Jerawat Punca Hilang Keyakinan 2 Vitamin Kulit Bantu Cantik Harga Rahmah


http://drsuffiahany.com/


Jerawat punca hilang keyakinan.
Terjumpa kak Ros satu keratan akhbar.. 

Dianggarkan kira-kira 175 juta orang yang mengalami masalah  JERAWAT di Asia, dan mereka adalah dari golongan individu berusia antara 12 hingga 35 tahun.
Biarpun jerawat adalah satu kebiasaan, kesannya terhadap kualiti kehidupan tidak sepatutnya diabaikan. Bagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan keadaan itu dalam tempoh masa panjang, akan wujud perasaan kecewa, malu dan marah. Lebih mengecewakan, si suami memandang rendah pada isteri yang berjerawat dan tidak mahu mencium isteri mereka. Ini menyebabkan isteri hilang keyakinan diri!
Serius kak Ros pernah rasakan kesulitan itu apabila masuk majlis terpaksa berhadapan dengan ramai orang dengan muka berjerawat. Hilang mood kawan-kawan. Mana nak sorok muka, malunya.. terasa orang pandang jijik!
 Stres sangat....


JERAWAT ATAU AKNE VULGARIS


Jom kita tengok secara ringkasnya apa itu jerawat?


Jerawat adalah bintik atau benjolan pada permukaan kulit.
Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan daripada biasa (tanpa keradangan) dan kepada masalah yang teruk (beserta keradangan kulit dan mengandungi nanah).  Masalah jerawat paling biasa ialah Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’.


PERINGKAT-PERINGKAT JERAWAT

Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak.  Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit.  Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.  (Masalah jerawat yang ringan seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang boleh diperolehi dari kedai farmasi .  Masalah jerawat yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan dari dermatologis).

Kesan buruk jerawat jika tidak dirawat.


Komplikasi Fizikal

Pembentukan parut ialah komplikasi fizikal yang paling biasa berlaku.
Masalah ini lebih teruk jika jerawat itu bersifat nodul atau sista.
Parut juga terbentuk sekiranya pesakit memecahkan jerawat dengan sengaja. Rawatan yang boleh diberi kepada pesakit yang ingin menghilangkan parut-parut ini adalah dengan cara terapi laser atau pembedahan.


Komplikasi Psikologi

Kebelakangan ini, kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan menunjukkan bahawa masalah jerawat boleh membawa implikasi psikologi yang agak serius. Pesakit biasanya mengalami keresahan dan stres sehingga tidak sanggup bergaul dengan orang lain.
Keadaan ini boleh mengakibatkan penyakit psikiatri yang lain seperti kemurungan dan keresahan. Selain itu, kualiti hidup para pesakit juga sering terjejas.

(https://www.doctoroncall.com.my/)


Bagaimana protein dan vitamin C sebagai alternatif selain rawatan mampu bantu mencantikkan kulit dan penyembuhan jerawat?

Antara langkah-langkah untuk menjaga kulit adalah dengan mengamalkan memakan makanan;

  • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
  • Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
Contoh Makanan Sumber Protein

Protein
Protein adalah sangat penting untuk penyembuhan luka.



Contoh buah membantu penyembuhan luka.
(food.ndtv.com)

Vitamin C
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen semula jadi tubuh badan dan membantu memastikan jaringan kolagen sentiasa dalam keadaan baik untuk kulit yang lebih anjal dan berseri. Membantu penyembuhan luka.

Vitamin Kulit Set Rahmah Shaklee


Set Rahmah Shaklee


Kulit yang cantik, licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan sudah semestinya menjadi idaman setiap insan.
Set yang kami ada ini memang terbukti, berkesan dan selamat. Tidak perlu habiskan beribu ringgit untuk dapat kulit yang sihat dan cantik.


Dua Jenis Set Rahmah

Manfaat Protein Soya Shaklee

Manfaat Vitamin C Sustained Release

Testimoni

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Ramai yang sudah memiliki kulit idaman dengan Vitamin Kulit daripada Set Rahmah Shaklee.


Kak Ros tidak terkecuali turut merasai kebaikan Set Rahmah Shaklee


Bagaimana nak dapatkan vitamin kulit di atas?
Boleh hubungi kak Ros di sini ya.

Jemput baca perkongsian menarik kawan kak Ros tentang Vitamin Kulit dengan harga promosi sekarang ini di sini.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#vitaminkulit
#vitaminc
#EspShaklee
#SahurSimpleZatPadu

5 Idea Menu Sahur Sihat, Kenyang Lama Dan Bertenaga


Menu sahur yang sedap dan mengenyangkan sering menjadi pilihan ramai orang. 

Maka bermacam-macam jenis menu disediakan, dengan harapan dapat kenyang dan bertahan lebih lama sampai waktu berbuka.

Malangnya belum sampai separuh hari pun kita sudah berasa lapar, ditambah lagi keletihan dan mengantuk akibat makan melebihi had. 

Jadi apa menu yang sepatutnya kita ambil ketika sahur? Nak yang sihat, boleh bantu kenyang lama dan memberi tenaga.

Sebelum itu mari kita tengok apa jenis-jenis makanan tenaga untuk sahur.


4 Jenis Makanan Lengkap Untuk Sahur.




1. Makanan tinggi protein.

Makanan berasaskan protein boleh membantu kurangkan penat dan lebih aktif sepanjang hari berpuasa. Lebih lama untuk hadam dan memberi rasa kenyang untuk satu tempoh masa yang panjang. Contoh seperti telur, keju, ikan dan kekacang adalah pilihan yang baik. Jika tidak boleh mengambil laktosa, susu dan hasil tenusu yang lain, boleh memilih susu soya dan badam. Jika lebih gemar mengambil makanan protein seperti ayam dan daging, pilih bahagian dada ayam atau daging merah pejal.




2. Makanan yang tinggi serat dan karbohidrat kompleks

Makanan berserat tinggi dan berkanji boleh membantu mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Cuba barli, oat, bijirin tinggi serat dan roti gandum penuh dalam pemakanan, ini boleh membantu kita merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang. Jika kita mengalami masalah penghadaman, kurangkan pengambilan produk tenusu, makanan berlemak, bergoreng atau pedas. Karbohidrat kompleks dalam makanan berkanji seperti nasi perang dan kentang adalah pilihan yang bagus untuk tenaga, mampu meningkatkan tumpuan dan mengawal mood kita. 




3. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Bagi mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit, kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, bergoreng dan pedas sewaktu sahur. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kaya dengan serat dan boleh mengelakkan sembelit. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan untuk mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang semasa Ramadan. Amalkan brokoli, bendi, betik, buah ara kering (buah tin), kurma dan sayur bayam dalam pemakanan.  




4. Ambil makanan yang mempunyai air yang tinggi

Selain daripada meminum air, kita boleh mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan air seperti tembikai merah dan strawberi. Cuba amalkan buah tomato, timun, batang saderi, dan lobak merah kecil dalam makanan sahur. Kesemua makanan ini terdiri daripada lebih 90% air dan boleh membantu kekal hidrat sepanjang hari. 


Berikut 5 Idea Menu Sahur Sihat, Kenyang Lama Dan Bertenaga


Boleh gunakan cadangan hidangan sahur yang mudah ini:

Sandwish gandum penuh berinti tuna atau telur dengan daun salad, kepingan tomato dan timun.


Telur dadar berinti keju, bayam dan cendawan dengan daun salad. Boleh balutkan telur dadar dengan wrap bijirin penuh atau roti pita.



Oat segera yang dimasak dengan cara-cara berbeza. Boleh tambahkan oat tersebut dengan potongan buah-buahan yang segar untuk serat yang lebih atau tambahkan telur untuk protein.


Dua menu sahur bonus tambahan daripada kak Ros untuk kawan-kawan yang memilih untuk minum-minum sahaja semasa sahur dengan smoothie mudah dan cepat. Berkhasiat dan sedap lagi. Sangat lazat dan zat padu.


Smoothie Protein Buah Kurma 


Bahan-bahan
3 sudu besar serbuk protein soya ESP
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan air batu
1 sudu oat
5 biji kurma tanpa biji

Cara-caranya
Kisar semua bahan dalam pengisar sehingga sebati 


ESP 'Dark Chocolate'.


Bahan-bahan
2 sudu besar ESP
1 sudu besar 'Dark Chocolate'
100ml Susu segar / Susu badam
200ml air sejuk

Cara-caranya
Kisar semuanya sehingga sebati.
Tabur 'Dark Chocolate' dan tabur atas minuman. Dah siap!


Minuman berprotien macam Esp ni kawan-kawan sangat fleksible. Kalau kita nak rasa coklat, kita masukkan coklat. Bila nak rasa pisang, kisar dengan pisang. Sedap sangat! Nak rasa nutty, boleh kisar dengan badam.

Kalau kak Ros kosong pun dah sedap!

Kawan-kawan juga boleh lihat di sini  Set Puasa Shaklee yang sangat istimewa , lengkap dengan protein, serat, karbohidrat, vitamin dan mineral penting, selain mampu elak dehidrasi ketika berpuasa.



E-Book Percuma


Bagi yang belum mendapatkan set puasa ini, cepat-cepat tau sebab E-Book Menu IF Ramadan PERCUMA ini eksklusif hanya untuk anda. Dapatkan sekarang sebelum habis!

Jalani Ramadan tahun ini dengan pemakanan sihat serta berzat. Semoga 5 Idea Menu Sahur Sihat, Kenyang Lama Dan Bertenaga membantu kawan-kawan semua. 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi kak Ros ya.



#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu

Shaklee Fun Day

 


Pada 18 Mac 2023 hari Sabtu yang lalu telah berlangsung 'Shaklee Fun Day'. Bermula daripada pukul 12 tengahari sampai 6 petang.


Banyak promosi dan hadiah ditawarkan pada hari tersebut. Sah secara eksklusif hanya di Ibu Pejabat Shaklee di Petaling Jaya dan kedai (cawangan) di Kuala Lumpur, Kota Bahru dan Johor Bahru.




Promosi produk penjagaan kulit YOUTH Night Cream paling mendapat sambutan. Mana tidaknya diskaun sehingga 40%. Jarang-jarang dijual semurah itu. 

Produk-produk yang dipromosikan, hadiah dan aktiviti adalah berbeza-beza mengikut lokasi.

Ramai yang menyertainya. Apa yang menarik program ini bukan sahaja dihadiri oleh ahli tetapi boleh bawa bersama keluarga dan kawan-kawan yang bukan ahli (prospek). 

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk prospek dan ahli baru.
Antaranya jelajah kedai dan mencuba produk Shaklee.

Pemeriksaan kesihatan dan konsultasi disediakan keperluan kesihatan semua yang hadir.



Mana-mana prospek yang mendaftar pada hari itu sebagai ahli ada hadiah eksklusif untuk mereka tau! Tu yang merah tu hadiahnya. Masa terbaik untuk menyertai Shaklee.



Selain itu apa yang menarik lagi jika berbelanja lebih,  lebih banyak hadiah boleh ditebus. 

Ketahui bagaimana cara untuk memperolehi pendapatan tambahan dengan Bisnes Shaklee sebagai peluang yang mantap dan kukuh.




Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan disediakan untuk seisi keluarga dan hadiah yang menarik untuk kanak-kanak.




Minuman bertenaga Performance Lemon Lime diberikan secara percuma 

Memang meriah sangat Shaklee Fun Day. Bertuah rasanya menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee Malaysia. Boleh baca pengalaman menarik kawan-kawan yang lain di Shaklee Fun Day. 



#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu




Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni. Daripada diet atau buat Intermittent Fasting (IF) lebih baik puasa! Pahala pun dapat. 

Tapi kita sedia maklum yang tak semua orang mampu berpuasa setiap hari.

Paling kurang dua hari seminggu (puasa sunat Isnin dan Khamis). Kita hanya berpuasa hari-hari hanya pada bulan Ramadan, tapi lagi 11 bulan bagaimana? Kita makan macam biasa. Jadi IF menjadi pilihan gayahidup masa kini untuk hidup lebih sihat dan kawal diri.

Ramai yang berjaya turun berat badan dengan IF. Memang tabik kak Ros dengan kawan-kawan di FB Page IF. Teruja kak Ros tengok semangat dan kuat usaha mereka untuk kurus. Bersusah-payah mereka.

Namun suatu hari kak Ros ada terbaca komen daripada salah seorang peserta. Dia amalkan IF, dah biasa puasa sehingga sehari setengah atau 36 jam. Tapi ada masalah lain pula yang timbul!

"Saya buat IF tapi banyak rambut gugur dan kuku jadi rapuh. Menggigil, muka pucat dan pening kepala."

Bukan seorang tau, kak Ros jumpa beberapa posting lagi mengadu ada masalah yang sama. Seram pulak. 

Biasa yang kita nampak orang tunjuk gambar sebelum dan selepas, kesan yang bagus-bagus sahaja. Tapi tidak ramai yang mahu kongsikan kesan sampingan atau kesan buruk yang ditanggung.

Apa sebabnya boleh jadi begini?  




Hari Sabtu lepas kak Ros berpeluang join satu talk secara atas talian daripada seorang saintis, Prof Dr Redza Rahman (Professional Medical Scientist) tentang topik Sihat Sains Sunnah.

Kak Ros dan team diajar teknik yang betul dan terbukti daripada segi sains dan sunnah untuk kurus dan sihat terutamanya melalui Ramadan ni.



Faedah Berpuasa Untuk Kurus dan Sihat
Daripada Sudut Sains




Intermittent Fasting (IF) Yang Sebenar

IF yang sebenarnya kawan-kawan berlaku dalam tempoh 72 jam atau 3 hari tanpa makan. Saintis ada buat kajian, apa faedah berpuasa sampai 72 jam.

4 hingga 8 jam: 
  • Kadar gula dalam darah menurun
  • Tahap insulin menurun

12 jam: 
  • Makanan telah dibakar
  • Proses penyembuhan bermula
  • HGH (Human Growth Hormone) - Hormon pertumbuhan manusia meningkat
  • Glukagon dilepaskan
  • Sistem penghadaman mula berehat

14 jam:
  • HGH (Human Growth Hormone) - Hormon pertumbuhan manusia terus meningkat
  • Pembakaran lemak bermula

16 jam:
  • Pembakaran lemak meningkat

18 jam: 
  • HGH (Human Growth Hormone) - Hormon pertumbuhan manusia meningkat

18 hingga 20 jam:
  • Autofagi bermula
  • Keton dibebaskan

36 jam: 
  • Autofagi meningkat sebanyak 300%

48 jam:
  • Penjanaan semula sel bermula
  • Keradangan berkurangan

72 jam:
  • Kemuncak Autofagi 

Bagaimana pula daripada sudut agama?



Faedah Berpuasa Untuk Kurus dan Sihat
Daripada Sudut Agama





Tempoh berpuasa umat Islam adalah sekitar 13 ke 15 jam. Untuk tidak makan sehingga 24, 36 dan 72 jam adalah tidak mampu bagi kebanyakan orang.


Apakah tujuan berpuasa dalam Islam?


Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:


 ÙŠَاأَÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)


3 faedah utama puasa di sisi seorang Muslim. Antaranya adalah:
  1. Puasa membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan.
  2. Puasa memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. Seterusnya, ia mengelakkan Muslim bagi melakukan perkara yang lebih membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat.
  3. Puasa menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadan ini.




Selain itu, antara kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:
  1. Mengurangkan berat badan
  2. Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
  3. Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
  4. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  5. Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
  6. Mengawal stres

Ini bermakna, seorang Muslim yang benar-benar berpuasa dan patuh kepada agama semestinya akan menjadi Muslim yang baik dan disenangi semua lapisan masyarakat. Itulah faedah-faedah terbesar berpuasa dalam agama Islam yang mana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya sahaja bahkan seluruh masyarakat sekitarnya tanpa mengira agama dan bangsa.
(Dipetik daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/837-ti101-4-kenapa-orang-islam-berpuasa-pada-bulan-ramadhan)

Kelebihan Autofagi


Untuk berpuasa selama 18 jam dan ke atas ramai yang tidak mampu walaupun Autofagi itu sangat bagus ketika melakukan Intermittent Fasting.

Apa itu Autofagi?





Autofagi (autophagy) adalah proses alami tubuh 'memakan diri sendiri' untuk membuang sel-sel yang rosak dan tidak berfungsi, sekaligus menggantinya dengan sel-sel baru yang sihat melalui proses kitar semula. 

Menariknya, proses ini hanya boleh dimulakan dari 'kebuluran' sel itu sendiri, dan puasa adalah salah satu faktor utama yang membantu memulakan proses autofagi. 

Sel tersebut dikatakan 'membaiki' dirinya sendiri dengan menggunakan semula komponen yang tidak berfungsi sebagai makanan dalam mengekalkan sel baru yang sihat. Mekanisma biologi ini juga dianggap sebagai proses detoksifikasi semula jadi dan ia menjelaskan bagaimana sel mati di dalam badan dilupuskan.




Sistem badan kita apabila berpuasa sehingga 18 jam. Badan boleh kenalpasti sel-sel yang rosak.

Secara biasa sel akan dibiakkan termasuk sel-sel yang rosak. Dengan autofagi pertumbuhan terhenti, sebaliknya fokus kepada pembersihan sampai ke tahap dalam sel.



Antara kebaikan autofagi

  • Mencegah kanser
  • Meningkatkan prestasi otot
  • Mencegah penyakit kemerosotan neuro
  • Mengawal keradangan
  • Mengurangkan kesan penuaan
  • Meningkatkan tenaga



Ini yang berlaku kepada sel semasa Autofagi. Sel diperbaharui selagi boleh dan dijana semula.




Autofagi boleh buat orang jadi muda. Wow! Dengan penuaan kulit kepada memperbaharui kulit tetapi dengan bantuan.

Keburukan Autofagi


Disebalik kebaikan Autofagi, terdapat kesan buruk yang ramai tidak tahu! 



Kajian pada 2017 menunjukkan mereka yang selalu buat autofagi, kolagen dalam badan akan merencat dan musnah. Sedangkan untuk nampak muda kita perlukan kolagen.




Manakala kajian 2021 menunjukkan autofagi menyekat peningkatan dan menyerang kolagen jenis pertama. 



Kesan ketara dapat dilihat contohnya pada kuku, rambut dan kulit.



Jadi bagaimana untuk buat autofagi tanpa ada masalah kolagen rosak?
Kenalah makan kolagen semasa autofagi.



Faktor gaya hidup yang mendorong autofagi.



Berita baik walaupun berpuasa Ramadan 12 hingga ke 15 jam boleh dapat autofagi. Bagaimana?


Dengan bantuan makanan nutraseutikal. Shaklee adalah nutraseutikal. Untungnya kami ada 2 Supplements Terbaik yang boleh aktifkan autofagi. Tidak perlu berpuasa sampai 72 jam untuk dapatkan autofagi.




Resveratrol di dalam Vivix dan CoQ-Trol adalah supplements terbaik aktifkan autofagi



ResV memastikan dapat tidur yang berkualiti mendorong autofagi



Dengan kolagen tambahan boleh buat autofagi tanpa ada masalah kolegan rosak



Maka dengan Vivix, Coq-Trol, ResV dan kolagen yang turut mengandungi vitamin B dan C melengkapkan berlakunya autofagi tanpa perlu berpuasa sehingga 18 hingga 72 jam. 

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam menempuhi bulan Ramadan ini.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi kak Ros.



#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu