1. Amalan bangun sebelum subuh sekitar jam 5.00 pagi.
Dapat solat sunat 2 rakaat sangat membantu bagi menguatkan diri, memberi ketenangan dan dapat bercakap banyaknya hal kepada Allah pada waktu ini. Waktu orang lain belum bangun, ketenangan itu adalah sebuah keindahan.
2. Amalan sihat fizikal dan mental.
Bercakap, berbuat dan cari jalan untuk sentiasa improve kesihatan diri adalah super mustahak. Tentang senaman, makanan, idea untuk kesihatan minda serta bercakap hal kebaikan.
3. Amalan hobi, minat atau kesukaan.
Kena ada minat, hobi yang boleh dibuat selalu. Cari dan pupuk minat tersebut. Sebagai contoh jika dulu suka travel, sekarang ekonomi kurang baik. Jadi cari sesuatu yang baru untuk lakukan. Contohnya menanam pokok di rumah. Ia bagus. Amalan ini beri ketenangan jiwa selepas sibuknya bekerja.
4. Amalan mindset kerja bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang kita buat.
How you do anything is how you do everything. Sentiasa bersungguh-sungguh berbuat sesuatu walau sekecil-kecil hal.
5. Amalan memilih kebaikan daripada keburukan.
Sosial media, pilih nak baca benda baik sahaja. Tv, filem, apa sahaja, pilih nak tonton benda baik sahaja. Bersembang, bercakap, mendengar, pilih nak dengar benda yang boleh tingkatkan diri sahaja.
Kawan-kawan,
Buat amalan ini, lihat selepas satu tahun apa jadi kepada kita. Lihat bagaimana kita naik ke satu tangga berbeza. Kita lebih tenang dengan ujian, kita lebih relaks apabila stress dan kita juga banyak rasional apabila dirundung masalah.
Kita perlu ada sikap untuk berkeras dengan Amalan Gaya Hidup Sihat yang baik. Jika tidak, kita akan sentiasa dibelenggu dengan suasana kecewa, resah dan gelisah setiap hari. Kita tentukan amalan seharian kita, bagaimana untuk tentukan hidup dan bagaimana kita pada tahun mendatang.
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
No comments