi bab menulis ni masih bertatih. Gembira dan teruja masa tu nak hidupkan semula blog yang sudah lama berhabuk dan bersawang. Maklumlah buat sorang-sorang ni hurmmm kelaut dalam. 


Apa yang saya dapat?

Apa yang kak Ros dapat daripada Projek Mega Blog 1.0? 

Pertama semangat baru.
Dulu kak Ros rasa tak bersemangat. Ikut mood saja, rasa nak tulis buat, tak nak tinggal. Astaghfirullahal 'Azim. Rugi sangat bila difikirkan balik.
Tapi sekarang semangat berkobar-kobar nak aktifkan blog kembali.
Belajar selok-belok daripada master Salwa Zeyn yang tidak lokek berkongsi pelbagai tips. inSyaaAllah bukan lagi ikut semangat saja tetapi kesedaran membudayakan ilmu itu lebih tinggi. 

Kedua, dulu kak Ros rasa susah, takut dan lambat nak menulis. Tapi sekarang berkat join projek ini, senang dan cepat nak menulis. Ada sahaja perkara yang nak ditulis. Idea mencurah-curah. Kak Ros buat siap-siap tajuk, senaraikan isi-isi penting dan save dulu takut-takut lupa. Dapat menulis dengan lebih yakin dan berani juga di platform lain seperti di Facebook. Kalau tak dulu asyik tulis padam tulis padam. Last last tak post! Buang masa.
 
Ketiga kak Ros dapat circle yang supportive daripada kawan-kawan blogger. Masing-masing tidak lokek berbalas like dan komen di blog dan facebook tanda sokongan padu walaupun selepas tamat Projek Mega Blog 1.0. Haa kawan-kawan macam ni yang kita nak!

Keempat, kak Ros dapat hadiah Nutriferon tau. Memang bertuah sangat rasa, kalau nak beli ni mau RM150 ke atas harganya. Bukan kak Ros seorang sahaja yang dapat tetapi semua peserta Projek Mega Blog 1.0 layak menerima hadiah yang mahal dan istimewa berupa Vivix, Kolagen, Nutriferon dan hadiah eksklusif daripada pihak penganjur Master Norita yang baik hati. Alhamdulillah.







Apa yang saya lihat?

Syabas Projek Mega Blog 1.0! 

1. Kak Ros lihat projek ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pada mulanya kak Ros antara 100 orang pertama yang mendaftar tetapi penyertaan terpaksa dibuka untuk kali ke 2 menjadikan jumlah peserta kesemuanya 220 orang.

2. Kak Ros bersemangat luar biasa menulis, sehingga pukul 4 pagi masih menaip untuk siapkan tugasan yang diberi. Rupa-rupanya kawan-kawan lain juga begitu!

Boleh baca tugasan pertama kak Ros di sini tentang Intermittent Fasting dan 
tugasan kedua kak Ros Set Kurus Shaklee

3. Ramai yang ingin berjaya sama-sama, ada yang buat team dan sistem sparring partner yang diperkenalkan oleh pihak penganjur sangat bagus. Sikap cakna tentang orang lain. Bukan hanya mementingkan diri untuk siapkan tugasan kita sahaja. Nak berjaya biar bersama-sama!


Apa yang saya harapkan?  

Tiga harapan kak Ros.

Pertama, supaya terus menerus mendapat support daripada team besar Projek Mega Blog 1.0. 

Kedua, dapat menjana pendapatan melalui penulisan di blog.

Ketiga,dapat menjadikan blog sebagai medan berkongsi ilmu kesihatan dan tentang produk dengan massa.


Apa yang saya target?

Target kak Ros blog Pondok Sihat ini akan menjadi medium rujukan ramai orang. Dapat bertahan hingga 10 tahun ke hadapan


Kenapa nak join Projek Mega Blog 2.0?

Jadi besar harapan kak Ros untuk terpilih join Projek Mega Blog 2.0

Ingin mempunyai satu channel yang evergreen, yang stabil, boleh bertahan sehingga 10 tahun akan datang. Nak jadikan blog ini saham akhirat walaupun setelah ketiadaan diri ini. Terus menerus memberi manfaat. Tentang hadiah yang ditawarkan kali ini cukup lumayan katanya hadiah berupa SET pula. Wow.

Apapun kecil tapak tangan, nyiru kak Ros tadahkan. Semoga ada rezeki kak Ros dan kawan-kawan. 



#blogmegashaklee2.0

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

No comments