Dalam kehidupan ada masanya kita rasa tidak mahu berbuat apa-apa. Ada masa kita rasa kecewa dan berputus asa. Ada masa kita rasa biarkan sahaja masa berlalu. Malas nak fikir! Aku nak rehat.
Itu lumrah bagi seorang yang bernama manusia. Begitulah kawan-kawan.
Kak Ros sendiri turut merasainya. Ada masa kita bersemangat dan ada masa kita down. Bagaimana kita perlu bangkit berusaha?
Ingatlah usaha itu tangga kejayaan!
Sesungguhnya STATUS KEMULIAAN itu dapat digapai melalui usaha yang keras
SESIAPA YANG BERPENDIRIAN akan menonjol
SESIAPA YANG BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH akan berjaya
SESIAPA YANG MENYEMAI akan dapat menuai
SESIAPA YANG BERSABAR akan menang
SESIAPA YANG MENANG akan mendapat habuannya.
SESIAPA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH PADA USIA MUDANYA beliau akan menjadi orang ternama (tokoh) pada usia matangnya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa-apa yang diusahakannya, Bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. (Surah Al-Najm: 39-41)
Ingatlah.
Jangan sekali-kali kemalasan menghinggapi diri, jauhilah sikap meremehkan, menunda-nunda pekerjaan dan panjang angan-angan, kerana itu semua ialah senjata orang yang rugi.
Sesungguhnya orang yang mati itu tidak merasakan sakitnya luka. Sebab itu jika kita tidak mahu bersusah-payah, lebih baik mati sahaja!
Ayuh bangun!
Perjalanan sejauh beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
Teruskan perjalanan dan berusahalah kerana setiap orang yang berjalan pasti sampai ke destinasi.
Daripada buku Kunci Kejayaan Minda oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni kak Ros kongsikan kata-kata motivasi ini. Semoga dapat membangkitkan kembali semangat dan usaha kita yang lena.
Daripada buku Kunci Kejayaan Minda oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni kak Ros kongsikan kata-kata motivasi ini. Semoga dapat membangkitkan kembali semangat dan usaha kita yang lena.
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
No comments