Testimoni Shaklee Saya, Talasemia Dan Set Kehamilan Terbaik Atasi HB Rendah


Kawan-kawan tahukah anda, berapa peratus pembawa talasemia di Malaysia?

Di negara kita, 1 daripada 20 merupakan pembawa gen talasemia. Manakala, 44 daripada 10,000 orang di dunia didapati membawa genetik yang sama. Talasemia juga adalah punca utama anemia semasa mengandung.

Pada hujung bulan Mei 2015 masih teringat apabila diberitahu doktor yang kak Ros menghidapi Talasemia Alfa Minor. Memang terkejut sangat. Macam-macam perasaan ada masa tu, sedih bercampur resah gelisah. Susah untuk menerimanya.

Masa tu kak Ros sedang hamil 7 bulan anak ke 3. Fikiran berkecamuk memikirkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. Memikirkan bagaimana kehamilan akan datang. Memikirkan adakah anak-anak ada yang akan menghidapi talasemia juga. Maklumlah tiada pengetahuan langsung tentang Talasemia pada masa itu. 

Semasa hamil anak pertama dan kedua
Hb kak Ros cantik sahaja bacaannya sepanjang dua kehamilan sebelum ini.
Susah untuk kak Ros terima hakikat ini. Mungkin faktor usia barangkali.

Laporan Analisa DNA

Namun apabila disertakan dengan Laporan Makmal dan Laporan Analisa DNA memang sah kak Ros penghidap Talasemia Alfa Minor. Mungkin daripada sebelah mak atau ayah kak Ros penghidap Talasemia. Tapi dulu-dulu tiada ujian dibuat.



Apa itu talasemia?

  • Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.
  • Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia.
  • Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit talasemia.
  • Lakukan ujian saringan penyakit talasemia sama ada di klinik kesihatan kerajaan atau fasiliti penjagaan kesihatan swasta tertentu.
  • Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.
  • Hari Talasemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun dengan memberi peluang kepada kita semua untuk menghargai para pesakit Talasemia sebagai tanda sokongan berterusan kepada mereka demi menjalani rutin harian yang lebih indah pada hari mendatang.
  • Setiap daripada kita berupaya untuk menyumbang dengan memberikan inspirasi kepada pesakit ini walaupun secara peribadi untuk memerangi Talasemia kerana setiap orang mempunyai peranan yang besar untuk dimainkan dan tanggungjawab untuk bertindak.
  • Talasemia boleh dicegah, dikawal dan dirawat dengan baik.
  • Oleh itu, kepada semua yang pernah dan akan menderma darah, anda memberikan hadiah paling berharga untuk pesakit talasemia demi kelangsungan hidup mereka.

SUMBER: FB JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 




Jenis-jenis Talasemia

Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Talasemia minor: Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.



Pembawa Talasemia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Mereka boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya.

 Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;  50% kemungkinan adalah pembawa dan 50% kemungkinan adalah normal .Tiada anak yang menghidap Talasemia (talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, keadaan berikut boleh berlaku;  25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia dan 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 25% kemungkinan anak mereka adalah normal . (Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Punca keputusan darah MCH rendah

Bagaimana talasemia kak Ros di kesan?

Umumnya kadar MCH dan MCV yang rendah boleh disebabkan oleh:
  • Gangguan anemia
  • Gangguan talasemia
  • Kekurangan zat besi dalam tubuh
  • Gangguan genetik
  • dan lain-lain

MCH normal pada orang dewasa adalah di antara 27,5-33,2 pg (pikogram).

Dalam kes kak Ros hasil pemeriksaan MCH (mean corpuscular hemoglobin) yang lebih rendah dari normal disebabkan oleh beberapa keadaan seperti yang dijelaskan di bawah ini.

  • Anemia defisiensi zat besi, iaitu kondisi ketika tubuh kekurangan zat besi sehingga tidak dapat menghasilkan cukup hemoglobin dalam sel darah merah.
  • Talasemia, iaitu kondisi genetik yang membuat tubuh menghasilkan hemoglobin dalam jumlah terbatas.

Bagaimanakah talasemia akan mempengaruhi kehamilan?

Wanita yang menghidap talasemia berisiko untuk mengalami anemia semasa mengandung. Oleh sebab itu, mereka mungkin mengalami kesukaran sepanjang tempoh kehamilan.

1. Anak berisiko mengalami spina bifida

Spina Bifida

Selalunya, doktor akan menggalakkan ibu hamil untuk mengambil 5 mg supplement asid folik. Untuk pengetahuan ibu, talasemia boleh meningkatkan risiko spina bifida.

Oleh sebab itu, penghidap talasemia perlukan asid folik dalam dos yang lebih tinggi untuk mengurangkan risiko ini.

2. Penghidap talasemia beta lebih berisiko alami komplikasi

Wanita yang menghidap talasemia lebih berisiko mengalami komplikasi ketika kehamilan. Manakan tidak, organ penghidap talasemia perlu bekerja keras untuk memastikan pesakit tidak mengalami simptom yang teruk.

Namun, apabila adanya tanggungan baharu, badan ibu mungkin tidak dapat memenuhi semua keperluan bayi dalam kandungan.

Malah, ibu yang menghidap talasemia juga lebih cenderung untuk mengalami diabetes semasa kehamilan atau Diabetes Mellitus (Gestational Diabetes Mellitus - GDM). Oleh sebab itu, doktor akan melakukan pemantauan kadar gula dalam darah dengan lebih rapi.

3. Penghidap talasemia berisiko mengalami anemia semasa mengandung


Walaupun hamil, penghidap talasemia masih perlu meneruskan rawatan seperti biasa. Ini bermaksud, wanita yang perlukan transfusi darah perlu terus melakukannya untuk memastikan kandungan kekal sihat.

Malah, ibu juga mungkin perlu melakukan transfusi dengan lebih kerap untuk elak anemia semasa mengandung.

Kebanyakan penghidap talasemia perlu menambah bilangan transfusi darah pada hujung kehamilan untuk pastikan kelahiran yang selamat.

4. Lebih berisiko alami masalah tiroid

Satu lagi komplikasi yang mungkin berlaku disebabkan talasemia beta ialah masalah tiroid tidak aktif.

Sepanjang kehamilan, fungsi tiroid ibu akan dipantau oleh doktor. Ibu hamil juga mungkin perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk memastikan fungsi tiroid kekal normal sepanjang kehamilan.

Suplemen Dapat Membantu Ibu Hamil Penghidap Talasemia

Vitamin Dan Suplemen Kesihatan Untuk Ibu Hamil

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. 

Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan.

Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Keputusan darah HB dan MCH meningkat
sehingga tiba masa melahirkan.

Kak Ros telah mengamalkan suplemen Shaklee iaitu Set Prenatal ataupun dikenali sebagai New Beginning Set untuk tiga kehamilan dengan mengikut keperluan dan nasihat doktor.

Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

B Complexs Plus With Folik Asid

Asid Folik

Vitamin B lengkap seperti vitamin B12, folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi dengan: 

• Menyokong perkembangan tiub saraf bayi. 
• Meningkatkan tenaga semula jadi untuk ibu dan bayi yang membesar dalam kandungan. 
• Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan otak melalui pengambilan asid folik2 terutama semasa peringkat awal kehamilan.

Vita-Lize Multivitamin And Mineral

Zat Besi

Merupakan vitamin perlu dan mineral yang sangat penting bagi wanita hamil yang membantu untuk: 

• Menutup jurang nutrisi ibu supaya ibu dan bayi mendapat semua nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan badan. 
• Menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada ibu.
 
Ostenutrix

Kalsium dan Vitamin D

Keperluan untuk mengambil kalsium meningkat semasa kehamilan kepada sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk: 

• Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat. 
• Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan ibu. 
• Mengembalikan simpanan kalsium ibu.
Omega Guard

Asid Lemak Perlu

Asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk perkara berikut: 

• Menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf bayi. 
• Menyokong kesihatan otak ibu. 
• Mencegah keradangan.
Sustained Release Vitamin C 

Vitamin C

Selain bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin ini juga sangat penting bagi wanita hamil untuk: 

• Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang. 
• Menyokong penyerapan zat besi. 
• Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah.
Energizing Soy Protein

Protein

Apa yang baik untuk ibu, juga baik untuk bayi. Ambil lebih banyak protein untuk: 

• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi anda menjalani proses pertumbuhan yang pesat. 
• Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil.

Alhamdulillah banyak manfaat yang telah kak Ros dapat daripada Set Kehamilan Shaklee. HB cantik, GDM tiada, tekanan darah baik dan berat badan terkawal. Perjalanan sepanjang tiga kehamilan dengan suplemen Shaklee memang awesome. Bertenaga, bersemangat dan sihat.

Syukur sangat bila mengenangkan yang kak Ros hanya seorang pembawa Talasemia Minor dan suami tiada Talasemia . Namun harus diingatkan yang kak Ros berpotensi untuk mewariskan gen Talasemia kepada anak-anak. Jika anak-anak kak Ros adalah pembawa, mereka tidak boleh berkahwin dengan pembawa juga kerana cucu kak Ros mungkin mendapat Talasemia pada masa akan datang.

Talasemia sebenarnya boleh dicegah. Ujian saringan boleh dibuat di mana-mana klinik kesihatan seluruh Malaysia dan waktu remaja iaitu ketika di tingkatan 4, adalah waktu yang sangat sesuai untuk membuat ujian Talasemia. 

Semoga testimoni Shaklee kak Ros ini dapat membantu kawan-kawan yang ada masalah kesihatan yang sama. Sesungguhnya ada jalannya untuk hidup lebih sihat selagi kita mahu berikhtiar dan berusaha.

Kawan-kawan doakan juga entry kak Ros kali ini semoga layak mendapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.comTerima Kasih.

Jemput tengok Testimoni Shaklee kawan kak Ros pula. Ada cerita menarik dikongsi oleh beliau.

Kalau ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan dikomen atau hubungi kak Ros di sini.



#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023



No comments