Kepentingan Vitamin E


Apa khabar kawan-kawan? Kali ini kak Ros nak kongsikan tentang kepentingan vitamin E kepada tubuh badan kita. 

VITAMIN E

Vitamin E sangat penting untuk kesihatan. Sejenis vitamin larut lemak. Vitamin larut lemak ada 4 jenis iaitu A, D, E dan K. Vitamin E boleh didapati daripada makanan-makanan semulajadi yang ada minyak. Contohnya daripada badam, minyak-minyak masak, minyak kelapa sawit, minyak zaitun, buah avacado, sayur-sayuran, kuaci, ada sedikit dalam serbuk cili, lada benggala dan ada juga dalam buah aprikot. Semuanya daripada jenis tokoferol. 


Vitamin E terdiri daripada 2 jenis iaitu tokoferol dan tokotrinol. Daripada konteks antioksidan, tokotrinol adalah lebih powerful, lagi kuat kekuatan antioksidannya. Tokotrinol sangat bagus dalam mencegah penyakit contohnya penyakit kardiovaskular secara khususnya penyakit jantung. Sebab itu pengambilan minyak yang sihat adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Minyak-minyak adalah sumber utama vitamin E. Jadi jangan takut makan minyak ya. Jika kita kurang makan minyak kita akan mengalami masalah kurang vitamin E. 

KESAN KEKURANGAN VITAMIN E

Masalah-masalah akibat kekurangan vitamin E ialah rambut mudah jadi rapuh, kering, mudah gugur. Luka pula lambat baik. Vitamin E mempercepat penyembuhan luka. Jadi mereka yang ada ulser diabetik, baru lepas menjalankan pembedahan atau luka akibat kemalangan amatlah disarankan mengambil vitamin E untuk pemulihan luka yang cepat. 

Kekurangan vitamin E juga boleh menyebabkan gangguan kepada usus. Perut rasa tidak sihat, sekejap sembelit, sekejap cirit-birit, sekejap kembung puncanya adalah kekurangan vitamin E. Sebab itu jangan takut makan minyak. Minyak penyebab kolesterol dan sakit jangtung adalah mitos! 

Tapi ada minyak yang berbahayakan? Ya minyak yang bahaya memang ada, namanya lemak trans. Sealin itu minyak yang perlu dielak ialah yang terlalu tinggi Omega-6 tidak digalakkan ambil untuk tempoh masa yang panjang kerana boleh menyebabkan keradangan yang melampau.

Kekurangan Vitamin E juga menyebabkan masalah kaki kejang. Masalah otot jadi lemah. 


MANFAAT VITAMIN E 

Kajian baru mendapati vitamin E membantu mencegah nyanyuk Alzheimer. Puncanya kita mengelak mengambil lemak sihat dalam pemakanan seharian. 

Vitamin E juga membantu dalam mengawal tekanan darah dan membantu melawan keradangan. 

Mesti diingatkan sel-sel darah kita dindingnya (fosfolipid) adalah lemak yang bercampur dengan protien. Jadi antioksidan diperlukan untuk melindungi sel-sel kita. Sebab itu kelebihan vitamin E yang larut lemak ini, boleh melindungi kulit kita daripada sunburn, terbakar. Maka produk-produk penjagaan kulit yang bahan aktifnya adalah vitamin E dihasilkan untuk kita sapu pada kulit bertujuan mencegah kerosakan kulit daripada kesan UV, ultra ungu yang merosakkan kulit. 

Vitamin E juga membuka saluran darah dan mengurangkan masalah sakit saraf pada kaki, saluran darah yang sempit di kaki menyebabkan kesakitan di betis. 

Vitamin E juga membantu memperlahankan proses penuaan, awet muda. 

Vitamin E juga membantu tingkatkan kesuburan kerana ada kaitan dengan hormon. Hormon kita sebenarnya dibentuk oleh lemak. Apabila kurang lemak atau kolesterol baik maka gangguan hormon berlaku penyebab ketidaksuburan. Jadi jangan takut makan lemak baik.

Tokotrinol membantu orang yang ada masalah hipertensi, mencegah darah beku dalam saluran darah dan delta tokotrinol  boleh mencegah kanser payudara akibat radikal bebas.

Jadi ambilah vitamin E daripada makanan dan boleh ditambahkan dengan supplements yang bagus. Supplements membantu badan untuk sihat. Bila badan sihat membantu kita melawan penyakit. Lemak adalah nutrien penting yang mesti diambil.   

RDA (Recommended Daily Allowance) 15 IU. Tapi mengikut kajian vitamin E boleh diambil dengan dos yang lebih tinggi iaitu 400 IU atau 100mg. Dos 60mg sehingga 800mg khusus untuk tingkatkan imun kekebalan tubuh. 

VITAMIN E SHAKLEE

Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta, gamma, delta) ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran. 

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel. sel darah merah dan tisu-tisu otot. ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadium dan mengukuhkan atioksidan dan melindungi retina.  

MANFAAT UTAMA


Melindungi jantung
Pengambilan harian 8001U vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung.

Anti-Penuaan
1 kapsul vitamin E sehari, membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bitnik penuaan. la mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha.

Kelestarian Tenaga
Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Menghalang Keguguran
Merawat musculus pectoralis fibrosisotot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hotflush.  Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.



Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.
Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Anti-Oksidan yang Kuat 
Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan
kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan.

Memperbaiki Arthritis 
Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

Memperbaiki Parut
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE






Kesimpulannya, vitamin E sangat penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit-penyakit kronik. Kajian mendapati vitamin E mampu mencegah penyakit kardiovaskular, jantung, darah tinggi dan strok. Juga membantu diabetes, kawalan gula lebih baik dan mencegah kanser payudara.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati kawan-kawan. 

Jemput untuk tahu lebih lanjut tentang Vitamin E di blog kawan kak Ros ni ya. Ada sesuatu yang menarik di sana.  

Bagaimana nak dapatkan vitamin E ini?
Boleh hubungi kak Ros di sini.

Semoga bermanfaat.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

No comments