RESEPI IBU HAMIL & MENYUSU MESTI MAKAN

 

Ibu-ibu menyusu dan hamil...
Tau tak berapa jumlah kalsium yang anda perlukan dalam sehari?
"1000 mg"

Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 
4 kali hidangan produk tenusu 
atau
pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari!

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehingga bayi dilahirkan. 
Seterusnya semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. 
Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah daripada hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu seperti bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah tauhu. 
Tapi biasanya, orang tak berapa selera untuk makan tauhu begitu sahajakan. 
Apa kata cuba resepi mudah hasil olahan tauhu daripada Chef Sue M Arukin yang memang menjilat jari! 
Resepi ini ringkas, enak dan mudah disediakan. 


Bagi ibu-ibu yang sibuk dengan urusan harian..
Susah untuk kita pastikan mendapat bekalan kalsium yang mencukupi dalam setiap hidangan makanan. 

Cara mudah yang boleh membantu anda dengan mengambil 4 tablet kalsium Ostematrix Shaklee setiap hari. 

1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam.

Minum 1 gelas susu tinggi kalsium itu biasa..
Tapi nak kunyah 80 biji badam sehari?? Luar biasa tu.

Tidak mustahil dengan hanya 1 tablet Ostematrix

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan
boleh hubungi saya




Kredit foto & resepi www.facebook.com/SueArukin 

DULU KULIT KUSAM KINI BERMAYA


Apakah kebaikan ESP dan vitamin C untuk kulit?

ESP berperanan membina sel-sel baru dan membaikpulih sel yang rosak
Vitamin C adalah antioksidan yang kuat dan membina kolagen

MANDIAN SELEPAS BERSALIN


Tujuan mandian herba/daun-daunan selepas bersalin:

  • Menyegarkan tubuh
  • Mengendurkan urat saraf
  • Memulihkan tenaga
  • Buang angin
  • Melancarkan peredaran darah

Ramuan untuk mandian,




Bahan-bahan ini direbus sehingga mendidih. Kemudian dicampur dengan air mandian sebanyak satu besen besar. Air hendaklah suam-suam kuku. Daun-daun yang telah direbus itu boleh direbus lagi dan digunakan untuk 2-3 kali mandian.

Khasiat mandi air herba/daun-daunan:

Menyegarkan urat saraf, menghilangkan kelesuan dan keletihan selepas melahirkan anak.

Saranan

Ibu-ibu hendaklah mandi di waktu pagi ketika cuaca agak panas.
Mandilah sebanyak 2 kali sehari di waktu pagi dan petang adalah lebih bermanfaat.

Bahan-bahan untuk mandi air herba/daun-daunan juga boleh didapati di kedai-kedai ubat,
dijual dalam bentuk paket/uncang. Harga sekitar Rm5 - Rm10 dan boleh digunakan antara 3 - 4 kali bagi setiap paket.

KENAPA BAYI MENANGIS TANPA AIR MATA?


"Eh! eh! menangis tak keluar air mata pun."


Ibu-ibu pasti pernah mengalaminya...
Bayi anda yang baru lahir.. menangis kuat takmahu berhenti 
dengan muka yang merah padam...

Kalutlah Si Ibu mendapatkan bayinya.
Tengok-tengok air mata setitik pun tak keluar...


Keadaan ini berlaku pada bayi yang baru lahir dan umumnya kepada bayi yang berusia di bawah 2 bulan.

Kenapa ya? 


Ini sebabnya...

Bayi baru lahir tidak menghasilkan air mata sehingga berusia beberapa minggu.
Bayi tidak mengeluarkan air mata kerana kelenjar air mata belum benar-benar berkembang dengan sempurna, lantaran menghasilkan air mata dalam jumlah yang sedikit. Hanya bertujuan memberi perlindungan kepada mata bayi sahaja. Maka tidak ada lebihan air mata yang keluar ketika bayi menangis.


"Air mata baru dihasilkan ketika bayi berusia 1-3 bulan. Seiring perkembangan kelenjar air mata, penghasilan air mata pun makin meningkat,"
Jennifer Shu, kumpulan penulis buku American Academy of Pediatric's,  
Heading Home With Your Newborn


Setelah bayi berusia 2-3 bulan, barulah bayi menangis dengan disertai linangan air mata. Sebab di usia itu penghasilan air mata bayi semakin meningkat. 

Jadi ibu-ibu jangan ingat bayi anda sekadar berhelah.. buat-buat menangis untuk menarik perhatian anda! 
Walaupun tak keluar air matanya =).

Sementara itu, jika air mata bayi keluar padahal dia tidak menangis... 
berkemungkinan saluran air matanya tersumbat. 
Biasanya gangguan ini akan pulih dengan sendiri. 
Tetapi jika bahagian kornea mata bayi nampak merah atau bengkak 
mungkin ada jangkitan. 
Segeralah berjumpa doktor.

 

Sumber: health.detik.com, health.kompas.com

TANDA-TANDA BAYI INGIN MENYUSU


Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya.


Bermula secara tanpa lisan (non verbal) dan akan berpanjangan
hinggalah bayi menangis apabila tidak dipedulikan. 
Bayi sebenarnya cuba memberi petunjuk bahawa dia sudah sedia menyusu. 

"Mama saya mahukan susu ." 

 

Apakah tanda-tanda bayi anda bersedia untuk disusukan?


Perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur).

1) Bayi mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil
mengerakkan kaki, tangan dan kepala. 

Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini...
2) Bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.

 

 
Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila...
3) Dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan mengerakkan badan serta
kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. 

4) Bayi juga akan mula "berbunyi" untuk memberitahu, "Mama, saya mahukan susu". 

Tanda akhir yang bayi akan berikan apabila permintaannnya tidak dipenuhi adalah...
5) Perubahan ekspresi muka, bernafas lebih cepat dan seterusnya menangis. 
 

Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia menyusu namun tidak dipedulikan. 



Sumber: bidanbersalin.blogspot.my

JANGAN BERBUKA PUASA DENGAN YANG MANIS-MANIS? BAGAIMANA DENGAN KURMA?


Kurma asalnya tidak terlalu manis.
Kalau kurma yang dibeli terlalu manis...
Ini adalah 'manisan kurma' yang ditambah kandungan gula berlipat ganda agar tahan lama untuk di eksport, bukan lagi kurma segar. Biasanya kurma yang segar harganya mahal sedikit.

Berbuka dengan kurma atau makanan yang manis-manis?


Kurma banyak khasiatnya. Antaranya kurma segar merupakan buah yang bernutrisi sangat tinggi... tapi berkalori rendah.
Ketika berpuasa, kadar gula dalam darah kita menurun. Kurma, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah, adalah karbohidrat kompleks, bukan gula (karbohidrat sederhana).
Karbohidrat kompleks, untuk menjadi glikogen, perlu diproses sehingga makan waktu. Sebaliknya, kalau makan yang manis-manis, kadar gula darah akan melonjak naik, langsung. Bummmm...
Sangat tidak sihat.

Karbohidrat kompleks mengambil masa untuk makanan diubah kepada energi. Dengan demikian, makanan diproses perlahan-lahan dan tenaga diperoleh sedikit demi sedikit.
Dengan demikian, kita tidak cepat lapar dan energi tersedia dalam waktu lama, cukup untuk aktiviti sehari penuh.
Sebaliknya, karbohidrat sederhana menyediakan energi sangat cepat, tapi akan cepat sekali habis sehingga kita mudah letih. Maka, ketika makan sahur, jangan makan makanan atau minuman yang banyak mengandungi gula, karena kita akan cepat letih. Makanlah karbohidrat kompleks (protein jangan dilupakan!) sehingga kita tetap berenergi sampai waktu berbuka.



Dapatkan Set Puasa Shaklee agar anda bertenaga sepanjang bulan Ramadhan




KHASIAT KURMA SEPANJANG TAHUN


Buah kurma sangat tinggi khasiatnya dari segi kesihatan. 

Kurma mempunyai kandungan...

Glukosa yang tinggi - amat baik untuk memulihkan tenaga yang hilang selepas seharian berpuasa apabila dimakan semasa berbuka. 

Seratnya yang tinggi - amat baik untuk penghadaman yang baik dan mencegah masalah sembelit.

Anti oksidan yang sangat tinggi -  dinamakan sebagai ‘phenol’ yang baik untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit kronik jika diamalkan selalu.


Persatuan Kanser Amerika, mencadangkan pemakanan yang tinggi dengan serat atau fibre sehingga 25 hingga 35 gram setiap hari untuk mencegah kanser usus dan ini boleh dicapai dengan makan kurma yang mengandungi kandungan serat yang amat tinggi.

Kurma mengandungi kandungan fiber atau serat boleh larut yang tinggi dan amat baik untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung koronari.


Buah kurma juga mengandungi semua unsur zat makanan
Di dalam 100gram buah kurma mengandungi,
20gram air, 
2gram protin, 
5gram lemak, 
75gram glukosa. 

Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin dan garam mineral seperti, 
vitamin A, 
vitamin C, 
vitamin B kompleks, 
potassium, 
zat besi, 
sulfur, 
 magnesium, 
kalsium, 
kuprum, 
fosforus dan sebagainya


Mineral yang tinggi - membantu menguatkan tulang dan sendi .
Kurma juga boleh mencegah masalah osteoporosis atau reput tulang yang biasa berlaku dikalangan warga emas.

Zat besi yang tinggi -  membekalkan tenaga segera disamping pelbagai khasiat zat-zat makanan di dalamnya untuk ibu-ibu mengandung dan bakal melahirkan anak.
- membantu mencegah masalah kekurangan sel darah merah (anemia) dan amat baik untuk ibu selepas melahirkan anak.

Garam potassium yang tinggi - mengurangkan risiko mendapat angin ahmar.


Dalam satu kajian di University of Minesota, buah kurma boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi dengan lebih baik kerana kandungan potassiumnya.  

Vitamin B3 atau Niasin - membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.


Buah kurma tidak akan menyebabkan masalah kegemukan walaupun kandungan glukosa yang tinggi di dalamnya kerana kandungan seratnya yang tinggi juga.
Tetapi, kurma boleh membantu seseorang yang kurus kering untuk menambahkan berat badan jika dimakan selalu kerana kurma akan membantu menambahkan saiz dan kekuatan otot.

Biji kurma juga digunakan untuk membuat minyak biji kurma dan hampas biji kurma digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

Kita seharusnya terus makan buah kurma sepanjang tahun dan bukan hanya sewaktu bulan Ramadhan kerana khasiatnya yang amat baik untuk kesihatan.

Amalkan makan buah kurma setiap pagi sebelum sarapan dalam bulan-bulan lain kerana akan memberikan tenaga segera kepada kita di waktu pagi dan juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk keperluan harian kita.


Sumber: http://doknorm.blogspot.com