Apa khabar kawan-kawan kak Ros semua? Semoga sihat-sihat selalu. Entry kali ini nak kongsikan tips yang kak Ros amalkan dan dapat daripada kelas mumpreneur. Sangat membantu ibu-ibu yang berbisnes dari rumah macam kak Ros dan boleh digunapakai juga untuk semua orang.
5 Tips Bekerja Dari Rumah Secara Efektif
SEDIAKAN PLAN KAWAL GANGGUAN
Gunakan Teknik Pomadera 7 Tomato Timer.
FOKUS buat kerja dalam 25 min, FOKUS bermain dengan anak dalam 25 min. Lebih baik asingkan waktu kerja dan playtime bersama anak sebegini berbanding buat kerja sentiasa dalam gangguan yang berulang kali.
TULISKAN PROSES & PROSEDUR
Banyakkan menulis idea dan action plan anda!
Percayalah dengan menulis idea dan action plan, boleh membantu kita lebih berdisiplin bekerja di rumah. Apa sahaja cabaran di depan lebih mudah ditangani bila kita nampak dan faham apa yang nak dicapai. Setuju?
JELAS DENGAN APA YANG INGIN DILAKUKAN
Tulis perjalanan projek di dalam planner (kalendar).
Sediakan planner atau perjalanan projek selama sebulan terus untuk mendapat gambaran sepenuhnya misi yang ingin dicapai pada bulan tersebut. Setiap malam sediakan TO-DO LIST yang ingin disiapkan pada keesokan harinya. Ini penting ya!
KAWAL FOKUS
Jangan bazirkan masa pada media sosial.
Fokus kepada apa kerja yang kita sedang buat. Contohnya nak balas mesej customer di WhatsApp. Selepas balas mesej, terus proceed kepada tugasan lain. Jangan sambil scroll media sosial membaca status rakan tanpa halatuju. Melayan whatsapp rakan yang kurang penting pada waktu kerja juga bakal membazirkan masa kita begitu saja.
JADUAL MAKAN & SENAMAN
Sediakan jadual makan dan masa untuk bersenam
Sesekali ambil udara luar, berjalan di taman permainan bersama anak. Peruntukan masa 3 kali seminggu untuk ke kelas fitness atau yoga untuk mengembalikan kecergasan dan tenang yang banyak habis ketika berbisnes sambil menjaga anak-anak kecil. Begitu juga jadual makan, boleh terus rancang untuk seminggu.
Seterusnya ekstra tips daripada kak Ros..
JAGA STAMINA DAN KESIHATAN DIRI
Amalkan makanan tambahan yang perlu
Dalam kesibukan bekerja kesihatan diri amat penting dijaga. Bagaimana untuk bekerja dan hendak menguruskan keluarga kalau jatuh sakit.
Secara amnya, makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan individu. Memandangkan gaya hidup kini yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan ramai di antara kita mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan.
Makanan tambahan dapat membantu diri lebih bertenaga dan ada stamina dalam melakukan kerja seharian. Terutama sekali apabila telah meningkat usia dan mula ada masalah kesihatan. Sesetengah fungsi badan tidak dapat berfungsi dengan baik seperti dahulu jadi makanan tambahan akan membekalkan keperluan yang cukup untuk badan kita berfungsi dengan baik dan menyihatkan diri.
Persis mutiara kata, mencegah lebih baik daripada merawat.
Makanan tambahan dapat menampung apa yang kurang dalam tubuh.
Setiap hari kak Ros mengamalkan pengambilan makanan tambahan organik iaitu daripada Shaklee. Kak Ros ambil vitamin yang boleh membantu tambahkan tenaga dan meningkatkan stamina seperti multitamin (Vitalea), vitamin B (B-Complex), minuman kaya dengan protein tumbuhan berasaskan soya (Energizing Soy Protein), vitamin C (Sustained Release), omega-3 (Omega Guard) dan Vivix yang mengandungi polifenol yang dapat menolong meningkatkan tenaga pada tahap selular. Sekaligus memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi dan antioksidan.
Memang rasa berbeza sangat apabila mengamalkan semua makanan tambahan ini. Badan tidak letih, otak cergas berfikir dan tidak stres walaupun berjam-jam bekerja sepanjang hari, menguruskan keluarga dan juga bisnes. Hari-hari badan terasa segar dan bersemangat. Barulah boleh bekerja dari rumah secara efektif.
Begitulah ikhtiarnya. Semoga perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan.
Sebarang pertanyaan atau mahu dibantu untuk dapatkan supplements boleh terus hubungi kak Ros
di sini ya.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
No comments