Bisnes Online Jana Pendapatan Mudah Dan Lumayan
Teringat kak Ros satu ketika dulu sekitar tahun 2009 sebagai penjual tudung susah juga nak puaskan hati pelanggan. Hantar gambar sudah, letak gambar di blog pun ya. Tapi ada pelanggan yang tidak berpuas hati katanya tengok gambar warna lain tudung yang sebenar warna lain. Material pula tak sama dengan yang diinginkan. Hurmmm pening dibuatnya. Gambar pula kabur. Pelanggan nak tukar dan pulangkan ambil masa hampir seminggu prosesnya. Pilihan kurier yang ada pula masa tu hanyalah Poslaju. Berhubung dengan pelanggan pula hanya melalui emel dan SMS.
Beli tudung secara pukal ni pula kena keluarkan dahulu modal ratusan dan ribuan ringgit. Untung runcit pula rendah. Kalau nak pulangkan stok kepada pembekal tak boleh sebab syaratnya begitu. Maka stok yang tak berkenan dek pelanggan terbiarlah di situ. Nak berhubung dengan pembekal pun terhad. Lambakan stok berlaku.
Nak harapkan pembekal bagi motivasi atau tips kepada kita jauh sekali. Group sokongan yang ada hanya untuk urusan jual beli. Begitulah cabaran bisnes online masa itu.
Kini bisnes online berkembang pesat. Hanya dengan telefon bimbit di tangan segala kerja boleh diuruskan dengan pantas. Setelah beberapa tahun kak Ros buat pelbagai bisnes akhirnya berjumpa dengan satu bisnes yang bagi kak Ros ini satu anugerah.
Nak menjana pendapatan sebagai Pengedar Shaklee?
Pertama sekali bila kak Ros dapat tahu tentang bisnes Shaklee kak Ros agak terkejut.
Mana tidaknya rupa-rupanya ada orang berpendapatan luar biasa.
Sebelum itu kak Ros tidak pernah menyangka dengan hanya menjual vitamin ada orang berpendapatan sehingga 4, 5 dan 6 angka sebulan!
Wah ini bukan biasa-biasa fikir kak Ros pada masa itu. Apa yang membuatkan kak Ros terkejut lagi ramai di antara mereka adalah surirumah sepenuh masa. Sungguh ini bukan bisnes biasa-biasa.
Rasa ingin tahu kak Ros makin menebal menyebabkan kak Ros daripada seorang yang pada asalnya hanya ingin mencuba vitamin Shaklee kini ingin menerokai bisnes Shaklee pula. Kak Ros berpegang kepada,
Tidak Allah datangkan sesuatu itu dengan sahaja-sahaja.Allah dorongkan kita kepada satu-satu perkara itu bersebab.
Bagi kak Ros ini satu peluang berharga yang tidak harus kak Ros biarkan begitu sahaja berlalu.
Bisnes sebagai pengedar Shaklee tidaklah menjanjikan bulan bintang dan sebagainya. Sama seperti bisnes-bisnes lain juga kena ada kemahuan dan kesungguhan yang jitu untuk berjaya.
5 kelebihan yang ada dalam bisnes Shaklee
Modal rendah tetapi keuntungan berulang
Sebelum buat bisnes kena join ahli dulu dengan bayaran serendah RM35 sahaja. Syarat utama daftar keahlian adalah genap 18 tahun. Dapat diskaun 25% untuk belian produk.
Dapat sistem online percuma yang bernilai ratusan ringgit yang memudahkan kerja-kerja bisnes seperti membuat pesanan, penghantaran produk,
boleh daftarkan ahli, boleh tengok jualan kumpulan (team), boleh tengok berapa pendapatan, boleh belajar hanya menggunakan handphone ataupun komputer riba.
Selepas mendaftar kita mempunyai pilihan samada nak jadi pengguna atau seorang peniaga Shaklee yang berjaya. Seorang peniaga Shaklee yang berjaya adalah juga seorang pengguna. Prinsipnya kita makan dahulu baru kita cadangkan kepada orang lain. Kita buat apa yang kita percaya.
Bestnya Shaklee adalah bisnes jenis keperluan, apa yang manusia perlu secara asas. Maka keuntungannya pasti berulang-ulang.
Masa yang fleksibel
Bisnes Shaklee boleh disesuaikan dengan masa kita. Bisnes yang hanya memerlukan satu ke dua jam sehari. Masa makan dan selepas anak tidur boleh curi sedikit masa lagi untuk buat bisnes.
Tidak perlu secara fizikal di situ
Marketing boleh guna sosial media, whatsapp dan video. Nak hantar barang boleh guna sistem online Shaklee. Barang dekat Shaklee kita boleh pesan melalui sistem dan Shaklee hantarkan terus ke rumah pelanggan. Jika barang yang dipesan stok di tangan, balik kerja boleh poskan sendiri kepada pelanggan mengikut kesesuaian masa kita.
Tidak perlu buat akaun
Tidak perlu buat akaun syarikat untuk sokong urusan bank. Dengan Shaklee ada slip gaji setiap bulan, setiap tahun Shaklee bagi macam Penyata Imbuhan Tahunan (EA Form) iaitu CP58 untuk pengisytiharan cukai. Dokumen ini cukup untuk membeli rumah atau kereta tanpa perlu bayar khidmat akauntan dan juga tidak perlu sibuk dengan setiusaha syarikat. Jadi masa boleh difokuskan untuk kerja bisnes sahaja.
Produk yang sangat menyokong
Pernah jual produk selepas itu pelanggan dah tak mahu beli. Tidak kesah murah ataupun mahal tiada 'repeat order!'
Tapi produk Shaklee dijamin pelanggan 'repeat order' sebab seawal tiga hari sudah boleh nampak kesannya. Apabila masalah pelanggan dapat selesai dengan cepat, mereka akan syorkan pula kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat. Jadi mereka sanggup sediakan sejumlah wang untuk pelaburan kesihatan setiap bulan.
Jadi Shaklee adalah bisnes yang tepat dan sesuai untuk semua orang dan mereka yang sibuk untuk jana pandapatan. Hari ini mengharapkan gaji untuk beli kereta, rumah, makan dan pakai boleh, tetapi untuk dapat extra keselesaan bawa keluarga travel oversea, sambung rumah dan tambah kereta takcukup dengan gaji, kena buat bisnes.
Shaklee memang sudah menjadi pilihan ramai orang kerana bisnes ini sudah siap semuanya tinggal nak buat marketing sahaja. Insentif lumayan dalam bentuk cash bonus, bonus kereta dan bonus percutian. Sistem sokongan yang mantap daripada mentor, bimbingan bersama kumpulan (team), modul dan kelas untuk upgrade kemahiran marketing dan mengenal produk semuanya telah tersedia.
Akhir sekali kak Ros yakin dan optimis sentiasa ada peluang cerah dengan
Bisnes Online Terbaik Malaysia Shaklee. Menurut statistik kita ada 57% rakyat Malaysia yang tidak sihat. Apa sahaja masalah mereka Shaklee ada produk yang boleh membantu. Shaklee terbukti bisnes evergreen dan berkesan, orang akan guna hampir 30 tahun.
Bantu orang untuk sihat.
Shaklee adalah bisnes terbaik.
Anda berminat jana pendapatan mudah dan lumayan secara online?
Jom sertai Lovas
#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
No comments