Supplements Bantu Rencatkan Sel Kanser

Teringat kak Ros kisah di sebalik Vivix yang pernah kak Ros jual kepada seorang insan bernama ayah.

"Pak cik nak cuba Vivix ni."

Kata Pak Cik S anaknya seorang penghidap kanser paling 'rare' di Malaysia. Allahu. Terdiam kak Ros bila diberitahu oleh Pak Cik S begitu.

Sedih dan simpati mendengar kesakitan dan kesusahan yang ditanggung.
Pak Cik S menceritakan keadaan anaknya sekarang dan bagaimana rawatan yang diterima. Cerita daripada seorang ayah yang mahu ikhtiar Vivix untuk anaknya.

Pak Cik S juga beritahu kak Ros bagaimana beliau tahu tentang kebaikan Vivix ini.

Sebenarnya yang ambil Vivix tu ialah sepupu Pak Cik S yang sedang menghidap sakit kanser di tengkok. Alhamdulillah setelah sekian lama dengan tekun amalkan pengambilan Vivix, doktor dapati sel kanser beliau berhenti melarat dan dia semakin pulih. Dah tak perlu buat pembedahan. Inilah sebab yang Pak Cik S nak sangat cuba untuk anaknya. 

Alhamdulillah syukur, kak Ros tumpang gembira mendengarnya.


Kawan-kawan kanser kini kian meningkat di Malaysia. 

Berikut adalah beberapa statistik penting:

  • 48,639 kes kanser baharu dilaporkan di Malaysia pada 2020
  • Insiden kanser di Malaysia dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2040
  • 1 dalam setiap 10 orang di Malaysia akan didiagnosis dengan kanser sepanjang hayat mereka
  • Risiko seumur hidup untuk mendapat kanser di Malaysia ialah 1 daripada 10 lelaki dan 1 daripada 9 perempuan. Risiko seumur hidup merujuk kepada kebarangkalian seseorang menghidap kanser sebelum umur 75 tahun jika tiada punca kematian yang lain.

Lima Kanser Paling Lazim di Malaysia

Kanser boleh bermula di mana-mana bahagian badan, tetapi tempat yang paling biasa untuk kanser bermula ialah payudara, kolorektum, paru-paru, nasofarinks dan hati.

Lima jenis kanser yang paling biasa di Malaysia ialah:
  1. Kanser payudara
  2. Kanser kolorektum
  3. Kanser paru-paru
  4. Kanser nasofarinks (salah satu kanser kepala & leher)
  5. Kanser hati
Memang menggerunkan bila difikirkan.




Bagaimana Polifenol boleh membantu merencatkan sel kanser?

Apakah Vivix?
Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani Anggur Muscadine, Ekstrak Eldeberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.

Apakah itu polifenol?
Istilah polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semula jadi yang ditemui sebahagian besarnya dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran yang mempunyai manfaat antioksida dan potensi kesan perlindungan terhadap penuaan sel. Malah, penyelidikan baru menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia.*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Antara manfaat kesihatan yang hebat daripada polifenol.

Meningkatkan Perlindungan.

Pelbagai kajian penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam menghalang pertumbuhan sel abnormal.Penyelidik percaya bahawa fungsi antioksidan polifenol membantu:
  • Melindungi DNA daripada kerosakan, yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel abnormal.
  • Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Kurangkan tekanan biologi dalam badan.

Akhir sekali kata pak cik yang menyentuh hati kak Ros..

"Saya hanya mampu bersama dia untuk memberikan semangat dengan belaian kasih seorang insan bernama ayah."

Pak Cik S juga sangat prihatin dengan tiga orang cucu yang masih kecil. Semoga Allah perkenankan doa pak cik S sekeluarga.

Mohon kawan-kawan doakan semoga anak Pak Cik S kembali sihat dan bahagia disamping keluarga dan anak-anak tersayang. Amin.

Promo Vivix masih berlangsung sehingga hujung Julai nanti. Boleh wasap kak Ros untuk dapatkan harga istimewa.

No comments