Hari ini kak Ros nak kongsi cerita tentang peluang yang ditawarkan kepada semua ahli Shaklee yang menjalankan bisnes.
Sebagai pendorong dan penggalak dalam memajukan bisnes.
3C yang Shaklee tawarkan
Jom kita tengok satu persatu secara ringkas.
CASH BONUS
C yang pertama ialah Cash
Selepas mendaftar sebagai ahli, setiap belian produk yang dibeli mempunyai nilai unit (uv) tertentu. Setiap uv yang terkumpul melayakkan untuk mendapat bonus mengikuti (%) yang telah ditetapkan.
Bonus dikira bermula daripada 1 haribulan bagi setiap bulan sehingga akhir bulan tersebut. Jika cukup syarat iaitu minimum 150 uv maka layak menerima bonus sebanyak yang ditetapkan seperti dalam jadual.
Cash bonus ini akan di masukkan terus ke dalam akaun bank kita pada 14 haribulan pada bulan berikutnya.
Untuk pengetahuan semua, kak Ros bermula dengan makan sendiri sahaja. Selepas mendapat kesan Shaklee yang bagus ramai pula yang bertanya. Maka tercerita dan terjual pula. Terdapat bonus dan makin besar bonus setiap bulan. Alhamdulillah mudahnya berbisnes dengan Shaklee.
Purata pendapatan bulanan seorang Pemimpin Perniagaan mengikut pangkat.
Ini bukan pendapatan tahunan tau tetapi bulanan!
Shaklee menawarkan pendapatan yang lebih lumayan kepada mereka yang serius dalam berbisnes. Serius bantu orang untuk hidup lebih sihat, serius bantu team dan orang sekeliling bebas kewangan. 2 kunci untuk kembangkan bisnes.
Doakan supaya kak Ros terus serius!
Contoh Bonus Kereta Pemimpin Perniagaan Pangkat Master Coordinator
CAR BONUS
Siapa kat sini suka kereta dan ada kereta idaman? Senyum.
Ya bonus kereta adalah C yang kedua. Beza bonus kereta Shaklee dengan MLM yang lain ialah Shaklee bagi dalam bentuk tunai bukan sebuah kereta. Terpulanglah nak beli kereta ke, nak beli rumah ke, nak beli emas ke atau nak simpan ke pihak Shaklee tidak ganggu hak kita.
Minimum tawaran yang Shaklee berikan ialah RM550. Bayangkan macam-macam boleh dibuat dengan duit sebanyak itu. Seronoknya.
Berita baiknya bonus kereta Shaklee UNLIMITED.
CONVENTION TRIP
Convention trip atau trip mewah yang Shaklee berikan adalah percuma setiap tahun (pelancongan bertaraf 5 bintang ke negara Asia, Eropah dan Umrah)
Ini best sangat, sebab dapat tiket percuma berdasarkan kepada jualan dan berapa banyak leader yang berjaya direkrut. Boleh bawa famili juga tau.
Kalau syarikat Shaklee tidak kukuh masakan mampu beri semua ini. Bangga kak Ros rasa berada dalam bisnes yang betul kerana Shaklee antara syarikat tertua dan masih kukuh sehingga sekarang!
Insentif Tambahan RM600 Daripada Shaklee
Field Incentive Program FY2024
Peluang Dapat Cash Bonus Tambahan
Kawan-kawan nak tau, tahun ini Shaklee tawarkan tambahan lagi RM600 kepada semua ahli baru dan lama yang ingin serius berbisnes. Beruntung sungguh!
Program ini bertujuan memberikan galakkan kepada ahli baru dan juga pemimpin perniagaan supaya dapat bina bisnes dengan konsisten dan bertahan lama di kalangan yang baru naik rank.
Program ini bermula April ini sehingga Jun 2023.
Syarat-syarat layak menerima Insentif (RM600)
1) Ahli Shaklee yang BELUM pernah rank-up sebagai Supervisor (first rank in Shaklee).
Anda perlu Rank-Up sebagai New Supervisor (Group Sales lebih kurang RM10,000) dalam bulan April atau Mei atau Jun 2023.
Kemudian anda perlu kekalkan rank Effective Supervisor (Group Sales lebih kurang RM9,000) pada 2 bulan berikutnya berturut-turut.
2) Ahli Shaklee yang SUDAH pernah rank-up sebagai Supervisor.
Anda perlu Rank-Up sebagai New Senior Supervisor (Group Sales lebih kurang RM15,000) dalam bulan April atau Mei atau Jun 2023.
Kemudian anda perlu kekalkan rank Effective Senior Supervisor (Group Sales lebih kurang RM17,000) pada 2 bulan berikutnya berturut-turut.
Jika anda lepas syarat-syarat ini, maka anda bakal mendapat tambahan CASH REWARDS RM600 daripada Shaklee. Seronoknya! Bolehlah guna wang tersebut untuk keperluan rumah, anak-anak, buat simpanan atau bayar hutang. Siapa nak bagi sejumlah itu dengan percuma sahaja. Kak Ros sendiri wajibkan diri untuk ambil peluang ini.
Berminat nak turut serta? Jom bersama-sama dengan kak Ros.
Klik sahaja link ini, kak Ros boleh bantu terangkan dengan lebih lanjut. Jemput baca perkongsian rakan kak Ros tentang Insentif Shaklee di sini ya.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023