6 Petua Alami Hilangkan Jeragat Kulit Cantik Berseri

 

Jeragat atau hiperpigmentasi 

Semua orang mengimpikan kulit yang bersih, sihat dan cantik berseri termasuklah kak Ros. Malu untuk berhadapan dengan orang lain jika muka kita ada tompok-tompok hitam. 

Apa itu jeragat atau hiperpigmentasi? 

Hiper bermaksud lebih atau berlebihan manakala pigmentasi bermaksud warna semulajadi tisu kulit. Apabila dua perkataan ini digabungkan menjadi lebihan warna semulajadi atau melanin ataupun pigmen dalam kulit.


Bagaimana jeragat atau hiperpigmentasi boleh berlaku?

Apabila penghasilan melanin lebih banyak daripada biasa, ia akan dilihat sebagai tompokan gelap dengan mata kasar kita, bintik-bintik gelap, perubahan warna kulit yang lebih gelap berbanding kulit sekitarnya. 

Senang faham hiperpigmentasi merujuk kepada kulit yang lebih gelap daripada asal berbanding kulit sekitar.

Sebenarnya kawan-kawan jika tahu punca-puncanya lebih mudah untuk kita mengatasinya. Di bawah ini ada beberapa petua mudah yang bagus untuk diamalkan.

6 Petua Alami Hilangkan Jeragat Kulit Cantik Berseri

1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.
Ini kerana jeragat berpunca daripada lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.

Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.


2. ALOE VERA

Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. 

Antaranya,
  • Mencerahkan wajah
  • Melindungi dari sinar matahari
  • Mengecut dan menghilangkan jeragat
  • Mengatasi kulit kering dan berminyak
  • Menghilangkan jeragat
  • Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya mudah:

Campurkan jel aloe vera dengan madu.

Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam.

Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang diinginkan.


3. LEMON

Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit daripada kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

Caranya ialah potong lemon (jangan terlalu nipis). Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.


4. TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.

Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.

Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.


5. OATMEAL

Tahu tak oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.

Boleh tambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit dan jadikan masker di muka.

Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Boleh cuba cara ini sehingga mendapat hasil yang diingini.

6. DIET PEMAKANAN SIHAT

Akhir sekali, cara menghilangkan jeragat di muka dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.

BONUS PETUA TAMBAHAN

Selain daripada 6 petua alami di atas kak Ros mengambil vitamin organik untuk kecantikan dalaman dan set penjagaan kulit untuk kecantikan luaran bagi mengurangkan masalah jeragat. 

Maklumlah kak Ros sibuk dengan tugasan harian sebagai suri rumah sepenuh masa dengan menguruskan lima cahaya mata biasanya makan apa sahaja yang sempat dan masa untuk diri juga terhad. Bagi memastikan kulit terhindar daripada masalah jeragat kak Ros amalkan vitamin yang mudah di ambil ini.

VITAMIN C
Vitamin C merupakan agen pencerahan kulit yang sangat membantu dalam memudarkan bintik gelap dan merawat jeragat.


PROTEIN
Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee ada niacinamide. Gabungan tiga komponen asid amino penting. Mencegah pembentukan pigmen, penting dalam mencegah punca jeragat. Memudarkan parut, jeragat dan bintik hitam. Sebab itu minum ESP boleh cantik kulit. 


VITAMIN E
Antara punca jeragat adalah bila kulit terdedah pada panas. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E mampu menghalang sel rosak sebanyak 57%. Vitamin E akan meneutralkan kesan sinar UV yang merosakkan sel kulit.


Kulit lebih cantik selepas amalkan vitamin C dan ESP secara konsisten.


Set Penjagaan Kulit Wajah YOUTH


Kak Ros juga mengamalkan set penjagaan kulit YOUTH Shaklee yang selamat pada wajah. 
Starter Set YOUTH

Macam mana Youth skincare bantu masalah jeragat ni? 

Youth mengandungi bahan-bahan yang mencerahkan kulit atau brightening agent  antaranya 20% Vitamin C ada dalam Radiance C+E, Niacinamide dan Lactic Acid ada dalam Luminous Gel Cleanser dan Skin Perfecting Toner dan Licorice Root adalah bahan aktif dalam Renewal Night Cream.

Bila diuji kepada 100 orang wanita berlainan bangsa dan kaum, Youth terbukti mampu meningkatkan kesihatan kulit , termasuk mengurangkan jeragat.






Alhamdulillah ramai yang makin cantik dengan vitamin dan set penjagaan kulit Shaklee. Ini hanya satu ikhtiar untuk mendapat kulit wajah yang lebih sihat. 6 Petua Hilangkan Jeragat di atas juga boleh diamalkan bagi membantu mendapatkan kulit wajah yang bersih dan bebas jeragat.

Macam mana nak dapatkan produk-produk di atas?
Jangan segan-segan hubungi kak Ros di sini.



#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023





No comments