11 Tips Kurus Dengan Cepat Tapi Selamat



Kak Ros ada tak tips macam mana nak kurus dengan cepat?
Jawapannya tiada jalan pintas dik.



Untuk gemuk ambil masa, nak kurus pun bukan dalam masa sehari dua.
Kurus secara drastik amat bahaya sebenarnya. Ada yang sampai nak hilang nyawa. Akibat ambil produk terlarang dan ada bahan kimia berbahaya, sambil lewa kerana nak sangat kurus dengan cepat dan nampak lawa. 

Hakikatnya nak kurus perlukan ilmu, disiplin yang tinggi dan masa.
Mengubah gaya hidup adalah salah satu kuncinya. 


Berikut 11 Tips Kurus Dengan Cepat Tapi Selamat

Air kosong


Minum air kosong bantu bakar kalori

Satu kajian mendapati bahawa,
Minum air kosong pada suhu bilik atau sejuk boleh meningkatkan pembakaran kalori. Kajian mendapati individu yang meminum air kosong dapat membakar 2% hingga 3% kalori daripada biasa selepas 90 minit minum air.  

Meminum air kosong juga dapat meningkatkan kebolehan badan untuk membakar kalori sewaktu rehat dan membuatkan kita berasa lebih kenyang. Bagusnya minum air kosong ni.


Bagaimana untuk kurangkan pengambilan gula


Kurangkan pengambilan gula

Apakah kaitan gula dengan penurunan berat badan?
Pertama, makanan yang bergula tidak mengenyangkan dan menyebabkan kita cenderung untuk makan lebih banyak! 

Makanan bergula juga akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Terlalu banyak gula dalam darah akan menyebabkan sel-sel menyimpan gula tersebut sebagai lemak dan menyebabkan berat badan kita meningkat.

Contoh sumber karbohidrat

Kurangkan pengambilan karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga. Namun begitu, pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh meningkatkan berat badan akibat lebihan gula yang tidak digunakan, terutamanya jika mengambil makanan tidak seimbang dan tidak disertai dengan senaman.

Karbohidrat yang lebih baik adalah yang tidak diproses dan mengandungi serat yang tinggi contohnya macam roti bijirin penuh, barli dan oat. Mengurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses serta mengambil karbohidrat dalam jumlah yang disarankan boleh membantu mengurangkan berat badan. 

Contoh sumber protein

Makan lebih banyak protein

Protein boleh menyebabkan peningkatan kepada metabolisma, mengurangkan selera makan dan mengurangkan hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar.

Pengambilan protein meningkatkan kadar metabolisma dan menyebabkan pembakaran 80-100 kalori setiap hari. Antara sumber protein yang baik adalah seperti daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, keju dan kekacang seperti soya.



Bersukan dan bersenam

Selain menjaga pemakanan, bersenam adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan disamping menjaga kesihatan. Berjalan adalah antara senaman yang sesuai dilakukan bagi sesiapa yang ingin mula bersenam. Tidak memerlukan peralatan seperti di gym dan tidak membebankan anggota badan.

Untuk permulaan boleh cuba berjalan selama 30 minit, 3-4 kali seminggu.
Jogging dan berlari juga antara senaman yang bagus dipraktikkan untuk membakar kalori. Disarankan untuk jogging atau berlari selama 20-30 minit,
3-4 kali seminggu jika mampu.

Berenang adalah senaman yang menggunakan seluruh otot badan. Selain menghilangkan lemak, berenang juga boleh meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Aktiviti angkat berat juga antara cara untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang tidak mahu kehilangan jisim otot. Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisma.


Minum Teh Hijau

Teh hijau mengandungi kafein dan catechin iaitu sejenis antioksidan. Kedua-dua komponen ini meningkatkan metabolisme. Teh hijau juga bagus jika diminum sebelum bersenam. Sebuah kajian mendapati bahawa meminum teh hijau sebelum bersenam dapat membakar lebih banyak kalori.


Dapatkan tidur yang cukup

Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan peningkatan hormon ghrelin. Hormon ini menyebabkan berasa lapar. Peningkatan hormon ini juga akan mengurangkan paras hormon Leptin, iaitu hormon yang menyebabkan berasa kenyang. 


Berpuasa

Amalan berpuasa dipraktikkan dalam diet Intermittent Fasting.
Selain mengurangkan pengambilan makanan dalam sehari, berpuasa juga didapati boleh mempengaruhi hormon. 

Hormon insulin kita adalah pada paras yang rendah ketika berpuasa.
Ini membantu membakar kalori. Selain itu, tubuh juga menghantar hormon norepinephrine kepada tisu-tisu lemak untuk ditukar kepada tenaga.


Minum kopi

Tak ramai orang tahu bahawa meminum kopi tanpa gula boleh meningkatkan kadar metabolisma anda sebanyak 3-11%. Secara tidak langsung membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Malah kopi juga boleh mengurangkan rasa lapar.



Kira kalori

Antara teknik untuk kurus adalah dengan mengira jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Mengira kalori akan membuatkan kita lebih berwaspada dengan makanan yang boleh dimakan dalam sehari dan membantu kita mengurangkan berat badan.


Jangan biarkan diri kelaparan

Kebanyakan orang yang ingin kurus akan melakukan diet yang melampau sehingga sanggup menahan lapar. Cara ini sebenarnya tidak efektif kerana ini akan menyebabkan kita makan lebih banyak.
Jika ingin menurunkan berat badan, jangan berlapar. Makan diet yang rendah karbohidrat dan tinggi protein. Makan snek yang rendah kalori di antara setiap waktu makan seperti kekacang atau buah-buahan yang boleh memberi rasa kenyang.

Testimoni

Berat badan turun sebanyak 10 kg hanya dalam masa 2 minggu.

Ini testimoni kak Ros sendiri.
Nak tau kak Ros sudah pun amalkan hampir kesemua tips kurus dengan cepat dan selamat di atas dan apa yang best kak Ros tidak stres, dapat buat dengan lebih mudah, makin bertenaga, lebih sihat dan cantik malah berat memang susah nak naik balik!


Rahsianya ialah dengan bantuan Set Kurus Shaklee.
Boleh baca di link tersebut ya.

Nak kak Ros bantu boleh terus hubungi di sini.

Kalau kak Ros boleh anda semua pun boleh lakukan.
Pastikan Kurus Dengan Cepat Tapi Selamat.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

1 comment

  1. Weblog pengisian yang bagus mengenai nutrisi dan pemakanan sihat, teruskan berblog puan

    ReplyDelete