Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Kurus sebelum raya bukan satu yang mustahil. Secara logiknya bila berpuasa sebulan mesti dapat kurus. Mungkin ya mungkin tidak. Maklumlah Bazar Ramadan hanya ada dalam bulan puasa. Tepung pelita, popiah basah, murtabak, roti john, ayam percik, sate, kebab, ikan bakar, nasi tomato dan air mangga perghhh.. mana boleh tinggal. Penuh meja bila berbuka. Habis tu macam mana nak kurus? 


Hurmm.. Pengalaman sendiri kak ambil masa hanya empat hari untuk turun 3kg, dan 15 hari untuk turun 10kg sebelum Raya. Lepas puasa naik sikit-sikit sekilo dua tu normal kawan-kawan, bulan Syawal kan ziarah-menziarahi, 


...tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira, kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang... 
(Lirik lagu Raya Anuar Zain dan Elina) 

 

Jika kita berpuasa namun dalam fasa makan ini kita tidak mengambil kira kualiti atau menu yang sihat, ini akan merencat proses untuk SLIM & SIHAT.

Meh Kak Ros bantu kawan-kawan.




7 Tips Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee (Set Hello New You).

1. Elakkan makanan manis semasa berbuka

Manis-manis ni berkaitan dengan gula. Gula musuh utama nak kurus.

Apa itu gula kawan-kawan?Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Bunyinya macam bagus sebab bagi tenaga segera.


Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Jadi pengambilan gula tambahan sebenarnya tidak diperlukan dalam diet harian. Pengambilan gula berlebihan akan memusnahkan nutrisi, umpama racun dalam badan.

Kebiasaan dewasa di Malaysia tambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman harian.


Saranan WHO & Panduan Diet Malaysia mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g
 



Gula juga buat kita ketagih, dah macam dadah pula. Hari ni ambil sikit, esok mau lagi, lama-lama tak boleh berpisah.


Banyak penyakit boleh trigger akibat pengambilan gula berlebihan. 

1 sudu teh gula = 20 kilokalori.
Kita ambil 7 sudu teh gula sehari = 140 kilokalori (tenaga tambahan daripada gula).
Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini = 20 gram lemak


Sekiranya habit ini berterusan selama sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak (20g x 30hari). Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan. Belum lagi ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, kalori berlebihan yang diambil setiap hari! Seramkan.

Tapi dengan Set Kurus Shaklee mudah untuk elak makan yang manis-manis. Protein dan Omega (lemak baik) misalnya bantu stabilkan hormon leptin dan ghrelin yang mana hormon ni bantu kawal atur rasa kenyang dan lapar. Apabila hormon ini lebih sensitif, kita akan mempunyai nafsu dan selera makan yang lebih stabil. Bezaaaaa amek suplemen dan tidak. Membantu mengurangkan selera makan dan mengurangkan keinginan (craving) juga.


2. Amalkan makan suku-suku separuh



Satu masalah kita ialah apabila waktu berbuka, biasanya kita akan cenderung untuk makan kesemua makanan yang ada di depan mata. Tidak menjaga 'portion' makanan yang diambil.

Adalah amat penting untuk kita mengira kalori kita sehari . Jumlah kalori seorang lelaki yang disarankan adalah 1800-2000 kalori, dan 1500 kalori untuk perempuan.

Daripada jumlah kalori tersebut, sehari sepatutnya kita makan,
50% semasa Iftar/berbuka
40% semasa Sahur
10% untuk makan sebelum tidur

Jika melebihi kalori nanti berat kita bertambah!

Mudahnya suku nasi, suku ikan, separuh sayur dan buah. Beli pinggan suku-suku separuh tu kawan-kawan, mudah kerja kita nak sukat.

Amazingly dengan Set Kurus Shaklee kalau kawan-kawan sudah biasa ambil hari-hari masa sahur, masa berbuka takdapat nak makan banyak walaupun sudah seharian berpuasa. Sebab badan dapat cukup nutrisi yang diperlukan. Maka sel kita tidak 'kelaparan' atau 'craving for something'. Boleh bantu berat turun. Minuman berprotein Shaklee memang kaya dengan serat, 24 jenis vitamin dan mineral, memberi rasa kenyang lebih lama, rendah lemak dan bebas kolesterol.

3. Minum air kosong yang cukup




Air kosong boleh membantu dalam turunkan berat badan sebab tidak ada kalori. Ia pengganti yang baik untuk minuman lain yang manis. Selain itu jika kurang minum air kosong, kita cenderung untuk makan lebih banyak kerana badan akan memberi signal lapar, walhal kita kehausan sebenarnya.
Jadi lepas berbuka sahaja bolehlah mula cukupkan minum air kosong ya kawan-kawan. Tapi mencabar juga nak cukupkan dua ke tiga liter sehari dalam bulan puasa.

Dalam Set Berpuasa Shaklee kami ada minuman elektrolit yang ditambah dengan campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan di samping menyokong penghidratan optimum. Menyegarkan dan menghilangkan dahaga. 

4. Bersahur dengan makanan yang tinggi serat

Serat membantu beri rasa kenyang yang lebih lama dan tahan lapar.

Serat terdiri daripada dua kategori utama iaitu serat tidak larut dan serat larut. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri. Pengambilan serat sangat penting untuk turunkan berat badan, lancarkan penghadaman, elak sembelit, turunkan paras kolesterol dan bantu kenyang lebih lama.

Kandungan serat tinggi dalam makanan seperti sayur-sayuran, buah, kekacang, bijirin penuh seperti beras perang dan chia seeds.

Dalam Set Kurus Shaklee kami ada Life Shake, ada serat yang penting untuk tubuh. Tapi lebih 90% rakyat Malaysia tak cukup pengambilan serat harian, enzim penghadaman dan juga prebiotik yang bantu kesihatan usus yang lebih baik.

5. Elakkan tidur selepas sahur


Ini yang kebanyakan orang susah nak buat, terutama bila hari cuti. Jika makan sedikit dan tidur sekejap tak mengapa, masalahnya jika makan banyak, tidak beraktiviti setelah kita makan. Ia hanya akan mengumpulkan lemak.

Ingat tak cerita tentang 7 sudu teh gula yang diambil di atas tadi?

Untuk bakar 140 kilokalori, kita perlu:

Berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit atau senamrobik selama 30 minit atau berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah harian yang biasa. Haaa kalau makan yang manis-manis masa sahur ini yang sepatutnya kita buat bukannya tidur!

Dengan Set Kurus Shaklee bagi tenaga sepanjang hari berpuasa. Segar badan, memberi mood yang bagus. Memang payah nak tidur selepas Subuh.


Kurus dengan Set Kurus Shaklee seperti yang dikongsikan oleh rakan kak Ros ni bukan angan-angan tapi boleh jadi kenyataan. Ramai yang berjaya kurus dengan set ini. 


Membakar, Membina, Meningkatkan, Membersihkan.

BURN FAT 🔥
BUILD MUSCLE 💪
BOOST METABOLISM 💥
CLEANSE & DETOX 💦

Dan suplemen Shaklee dapat Gold award Trusted Brand untuk 2 tahun berturut-turut tau!



Testimoni Set Kurus Shaklee








Ada yang bertanya kalau tanpa suplemen pun boleh kurus kan? 

Ya. Tetapi lebih mudah, cepat dan lebih sihat dengan bantuan Set Kurus Shaklee.

Mudah sebab ada pelan pemakanan yang betul dan sihat yang disediakan oleh pakar nutrisi dan disahkan oleh doktor. Bimbingan daripada coach terlatih. Ada support group, kawan-kawan yang matlamatnya sama dengan kita.


Jom sama-sama kita kurus sebelum Raya. Kawan-kawan nak dapatkan set ini boleh hubungi kak Ros di sini 


#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu

Duit Raya Awal Daripada Shaklee




Delima Persiapan Sekolah dan Raya

Bulan ini berbelanja bukan biasa-biasa. Bukan sebab bermewah-mewahan tapi 'habis kerut' orang kampung kak Ros kata. Mana tidaknya ada dua acara besar menanti. Pertama sesi baru persekolahan bermula dan yang kedua persiapan untuk sambutan Aidilfitri bagi seluruh umat Islam.

Kak Ros sendiri perbelanjaan bagi empat orang anak yang bersekolah, segala yuran sekolah, buku-buku dan alat tulis, pakaian, seorang anak RM500 - RM700 sudah pasti. Tidak termasuk bayaran kenderaan sekolah, makan dan lain-lain lagi. Itu pun bukan semua ditukar yang baru tau. Kak Ros amalkan berbelanja mengikut keperluan bukan kemahuan.





Begitu juga dengan persiapan Raya. Bagi keluarga besar seperti kak Ros, perbelanjaan untuk beberapa jenis kuih dan juadah termasuk seorang sepasang baju Raya sahaja sudah mencecah empat angka. 

Ini tidak termasuk kos balik kampung seperti tol dan minyak. Makan minum dalam perjalanan. Mustahil tidak beli apa-apa sepanjang perjalanan. Anak-anak biasanya minta belikan air dan jajan waktu 'travel'. Nampak pula orang bakar lemang pasti berhenti beli satu dua.

Selain itu, ada lagi perbelanjaan yang sering kita terlepas pandang iaitu lain-lain kos atau kos sampingan. Sama ada waktu kecemasan seperti tiba-tiba kereta buat hal, tayar pancit, ada ahli keluarga yang kena cirit birit masa jalan-jalan 'open house' kena dapatkan rawatan. 'Shopping last minute' raya. Kena pula ada lelong murah malam Raya. Semuanya dikira sebagai kos. Jangan ambil mudah.

Bila dihitung-hitung, banyaknya kos yang perlu ditanggung. Terfikir kak Ros mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagaimana meneruskan hidup dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Desakan hidup boleh mengundang kemurungan, tekanan, penceraian dan perlakuan jenayah.

"Kena usahakan sesuatu untuk ada duit tambahan supaya hidup lebih senang dan bahagia di masa hadapan."

Tapi bagaimana? Jom kak Ros tunjukkan satu jalan.




Duit Raya Awal 

Tahun ni kak Ros dan rakan-rakan niaga Shaklee rasa syukur dan seronok sangat sebab bakal dapat duit raya awal. Awal dalam seminggu juga daripada tarikh Raya Aidilfitri. Alhamdulillah rasa beruntung sangat. Dapatlah kak Ros gunakan Duit Raya Awal ni untuk lipat gandakan pahala berinfaq dan bersedekah pada 10 terakhir Ramadan. Rugi sangat membiarkan berlalunya bulan yang sangat mulia ini tanpa bersedekah. Risau juga andai ini Ramadan terakhir bagi kita.


Ibnu Abbas r.a menceritakan : " Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan..."
(H.R Bukhari dan Muslim)


"Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadan"
(H.R At-Tirmidzi)



Selain itu, duit raya awal tahun ini kak Ros hendak gembirakan orang tersayang dan mereka di sekeliling kak Ros. Berikan kepada anak-anak, anak-anak saudara, sepupu-sepupu yang masih kecil atau yang masih belajar. Tidak lupa anak-anak kepada tetamu yang datang. Untuk ibu, ayah mertua paling diingati. Sesungguhnya doa daripada mereka terutamanya ibu ayah menambah keberkatan hidup kita, ini yang sangat kita harapkan. 



Duit Raya pertama kak Ros dengan Shaklee. 
.

Duit raya awal juga dapat kak Ros simpan sebahagian dan untuk kegunaan selepas Raya. Tidaklah selepas Raya kering duit dalam akaun kan. Duit Raya anak-anak pula jadi mangsa. Tak seronok hidup begitu. Sampai bila asyik nak korek tabung simpanan. 

Tahun ni kak Ros target jumlah yang lebih besar iaitu tiga kali ganda daripada yang lepas. Kawan-kawan dalam team bisnes kak Ros juga begitu. Masing-masing ada target nak berapa Duit Raya tahun ini. Kawan-kawan doakan ya moga segala hajat tercapai.

Daripada Mana Datangnya Duit Raya Awal Ni?

Owh sebelum terlupa. Nak tahu tak bagaimana cara kak Ros dan kawan-kawan satu team dapatkan Duit Raya awal ni? Ada jumlah yang tertentu ke?

Semua yang mendaftar sebagai ahli Shaklee layak dapat Duit Raya awal bulan depan. Apa yang menariknya, berapa jumlah yang kita mahu, kita yang tentukan! Nak seratus ke, lima ratus ke, seribu ke, dua ribu ke hatta sepuluh, seratus ribu dan berapa sekalipun kita boleh dapat kalau kita rajin dan mahu berusaha. Duit raya awal ni bukan diberi dalam sampul tau tapi terus dimasukkan dalam akaun bank kita. 


Projek Duit Raya 2023


Tak seronok kalau kak Ros seorang sahaja gembira dan merasa Duit Raya awal ni. Jom kawan-kawan yang berminat nak ada duit lebih Raya tahun ni.

Boleh hubungi kak Ros sekarang. Ada 'group support'. Kak Ros dan team akan bantu bimbing anda. 

Projek sedang rancak berjalan. Cepat-cepat hubungi kak Ros di sini. 






Kalau nak cepat, bergerak secara solo. Kalau nak pergi jauh, bergeraklah secara berkumpulan

(PERIBAHASA AFRIKA)


Jemput kawan-kawan baca perkongsian menarik daripada kawan kak Ros, Nuha Hayati tentang Duit Raya Awal beliau. Kami sama-sama nak dapat duit Raya awal tahun ini. Moga bermanfaat.


#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu


Pengalaman Ramadan Dengan Set Puasa Shaklee




Set Puasa Shaklee



Sedar tak sedar tahun ini tahun ke sebelas kak Ros akan berpuasa dengan Set Puasa Shaklee. Memang tak boleh tinggal Set Berpuasa Shaklee ni sebab banyak sangat membantu kak Ros dan keluarga sepanjang bulan Ramadan. 

"Bila ada Set Puasa Shaklee sahur kami jadi lebih mudah, ringkas dan bersemangat. Masa berpuasa jadi lebih bertenaga dan tidak letih melampau. Selepas berbuka masih ada extra tenaga untuk berterawih dan beribadah."  

Pengalaman Lambat Bangun Sahur
Teringat pernah kak Ros sekeluarga bangun lambat. Tinggal lebih kurang lapan minit sahaja lagi azan bakal berkumandang. Apa lagi kak Ros zassss terus blend Set Berpuasa Shaklee tambah kurma. Mudah dan cepat nak disediakan Set Berpuasa Shaklee ni. Mujur sempat kami bersahur walaupun dalam waktu kecemasan begitu. Alhamdulillah. Kalau tidak mahu seharian kak Ros akan rasa bersalah. 

Set Puasa Shaklee mudah dan cepat disediakan.


Pengalaman Lama Di Dapur Siapkan Sahur
Pengalaman ni dah lama kak Ros tinggalkan. Bila diingatkan penat tau setiap pagi nak kena bangun awal untuk masak atau panaskan semua lauk sahur. Sudah lerrr mak tidur paling lambat dan bangun paling awal. Kena kejut semua orang dalam rumah pula tu bangun sahur. 

Dengan Set Puasa Shaklee menjimatkan masa di dapur. Dalam tempoh 5 ke sepuluh minit kak Ros sekeluarga dah siap bersahur. Kami ada masa lagi untuk lakukan solat-solat sunat sebelum Subuh. Rugi pada bulan ibadah jika banyak masa kita habiskan di dapur sahaja.


Pengalaman Macam-macam Menu Sahur
Sebelum kenal Set Puasa Shaklee macam-macam selera nak kena penuhi. Ada anak yang nak makan nugget sahaja sepanjang sebulan bersahur, ada yang nak nasi goreng telur mata, ada yang nak makan nasi dengan sambal ayam dan paling mak pening ada yang tak mahu makan apa-apa! Sayur dan buah-buahan memang tolak tepi dah. Mulalah mak membebel macam mana nak berpuasa dengan sihat dan bertenaga. 

Tapi dengan Set Berpuasa Shaklee kak Ros dah tak payah susah-susah fikir semua ini. Rasanya yang sedap dan menyelerakan buat anak-anak suka. Anak-anak mahu bangun sahur untuk minum sahaja daripada makan. Set Puasa Shaklee zat padu, cukup vitamin dan nutrien. Anak-anak dan suami bertenaga dan tidak letih melampau pada siang hari berpuasa. Dapat fokus dalam kelas. Balik sekolah petang pun masih boleh bermain. Malam terawih sama-sama. Alhamdulillah anak-anak yang 9 tahun dan ke atas dapat puasa penuh tahun lepas.




SET PUASA SHAKLEE



TENAGA
Energizing Soy Protien (ESP) 

Hidangan lazat yang memberikan tenaga secara berterusan dan menyokong kesihatan secara menyeluruh. Kaya dengan kalsium, protein, dan lengkap dengan 9 asid amino perlu.


Pengalaman kak Ros ketika sarat mengandung dengan ESP ni dapat juga berpuasa 10 hari. Kemudian dapat ganti puasa berbelas hari dengan bantuan Set Puasa Shaklee walaupun masa tu sedang menyusu, susu tak drop dan kekal bertenaga.



KENYANG
Cinch Shake 

Shake yang lazat, pantas dan berkhasiat. Membekalkan nutrien yang menyamai satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak seperti pemanis mulut.

Pengganti hidangan yang sempurna untuk sahur dan iftar. Memberi rasa kenyang, meningkatkan penghadaman dan menyediakan nutrien untuk memastikan badan sihat semasa berpuasa.

3 perisa berbeza: Coklat, Latte, Vanila

Pengalaman kak Ros yang best tentang Cinch Shake ni masa berbuka tak 'craving' nak makan macam-macam. Makan sikit pun dah cukup, kenyang. Apatah lagi yang manis-manis tu memang tak terasa nak ambil. Ada peluang nak kurus!


HIDRASI
Performance Drinks (PD)

Minuman elektrolit yang ditambah dengan campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan di samping menyokong penghidratan optimum. Menyegarkan dan menghilangkan dahaga.

2 perisa berbeza: Orange dan Lemon Lime

Pengalaman dengan Performance Drink minum ketika sahur. Biasanya kalau minum air kosong banyak, mesti rasa nak terkucil lepas subuh. Tapi tidak dengan PD. 

Selepas berbuka pula, selepas solat Isyak anak-anak dan kak Ros masing-masing biasanya berebut-rebut sediakan bekal PD Oren dan Lemon Lime. Terasa mengalir kat tekak ni rasa oren dan lemon lime yang sangat menyegarkan. Bila telan sahaja rasa semacam ada cas mengalir dalam badan membuatkan cerah biji mata. Alhamdulillah tak mengantuk masa terawih. Lepas terawih boleh lagi sambung buat kerja-kerja yang belum selesai walaupun sudah seharian berpuasa. 




Jadi kak Ros rekemen sangat kawan-kawan yang belum pernah mencuba Set Puasa Shaklee ni untuk ambil pada bulan Ramadan nanti. Moga dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sihat, cergas dan tenang ya.

Jemput baca pengalaman menarik kawan kak Ros di sini Set Puasa Shaklee.


Macam mana nak dapatkan Set Puasa Shaklee?

Untungnya bulan ini Set Puasa Shaklee ada promosi tau.


Set 1 : Set Puasa Shaklee Asas

Set 2 : Set Puasa Shaklee Asas dan Gastrik 
Percuma Penghantaran

Set 3 : Set Puasa Asas, Gastrik dan Kurus
Percuma Penghantaran
Percuma Keahlian


Maklumat lanjut boleh hubungi kak Ros di sini wa.me/0123659369
Konsultasi percuma.


#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Sedar tidak sedar sudah hampir 10 tahun kak Ros berada dalam bisnes Shaklee ini. 

Apa sebab kak Ros terlalu setia dan sayang dengan bisnes ini?

Salah satunya kerana KOMUNITINYA. 

Kak Ros bukan tidak pernah sebelum-sebelum ini berada dalam komuniti lain. Kak Ros pernah menjalankan pelbagai bisnes antaranya dropshipper bisnes tudung, tshirt Muslimah, kerongsang, jual buku dan jual stokin Muslimah. Kak Ros seronok barang terjual, kak Ros seronok bila dapat komisen. Ada sale bersemangat, tapi bila tak ada sale? Sedih sorang-sorang. Down sorang-sorang. At last tukar bisnes lain.

Tetapi tidak di Shaklee!


9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best


1. Ukhuwah harmoni 

Setiap kali ada yang baru datang, semua menerima macam satu keluarga. Teringat masa mula-mula kak Ros join bengkel di Shaklee Branch memang segan dan rasa janggal sangat. Maklumlah kita orang baru. Tapi bagusnya orang-orang lama dalam komuniti Shaklee ini layan kita seolah-olah sudah lama kenal. Kehadiran kita dialu-alukan. Orang baru tidak kekok untuk sama-sama berada dalam satu komuniti. Macam adik-beradik.




2. Saling 'support'

Tidak mengira latar belakang atau kerjaya saling support antara satu sama lain. Di kalangan kami ada surirumah, ada jurutera, ada pensyarah, ada doktor, ada misi, ada lawyer dan sebagainya. Tetapi bila berada dalam komuniti Shaklee kita ibarat satu keluarga. Sama-sama berganding bahu.


3. Membudayakan Ilmu 

Dalam komuniti Shaklee budaya ilmu sangat subur. Banyak sekali kelas dan bengkel tentang produk, kesihatan dan bisnes diadakan. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 

Ilmu-ilmu ini pula disampaikan oleh mereka yang bertauliah, bukan calang-calang orang seperti pakar nutrisi sehinggalah kepada saintis dan pegawai perubatan untuk mendapatkan ilmu yang tepat yang betul.






4. Kelas skills banyak. 

Dalam komuniti Shaklee juga banyak kelas skill dibuat. Sifu atau tenaga pengajar adalah daripada kalangan Master dan rakan-rakan ahli Shaklee sendiri. Ilmu yang mereka pelajari dikongsi bagi membantu semua ahli tidak mengira samada daripada susurgalur yang sama ataupun tidak. Tidak lokek ilmu, semuanya dibantu untuk berjaya. Malah kebanyakan kelas yang dibuat tidak dikenakan bayaran sedikitpun. Percuma sahaja. Macam Projek Blog Mega 1.0. 


 

5. Pengisian Rohani 

Komuniti Shaklee amat menekankan soal rohani. Dalam group kak Ros sendiri setiap pagi akan dapat whatsapp mengajak melantunkan Selawat, Mathurat, Yasin dan ayat-ayat Al Quran beramai-ramai. Walaupun kami ditempat yang berbeza tetapi tautan hati adalah sama. Teringat satu kata-kata;


"Berniaga di dunia biar untung sampai akhirat"






6. Komuniti yang sihat

Kak Ros suka berada dalam komuniti Shaklee sebab rata-ratanya memang makan vitamin dan guna produk. Kesedaran untuk terus hidup sihat tinggi memandangkan Shaklee sering adakan kempen-kempen kesihatan untuk semua ahli. Terkini adalah kempen Set Kurus Shaklee (Hello New You).



  

7. Sentiasa memberi inspirasi dan motivasi

Dalam komunti Shaklee budaya memberi inspirasi dan motivasi sentiasa berlaku. Maka tak mudah nak rasa lemau. Sentiasa ada suntikan semangat! 



8. Komuniti yang ramai

Kak Ros seronok berada dalam komuniti yang ramai. Dapat berkenal-kenalan. Dapat belajar banyak perkara. Bak kata Ryunosuke Satoro,


"Individually, we are one drop. 
Together, we are an ocean." 
And an ocean, we all must be...


9. Mahu berjaya sama-sama

Komuniti Shaklee tidak pentingkan diri. Bersaing secara sihat.
Seperti batu bata yang dibina saling menyokong antara satu sama lain.
Peribahasa Rusia ada menyebut,


"You cannot build a wall with one stone." 


Inilah 9 sebab kenapa kak Ros masih berada dalam komuniti Shaklee.



Anda belum ada komuniti yang best? Nak join kak Ros jangan segan-segan PM ya 


#blogmegashaklee2.0

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023