Multivitamin Terbaik Shaklee Berwajah Baru


Kawan-kawan tahu tak?
PERKATAAN VITAMIN yang disebut kini berasal daripada vitamin tertua Shaklee?

 


Multivitamin Shaklee Vita-Lea, asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”. Dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee pada 1915. Begitulah sejarahnya. 

Tumpang bangga kerana multivitamin inilah yang kak Ros makan sejak 2013 sehingga kini. Tapi ramai lagi yang tidak tahu kehebatan multivitamin Shaklee ini. 

 

Multivitamin Terbaik Shaklee Berwajah Baru




Multivitamin merangkumi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Kalau kita lihat keperluan rakyat Malaysia perlu mengambil multivitamin. 

Kenapa Multivitamin Penting Untuk Tubuh?




Daripada fakta iaitu tinjauan yang telah dibuat ke atas rakyat Malaysia, ramai yang tidak cukup makan buah, makan sayur, makan tenusu dan makan kekacang. Pengambilan makanan yang mengandungi cukup vitamin dan mineral memang susah. Sebab itu ada sahaja masalah-masalah kesihatan.


Teringat kak Ros semasa menghadiri jamuan hari raya dan ketika kenduri kendara. Menu buah dan yang paling sedih menu sayur-sayuran paling kurang diambil. Kalau ambil sekalipun banyak juga yang kak Ros jumpa dibuang dalam singki atau tempat sampah. 


Akibat Kekurangan Mikronutrien

http://www.myhealth.gov.my/
 


Apabila badan kita tidak cukup vitamin atau mineral tertentu menyebabkan ada simptom dan terganggu. Contohnya kebas-kebas tanda tidak cukup kalsium, vitamin B. Kalau mood kita selalu bermasaalah itu tanda tidak cukup vitamin D. Cepat penat dan pernafasan yang pendek pula tandanya tidak cukup mineral zat besi. Semua ini boleh menjejaskan kesihatan badan. 
Maka multivitamin membantu melengkapkan nutrisi yang tidak lengkap dalam badan.

Kebaikan Mengambil Multivitamin Setiap Hari


Bila badan cukup vitamin dan mineral kebaikannya lebih bertenaga, lebih positif dan kita boleh mengawal stres. Sebab itu amat penting bagi membantu optimumkan tahap kesihatan tubuh badan.

Contoh jika badan seseorang sel tidak cukup mineral kromium iaitu sejenis mineral yang tidak diperlukan banyak pun tetapi jika tidak cukup, sel itu akan kurang efisien untuk mengesan insulin dalam badan kita. Nampak macam tidak penting tetapi perlu sangat untuk cukupkan dalam badan kita. Maka ambil multivitamin, itu lebih mudah.



Vitalize Pengganti Produk Vitalea Dengan Formula Baru.

Apa itu Vita-Lize?

Mengandungi 25 jenis vitamin dan juga mineral. 2 biji Vita-Lize mengandungi 600 mikro gram asid folik. 

Vita-Lize telah dipatenkan 'micro coating delivery system' iaitu satu sistem yang membantu optimumkan penyerapan terutamanya folik asid kerana susah sangat untuk diserap oleh badan supaya apabila kita makan akan mendapat kesan penyerapan yang bagus. Bila makan dapat rasa perbezaanya. Penyerapan yang bagus sangat penting untuk keberkesanan sesuatu produk.


Fakta yang tidak akan berubah, multivitamin Shaklee telah lama dicipta sejak tahun 1915. Cuma di formula semula sahaja. Sudah lebih daripada 100 tahun di pasaran. 


Perbezaan antara Vita-Lea dan Vita-Lize

Berikut adalah perubahan dan pembaharuan yang telah dibuat. Mineral zat besi dikekalkan. Vitamin A dikurangkan mengikut jumlah yang sesuai, sedikit vitamin D ditambah, sedikit folik asid ditambah dan juga vitamin K. Tiga mineral yang kurang penting dikeluarkan dan sedikit perubahan daripada segi formula dilakukan.



Siapa Yang Boleh Amalakan Multivitamin Shaklee (Vita-Lize)

Mereka yang dicadangkan untuk mengambil multivitamin Shaklee ialah mereka yang sibuk mungkin tidak cukup makan. Mereka yang selalu stres, apabila selalu stres sistem penghadaman usus kita tidak dapat menyerap makanan ataupun nutrien dengan sebaiknya. Mereka yang mengalami masalah kekurangan berat badan. Mereka yang aktif. Orang yang selalu makan makanan yang tidak seimbang kurang buah dan sayur. Juga ibu yang hamil dan menyusukan anak.



Perbezaan Multivitamin Shaklee Dengan Multivitamin Jenama Lain.

Nutrien di dalam multivitamin Shaklee adalah yang tertinggi, cukup untuk keperluan badan dan sesuai dengan apa yang dibayar. Ada kajian saintifik dan teknologi yang dipatenkan. Harga dijadual adalah harga lama. Harga terkini dimaklumkan tidak jauh bezanya tetapi akan diberitahu selepas Vita-Lize dipasarkan nanti.



Pengalaman kak Ros sendiri dulu seriau kak Ros tengok pil hijau ni tau sebab besar dan tidak berapa gemar nak telan. Tetapi bila dah konsisten makan, diakui memang terbukti berkesan setanding dengan kehebatannya sebagai vitamin tertua di dunia. 

Alhamdulillah masalah HB rendah ketika hamil dapat diatasi walaupun kak Ros seorang penghidap Talasemia minor (pembawa). Alhamdulillah HB cantik sahaja sepanjang tiga kehamilan sehinggalah tiba masa untuk bersalin. InShaaAllah berkesempatan nanti kak Ros ceritakan dalam entry lain.

Wajah Lama Multivitamin Shaklee


Selain itu, memberi kesan untuk nampak cantik dan sihat daripada hujung kaki sampailah ke hujung rambut.
  

Apa Lagi Kelebihan MULTIVITAMIN SHAKLEE?
  • Merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal. 
  • Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Multivitamin Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
  • Memenuhi keperluan 25 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
  • Merupakan multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Multivitamin Shaklee dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab. 
  • Explo -Tab ialah teknologi yang membolehkan multivitamin Shaklee kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)
  • Vita-Lea telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
.
Haa! inilah sedikit info yang kak Ros dapat kongsikan tentang hebatnya Multivitamin Shaklee ini. Banyak lagi khasiat dan manfaatnya yang kak Ros sekeluarga telah merasainya sendiri. 


Apa kata kawan-kawan kak Ros tentang Multivitamin Shaklee

Multivitamin Shaklee telah pun menjadi pilihan ramai orang yang prihatin tentang kesihatan mereka. Pastinya dengan formula baru ni lebih banyak kebaikannya. Sayangi diri, sayangi keluarga.


Jom dapatkan Multivitamin Terbaik Shaklee dengan kak Ros di sini. Kak Ros akan bimbing cara makan yang betul.



#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023

No comments