Intermittent Fasting

 Apa itu Intermittent Fasting?




Assalamu'alaikum kawan-kawan. Apa khabar hari ni?
Ada ke yang nak mula berdiet cara Intermittent Fasting (IF) tapi masih tercari-cari info? 

Di sini kak Ros kongsikan sedikit nota yang dapat daripada program sihat dan kurus cara IF yang pernah disertai.

IF lebih kepada satu gaya hidup yang sihat. Maksud lain, digilirkan antara waktu makan dengan waktu berpuasa. Boleh juga disebut sebagai puasa secara berkala. 

IF mula popular apabila dikaitkan dengan penurunan berat badan. Sejak tahun 2010, carian “Intermittent Fasting” di online meningkat sebanyak 10,000 peratus. 

Apabila dikaitkan dengan berpuasa, apakah pula faedah berpuasa?

Berpuasa adalah menahan diri daripada makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan. Sudah menjadi amalan sebahagian Agama dan budaya di seluruh dunia mengamalkan bepuasa sejak dahulu lagi. 

Kalau sudah begitu lebih baik puasa saja. Ada yang bepandangan begitu.
Ya, untuk mereka yang mampu berpuasa Isnin dan Khamis, puasa sunat Nabi Daud boleh diteruskan.
Itu yang terbaik. Bagi yang tidak mampu boleh buat IF. 



Faedah IF antaranya : 

Berpuasa Membantu Melaras Semula Sistem Badan
Mengembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat dalam kehidupan kita.
Belajar cara menguruskan tabiat makan.
Meningkatkan kawalan dan disiplin diri.


Apa yang menariknya tentang IF ni?

Jika selama ini kita makan sehari 5-6 kali sehari.
Dalam IF fokus utama mengurangkan kekerapan makan kepada 2-3 kali sahaja. 

Jika selama ini kita biasa makan lewat malam dan kerap mengambil snek.
Dalam IF hanya perlu ubah masa makan malam lebih awal dan elakkan mengambil snek. 

Mungkin agak susah untuk peringkat awal, tetapi alah bisa tegal biasa. Nak turunkan berat badan pasti memerlukan sedikit pengorbanan atau lebih tepat disiplin diri. 

Dalam IF kita boleh pilih sendiri berapa jam kita mahu berpuasa (fasting window) dan berapa jam masa untuk makan (eating window).

Kita boleh minum air kosong atau teh hijau, (Cinch Tea pilihan kak Ros) minuman tanpa kalori.

Yang bestnya, waktu tidur malam pun dikira waktu berpuasa IF!




Cara melakukan IF

Ada pelbagai jenis atau cara melakukan IF, Kak Ros kongsi di sini kebiasaan orang melakukannya PUASA HARIAN (Daily Fasting Plan). Tempoh bepuasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih.

IF 12 : 12 iaitu 12 jam tempoh bepuasa, 12 jam had waktu makan
IF 16 : 8 iaitu 16 jam tempoh bepuasa, 8 jam had waktu makan

Bagi yang baru bermula disyorkan IF 12 : 12 dahulu termasuk ibu yang sedang menyusu.

Untuk kesan paling cepat disyorkan IF 16 : 8 kerana lebih efektif. Selepas puasa 16 jam, badan kita akan berkerja sebagai "Mesin Pembakar Lemak!" Wow bestkan!





Dua fasa utama IF
TEMPOH BERPUASA (FASTING WINDOW)
HAD WAKTU MAKAN (EATING WINDOW)





Fasting Window

Dalam fasting window IF hanya boleh minum (minuman yang dibenarkan sahaja) tetapi tidak dibenarkan untuk makan. Waktu berpuasa bergantung pada Pelan IF yang dipilih (12/12), (16/8) atau (20/4). 

Eating Window

Setelah bepuasa, dalam fasa makan jika kita tidak mengambil kira kualiti atau menu yang sihat, ini akan merencat proses untuk sihat dan kurus. Amatlah rugi!

Jadi jaga enam prinsip ini ketika fasa makan.

1. Elakkan gula dan gula tersembunyi
2. Pilih karbo yang lebih baik
3. Tingkatkan pengambilan fiber
4. Pilih protein yang baik
5. Pilih lemak yang sihat
6. Elakkan makanan segera

Tidaklah sia-sia usaha berpuasa kita nanti.

Setakat ini dulu coretan kali ini. Boleh juga dapatkan info menarik tentang IF di sini ya.

Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi.

#shakleethrive2023
#shakleetriump2023
#blogmegashaklee

--------------------------------
Shaklee Independent Distributor
Rosashrakiah Jamaludin
No. Tel : 012-3659369
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

ELAK MEROYAN, JANGAN BIAR DIRI IBU MERANA!





" Hidup bersama-sama ibu yang gila sangat-sangat menakutkan.
Ibu penghidap meroyan api. Mood swing ibu sangat-sangat ketara."

"Bila ibu marah, saya dan bapa akan memencilkan diri. Ibu pernah lumur muka saya dengan cili boh ketika usia saya 8 tahun. Bila ibu marah, ibu seakan orang asing. Orang lain. Saya rasa dibenci."

"Lama kelamaan, perasaan takut menjadi benci dan dendam pada diri seorang anak. Saya panggil ibu; singa. Seorang ibu yang bila dalam keadaan waras, beliau sangat-sangat penyayang. Tetapi bila penyakit senggugut kronik (akibat endo) datang menyerang, meroyannya akan muncul dan mematikan segala tawa kami anak beranak."

Perkongsian daripada Puan Siti Aishah di Media Sosial satu ketika dahulu yang memberi pengajaran hebat kepada wanita di luar sana.

Penjagaan dalam masa pantang bukan sesuatu yang boleh diambil enteng. Darah kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur akan
menjadi darah beracun.

Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.

Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Pemakanan semasa berpantang sangat memainkan peranan penting.
Ibu harus dapatkan cukup zat dan nutrisi bagi mengatasi masalah ini.

Antara nutrisi yang disyorkan adalah seperti:

👉 B-complex - B6, asid folik & B12 adalah nutrien penting bagi mengawal tekanan

👉 Vitamin C - vitamin C berperanan menukarkan tryptophan kepada serotonin. Paras serotonin yang rendah mengakibatkan depresi

👉 Ostematrik - mengandungi magnesium, kekurangan magnesium dalam darah berkait rapat dengan masalah tekanan perasaan

Ibu!

Jagalah kesihatan anda, jika anda sakit orang di sekeliling turut merana

"Love yourself in order to love others"

TAHUKAH ANDA MENGAPA ASID FOLIK PENTING?

TAHUKAH ANDA MENGAPA ASID FOLIK PENTING?





=> Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

=> Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

=> Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

=> Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
👉 Sumbing lelangit (cleft palate)
👉 Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
👉 Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
👉 Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Oleh itu jangan ambil mudah. Pastikan anda mengambil Asid Folik daripada sebelum kehamilan lagi.

DEMAND AND SUPPLY! APA TU?

DEMAND AND SUPPLY! APA TU?

Demand And Supply ialah Konsep Permintaan dan Bekalan.
The more demand, the more milk will be supplied.

Semakin kerap payudara ibu dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.

Ketahuilah bahawa susu yang dihasilkan oleh badan ibu itu CUKUP untuk bayi.

Yang utama dalam konsep ini ialah

" BERAPA BANYAK SUSU YANG BAYI PERLUKAN "

bukan

" BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA "

Ketahuilah bahawa payudara ibu sentiasa menghasilkan susu selagi Si Manja memerlukannya.

Ibu demand kan ESP? Saya boleh supply untuk ibu. Tawaran istimewa penjimatan lebih 5% untuk dua canister ESP.




6 CARA SEIMBANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU


Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah breast:

*Penghasilan susu kurang = di rujuk sebagai KURANG produktif
*Penghasilan susu banyak = di rujuk sebagai LEBIH produktif

1. Utamakan direct feeding di sebelah yang kurang produktif.

Semasa memulakan penyusuan, offer dulu sebelah yang kurang produktif kepada bayi. Hisapan bayi di awal penyusuan yang lebih kuat (vigorous) pada permulaan ini akan memberi rangsangan kepada kelenjar susu menggiatkan penghasilan susu.

2. Susukan di sebelah yang kurang produktif semasa bayi mengantuk (drowsy).

Kadang-kadang di sebabkan aliran susu yang perlahan bayi tidak gemar menyusu di sebelah itu. Offer breast yang kurang produktif ini dulu semasa bayi mengantuk, kerana biasanya dalam situasi ini bayi akan menerimanya dengan baik.

Amalkan breast compression untuk membantu aliran susu menjadi lebih laju. Breast compression juga akan membantu saluran susu mengalirkan susu dengan lebih lancar.

3. Tukar/ pelbagaikan posisi semasa menyusu.

Some babies prefer posisi tertentu sahaja semasa menyusu. Kadangkala ibu silap tafsir ingatkan bayi suka menyusu di sebelah breast sahaja. Sebenarnya tidak juga. Cuba tukarkan / guna posisi lain supaya bayi dapat menyusu di sebelah yang jarang diminumnya itu. Antara posisi yang membantu adalah football hold.

4. Tandem pumping.

Jika bayi sedang menyusu di sebelah yang lebih produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah yang kurang produktif. Dengan cara ini, stimulasi yang diberikan kepada kedua-dua belah breast adalah setara, dan extra stimulasi dapat diberikan kepada sebelah yang kurang produktif itu.

Sama juga, jika bayi sedang menyusu di sebelah yang kurang produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah lagi supaya aliran susu lebih lancar, dan penghasilan susu di breast yang produktif ini tidak terganggu.

5. Lebihkan sesi memerah di sebelah yang kurang produktif.

Contohnya jika anda memerah kedua belah breast selama 20 minit, tambah lagi 10 minit sesi memerah khas untuk sebelah yang kurang produktif itu sahaja. Dengan cara ini anda memberi extra stimulation kepada sebelah itu. Maka, kelenjar susu akan mendapat signal untuk meningkatkan penghasilan susu.

6. Pam selepas menyusu.

Utamakan direct feeding kepada sebelah yang kurang produktif dulu. Selesai penyusuan, gunakan pam susu untuk memerah di sebelah itu. Teruskan memerah selama 10-15 minit walaupun sedikit / tiada susu yang keluar. Cara ini adalah untuk memberitahu breast itu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.

Selain menggunakan pam susu, anda juga boleh melakukan perahan tangan (marmet).

Sumber : Pum on the go

MATI KEGEMUKAN? TAKUTNYAA!!


TAHUKAH ANDA Berat badan melebihi muatan antara risiko penyumbang kepada kematian?
Jangan ambil mudah!

Kegemukan sememangnya menjadi punca pelbagai penyakit yang berbahaya. Antaranya;
😡 Risiko Penyakit Jantung
😡 Diserang Darah Tinggi
😡 Menyebabkan Tidur Terganggu
😡 Punca Kepada Risiko Kanser
😡 Tidur Berdengkur

Bagi yang serius, ia boleh menyebabkan nafas terhenti secara tiba-tiba dan menyebabkan kematian ketika tidur.

Oleh itu, cegah sebelum parah. Sayangi tubuh anda. Jaga amanah yang diberi sebaiknya.
Amalkan gaya hidup sihat dengan memilih makanan yang seimbang.

Pengambilan makanan tambahan untuk memastikan anda mendapat nutrien yang cukup membantu untuk anda mendapat berat badan ideal.

Pengambilan Shaklee membantu untuk anda mendapat berat badan ideal dengan tiga langkah mudah iaitu 

Bakar, Buang dan Bina.


Pm saya sekarang 012.365.9369
(k. Ros) untuk saya bantu anda menurunkan LEBIHAN MUATAN secara sihat.
  



‪#‎Zi2M‬
‪#‎ShakleeEffectZi2M‬

PETANDA BADAN DIPENUHI TOKSIN






Anda sering keletihan, lesu tidak bertenaga?
Cepat sangat jadi pelupa.
Cepat bosan dan kurang daya tumpuan.
Tidur sering terganggu pula tu.
Lagi parah, nak membuang sembelit pulak.
Kulit pun lesu, jerawat merata-rata
Kuku dan rambut rapuh sangat.
Sakit kepala asyik menyerang

Aduhh! Biasakah anda mengalami simptom sebegini?

TAHUKAH ANDA? Itu petanda bahawa badan kita dipenuhi dengan toksin.

Bahaya ke tak?

Tentulah bahaya. Jika dibiarkan berlarutan. Macam-macam penyakit datang menyerang.

Bagaimana atasi?


Ok mari saya bantu. Jom! DETOX dengan Supplement Shaklee.
Selepas 4-6 jam anda akan rasa:

- Badan terasa ringan kerana awal-awal pagi pasti sudah membuang.
Selepas 1-2 hari:
- Sakit kepala mula berkurangan ataupun terus hilang
Selepas 1-2 minggu:
- Perut yang membusung kembali kempis
- Lebih bertenaga dan ada fokus
- Kurang mengidam makanan bergula
Selepas 4 minggu:
- Kulit wajah lebih segar dan berseri
- Rasa lebih cergas dan bertenaga
- Rasa lebih bersemangat dan bermotivasi

Namun, perlu diingat ya. Kesan berbeza-beza mengikut tahap kesihatan setiap individu.

Jadi, tunggu apa lagi?

Jangan biarkan diri anda diselubungi TOKSIN!

Pertanyaan boleh hubungi/PM/Wasap 012.365.9369 (k. Ros).



‪#‎Zi2M‬
‪#‎ShakleeEffectZi2M‬